Wednesday, July 22, 2015

Salam Syawal - 3rd Day

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Raya ke tiga kami beraya di Machang, kelantan. Kami gerak dari rumah pukul 10 pagi. Actually sebelum gerak, kami dah 50/50, sama banyak nak pergi dengan tak nak. Tapi bila fikir kakak aku menunggu kat sana, gigih jugak la kami gerak. Packing apa yang patut je.


Qaira ambil mood nak tidur. Stress mungkin tak sampai-sampai lagi sebab jam.
Qaira dah selamat tidur dah..

Bayangkan kami 5 jam stucked dalam jam.. Dhia pulak berak siap bocor-bocor habis satu baju. Dengan qaira mengamuk sebab panas, aku lagi nak kencing tapi tak jumpa cari tandas sebab jem tahap naga ( kereta tak gerak-gerak), mujur la jumpa kedai makan. Terpaksa pinjam tandas diorang .
Aku terpaksa tukar pampers di Dhia dalam kereta sebab kesian bocor-bocor dah kene baju. Dah la panas dalam kereta. 
Pukul 4 petang baru sampai Machang. ya allah.. serik oii balik kelantan hari raya. Azab jalan jem
Tukar baju Dhia dengan qaira. Kesian budak-budak ni seharian duk dalam kereta.
Labuh pipi si Dhia ni haa..

Alhamdulillah walaupun jem teruk tapi selamat jugak kami sampai dan balik. Start rindu dah kat kakak aku sorang ni...