Sunday, August 2, 2015

Food Review : Big Hugs Cafe

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Bukan senang nak berdating tanpa anak-anak disisi ni... jumaat lepas, kereta aku buat hal dekat office. Mujur la sempat punch card oii... then call la incik laki, suruh tengokkan. Mujur la office aku ni tak jauh dari rumah. Bila bawa kereta pergi bengkel, tauke tu cakap tak ada masalah. Pelik la aku ni kan... 

Kebetulan handphone aku pun buat hal, stress!! isi borang kuning (kalau kerja government memang tahu borang ni ) bila isi borng, boleh keluar 2 jam untuk urusan peribadi. Aku ke bengkel dan waktu-waktu terluang tu, aku pergi dating dengan laki ku...
sebelum solat jumaat, aku ajak suami aku try makan di Big Hug cafe. deco dia memang comel...

sementara makanan kami sampai.
Bila ber-dating, tak boleh main hp... haip....

Tadaa.. burger dah sampai.. pilihan aku lamb laa.. serius sedap. harga pun berbaloi la.
Laki ku pilih mario burger kalau tak silap. aku kureng suka sikit rasa roti dia, tapi isi dalam dia terbaik. sedap... fries pun sedap.. eh.. semua la sedap...
Antara deco dalam cafe ni adalah TEDDY BEAR... comell.. lagi besar dari laki aku.. haha

Order kat situ... servis ok la, tapi agak lambat sikit la... tapi bagi aku still boleh diterima la sebab customer ramai.
comel kan deco dia
view dari luar cafe.
Big hug cafe ni pun ada sediakan food truck tau. kalau korang nak tahu jadual dia, boleh tengok diorang punya Facebook la ye.

selamat mencuba yaa

-XOXOXOXO-

No comments: