Sunday, July 12, 2015

Mitsui Outlet Park KLIA

Assalamualaikum...

Hai korang...

Shopping raya lagi..... Weeknd balik semenyih, last berbuka dengan mertua sebelum kami balik kampung di Terengganu. Mama dengan babah ajak ke Mitsui Outlet di Sepang, nak cari baju raya iwan.  ni first time aku datang sini. so agak excited la nak mencari baju raya budak-budak ni.

Masa ni qaira dan dhia tengah sedap tidur. Dari dalam kereta lagi diorang ni dah tidur. Sambung pulak tidur kat luar.Qaira dalam stroller, si dhia dalam carrier.
Nampak tak betapa ramainya orang... Haih..
Cari kasut di clark. harganya memang murah dari kedai-kedai clark kat lain. Dalam 50% sale.. so berbaloi la kalau korang shopping kasut dekat sini.
masa ni tengah cari surau. mujur la dua orang ni tidur, senang la sikit.  So far surau kat sini ok la walaupun kecik sikit.
Usha kasut lagi. Ni aku tak tahu butik ape. Lupa.. tapi ada sale jugak. Masa ni laki aku yang tengah usha kasut.
Kat sini ada Zalora, kalau korang malas nak shopping online, boleh datang sini. So boleh la tengok, pegang dan sentuh fabrik dia. Tapi aku takde beli apa-apa pun kat sini walaupun jenuh kami beratur menunggu nak masuk dalam. hah! tunjuk bukti kene beratur.
dengan adik ipar aku, aida yang tengah pregnant. berseri-seri haa.. tudung aku dah senget-senget la.
mek qaira dah bangun tidur. lama jugak la dia tidur. bangun-bangun cari sikut, lapar agaknya, separuh jugak la biskut tu habis. Dah bngun, habis di kacau si Dhia tengah tidur.
Tukar shift dengan daddy pulak.. Carrier ni memang best la bagi aku, selesa untuk kita dan anak kita pun selesa. Dan yang paling best, korang boleh breastfeed terus bila pakai carrier ni.

nampak muka happy ni. Dapat lari-lari. Aku jugak yang penat mengejor
Family, aida dengan angah je yang takde.
Nak balik dah...

Tak banyak pun shopping barang aku, barang anak-anak je yang dibeli. Geram tengok baju comel-comel. Best  jugak la kat sini tapi still tak boleh nak lawan JPO, sebab kat sini tak banyak sangat butik nak compare dengan JPO, macam -macam ada..

-sambung entry-


XOXOXOXO

2 comments:

Innanie Ariffin said...

Ya Allah kak, punyalah lama tak jenguk akak. tak tahu akak dah anak dua. dulu last baca, time akak pregnant yg sulung! :)

intandayani said...

Aritu ada member ckp pasal mall ni tp xbape amik port.
Carrier brand ape eh tu?
Jom singgah blog saya http://intandayani.blogspot.com