Friday, June 19, 2015

Bila mata kene bawang, hati jadi tisu

Assalamualaikum...

Hai korang...

Sementara menunggu subuh, aku cuba update belog semampu boleh. Kalau ada anak-anak, memang susah. taip sikit qaira duk tekan-tekan keyboard, taip sikit Dhia menangis nak susu. satu entry sampai berhari-hari la nak siap.
]Hari ni masuk hari ke 3 dah kita berpuasa, Alhamdulillah...
Ketika ini, saat aku menaip ni, aku pandang muka anak-anak aku tengah lena tidur, tiba-tiba aku datang sebak. AKu cakap dekat suami aku, "B, sedihnya nak masuk kerja dah, sedih dah tak boleh nak jaga anak-anak"
Laki aku pun jawab "nak buat macam mana yang, kita terpaksa cari rezeki" aku sedih bila kenangkan tak dapat nak jaga anak-anak aku sendiri. Terpaksa hantar pada pengasuh yang mana kita sendiri pun tak tahu macam mana diorang jaga anak kita. ye la, kita tak boleh nak anggap, nak suruh diorang jaga, didik, buat anak-anak kita macam kita buat.
Aku kadang-kadang cemburu bila aku tengok kawan-kawan aku sendiri dapat jaga anak mereka sendiri, ajar mengaji, ajar membaca sendiri. Tapi aku?? Bila balik kerja, dah penat, kadang-kadang sampai rumah, anak dah nak tidur. Jadi masa aku dengan anak-anak sangat lah singkat.. bangun pergi kerja pun awal, pukul 6 lebih, anak-anak masa tu baru gosok-gosok mata, tengah mamai.. pagi-pagi dah hantar pengasuh.. kadang2 menangis bila kene hantar dengan pengasuh.. haih... kuatkan la hati aku ni.. maaf la nak, mummy bukan suka-suka tinggal dekat orang lain,mummy dengan daddy keluar cari rezeki. kita bukan orang senang nak, jadi mummy dan daddy kene berusaha lebih la.






 Semoga Allah murahkan rezeki kami, permudahkan urusan kami.. amin...

*lap air mata*

-XOXOXO-

2 comments:

Aimi Muhamad said...

Cabaran ibu bekerja.tabahlah.

suhailah hamid said...

I know how these feeling. Pernah lalui dan merasainya. Bertabahlah nana dan doa byk2 smg Allah pelihara anak kita di nurseri.