Sunday, July 12, 2015

Berbuka Puasa di Rumah Makan Cibiuk

Assalamualaikum


Hai Korang...

Sambungan dari entry ni http://inichenta.blogspot.com/2015/07/mitsui-outlet-park-klia.html,lepas balik dari Mitsui Outlet, babah belanja kami satu family makan di Cibiuk. Actually family mertua aku ni memang suka makan kat sini. Makanan sunda. Dah berkali-kali dah diorang datang sini tapi Ni first time la aku makan kat sini. Mujur babah dah booked dulu sebab bila sampai je dah penuh.

 Tadaa... kedai dia 2 tingkat, disebabkan dah penuh even dah booked, kami kene duduk 2nd floor. Gigih jugak la laki aku angkat stroller naik tangga.
 Kami order set termasuk air. tapi add-on lagi la makanan lain.  Ikan talapia goreng ni memang jadi Menu wajib siapa yang datang kat sini. Serius sedap giler oiii!!!!udang goreng sambal dia pun sedap.. semua sedap la.. hahaha.
 Penuh meja. Geram! kami requst nak tambah meja sebab dah penuh haa, sampai nak letak makan pun tak de tempat dan kene duduk sempit-sempit, tapi tak di layan nye. agak geram la disitu. Dah la nak berbuka, mujur aku tak telan sorang-sorang kat situ.. haih.. service agak teruk jugak. Mintak nasik tambah pun dekat setengah jam baru sampai.. too bad la.. makanan kat sini sedap tapi service agak teruk. Maybe bulan puasa, ramai orang kot. so tak terlayan semua customer.
Qaira dengan atuk dia je... manja benor dengan atuk... Aku bagi 7 bintang la dari 10, untuk makanan. korang boleh try sebab aku rasa berbaloi la datang. sedap...

Tq babah, belanja kami.. tak sempat nak snap gambar dessert. Kami orver pavlova dan pisang goreng cheese. pavlove tak sempat nak ambil gambar,dah habis si qaira bedal...

so, kalau korang nak datang, boleh ke :

 Rumah Makan Cibiuk 
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000, Kajang, Selangor 

4 comments:

suhailah hamid said...

biasa la tu bln ramadhan ramai orang, service jadi slow la tu kot..hehehe
nnt boleh try makan di sana

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Khalid Kyle said...

Sedapnya nampak makanan2 yg terhidang tu.. btw, Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

intandayani said...

Tak sabar nak berbuka dengan family..lapar tengok makanan tu semua
Jom singgah blog saya http://intandayani.blogspot.com