Monday, July 13, 2015

DIY Headband murah, jimat dan cepat!

Assalamualaikum..

Hai korang...

Nana nak share buat headband mudah dan cepat. Maklum la,  kalau nak beli headband, paling murah pun RM15. kalau nak match kan dengan baju, lain pulak harganya. So mari kita ber-DIY sendiri je. mudah dan jimat. Zaman GST sekarang, semua barang dah mahal. So kene berjimat cermat la kan... hah.. gitu..

Apa yang kita perlukan ialah:

1) Lebihan kain  (nak match dengan baju pun boleh)
2) benang dan jarum
3) getah rambut ( biasa jual di kedai jahit)- yang ni panjang ikut saiz kepala anak anda ye
4) manik atau mutiara

Buat bulatan ( guna cawan pun boleh nak buat ukuran), dan potong 6 bulatan untuk 1 kuntum bunga,
Lipat 2 kain.
Lipat lagi sampai jadi macam bentuk kon.
jahit pada hujung kain
buat sampai habis 6 kain.
kalau nak buat 5  pun boleh tapi nana suka 6 sebab lagi rapat dan cantik
tarik dan matikan benang.
Kalau nak buat 2 warna, boleh buat warna yang lain. step yang sama cuma ambil saiz bulatan yang lagi besar dari bulatan pertama tadi.
nampak hasilnya.
untuk tutup lubang di tengah, boleh gunakan manik, mutiara atau butang balut. ikut citarasa korang semua la ya.
Jahit bunga pada headband dan siap!!! nak letak 2 kuntum atau lebih pun boleh. ku suka simple je...so 1 kuntum sudaaa..
Tadaa.. nampak tak... kan dah sedondon dengan baju. senang kan?? so korang boleh try sendiri kat rumah.. tak perlu  mesin jahit pun. 

SELAMAT MENCUBA

-xoxoxox-

2 comments:

Lyssa Faizureen said...

alalala . comel nyeeeee !!!! >.<

intandayani said...

Kalau saya memang tak terfikir nak buat camtu