Monday, July 6, 2015

Berbuka di Restoran Pegaga

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Semalam Aku buat pertama kali sejak 18 hari dah puasa ni berbuka di luar. Ada jugak terdetik dalam hati, kesian nye dekat laki aku ni, tapi bila dah ada anak-anak yang baru nak membesar ni, bab kata orang sel-sel otak baru nak berhubung, aku jadi malasnya nak keluar dari rumah. kalau boleh nak berbuka dekat rumah je.. boleh gitu?? hahaha
so semalam laki aku ajak berbuka dengan budak-budak office dia di Restoran pegaga. dekat je dengan rumah aku, dalam 8 minit. haa... dekat dekat Bebe totz, dan Fabolous mom. Siangnye aku dah berhabis duit di Fabolous mom tu beli carrier, petang nya datang lagi.. haih.. nasib dekat je.

Actually owner Restoran ni adalah bos suami aku. Bos suami aku yang sangat ramah dan humble.

Ni la Restoran Pegaga. ni la owner dia. Datin ape, aku pun lupa nama dia sebab aku panggil Datin je. Sangat ramah orangnya
Sampai-sampai je , qaira start beraksi. bukti ada dalam gambar. kalau boleh dia nak buat kuak lentang atas meja tu. haih...
Aku dengan Dhia. sedap je tidur dalam carrier ni ha... senang mak dia.. hahaha
Nampak betapa lapar nye anak aku. kalau kat rumah jangan harap makan macam ni. kalau makan kat luar, amboi-amboi.. macam mak dia tak bagi makan je..
Laki makk... sampai 2 air di bedalnye..
Mujur la Dhia tak banyak ragam. tidur je.. so makan tak de la susah sangat. cuma pening dengan kakak dia. suka buat mommy dia bersenam. kejar sana, kejar sini.
dengan budak office suami aku. anak dia sebaya je dengan qaira, tapi baik je duduk dalam baby chair. mek qaira, subhanallah.. 5 minit je boleh duduk, lepas tu habis... pusing satu kedai..

So far makanan dia sedap. banyak sangat makanan kalau pergi waktu Bulan puasa ni. Tapi aku tak sempat nak rasa semua sebab kenyang. Yang penting ada kambing golek.. tu wajib makan!! sedap.. makanan dia banyak pilihan. aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.. eh.. eh.. hahaha
Qaira dah mengantuk.. dah kenyang, nak tidur la
Laki makk.. serius je muka.. kih3...

Ok la semua... Korang boleh Try di Restoran Pegaga, tak rugi....

-XOXOXO-

2 comments:

Hannan Al-Qudsey said...

wah seronok tgk this lovely couple bila dating.. alhamdulillah tahniah nana .. now dah ber4., hugs & kisses for baby dhia dan qaira ye. salam ramadhan , maaf zahir dan batin :))

suhailah hamid said...

samala dengan sue pun, bila ada anak2 mmg prefer berbuka di rumah jer, kebetulan hari ahad ada kursus di hotel terus berbuka di sana. first time berbuka di luar. lebih aman buka di rumah. 3 anak dgn bermacam2 ragam..