Friday, May 8, 2015

Makanan Pantangku.....

Assalamualaikum....

Hai korang...

Baru la ada masa nak mengapdate belogku setelah lama bebenor dibiarkan bersawang. Bukan ape, kat kampong ni internet slow kalah siput sedut (sila tampor laju-laju ye).
Ok la...  ada yang bertanya, apa yamg aku makan ketika pantang ni. Nasi banyok mana, makan ape. Meh mak anak dua ni nak share apa yang aku telan sepanjang 44 hari pantang ni.

Breakfast

Kalau breakfast ni, biasanya aku makan biskut atau roti dengan susu @ milo. Susu anmum lacta sebab susu tu je yang aku boleh telan. Biskut pulak biskut low salt, high fibre ye. Kadang-kadang makan roti. Tapi mak bidan tak galakkan sangat makan roti sebab takut badan kembang. Harusla aku ikut tapi langgar jugak la kadang-kadang.  Hahaha.
 


 roti untuk sarapan. tolong jangan skip sarapan bila pantang ye. karang perot masuk angin
 susu lacta. susu khas untuk menyusu


Lunch

Makan tengahari aku simple je. Sangat simple. Nasi sesenduk, sup sawi dan ikan panggang. Actually aku ni memang agak kuno dan kekampungan sikit kalau bab pantang. No ayam, no daging. Hanya Ikan panggang lada hitam. Tapi awal pantang aritu mertua aku ada masakkan ikan tenggiri kukus dengan halia ada kuah sikit-sikit. Aku bedal aje. Tapi bila pantang rumah mak aku, itu aje la menu aku.  

Hi-tea
Cewah.. hi-tea bagai kau. Serius dalam pantang ni, memang sentiasa lapar, aku bedal biskut kering dengan kopi o. Sedap x yah cakap la.. memang berppeluh habis badan ni...mana tak berpeluh, cuaca panas, bedal kopi o panas. Tapi memang sedap rasa badan...



ikan tenggiri @ ikan merah masak halia
sup sawi.. sedap mak oii...
ikan panggang lada hitam terlebih hangit sebab duk sibuk dengan anak aku yang melalak nak tengok mommy dia masak. eh... panjangnye nama masakan.. hahaha

Dinner

Aku memang makan nasi sekali sehari je. Kadang tak makan nasi pun. Kalau lapar, aku bedal makan ikan dengan sawi. Kalau malam, aku makan biskut dengan susu. Atau milo. 

Lain-lain ubat pantang 

Aku telan vitamin 4life. Aku makan vitamin ni sebab bagi aku memang bagus la. Minggu kedua aku pantang, anak aku dua-dua selsema. Sampai aku jangkit sekali. Aku telan vitamin ni, Alhamdulillah, cepat je hilang. Untuk qaira, aku letak dalam susu. Untuk baby dhia, aku la yang telan, then dia dapat zat tu dari susu aku la sebab breastfeed kan.
Jamu pulak aku tetap dengan nona roguy. Bagus jamu ni sebab langsung tak sembelit. Lawas je. Ubat tu telan 2 bijik malam, esok pagi confirm korang membuang dengan jayanya tanpa risau. Tapi aku makan jamu ni start hari ke 15 sebab anak aku ada kuning skit awal-awal. So aku elakkan makan jamu.

vitamin 4life.
jamu nonaroguy

alhamdulilah... hari ni aku dah habis pantang dengan jayanya...bila nak kurus?? tak kisah la kurus ke tidak, asalkan susu aku banyak melimpah ruah supaya dhia dapat sepenuhnya susa badan sampai 2 tahun. inshaallah...ok, jumpa di next entry ya,,, tata titi tutu...

2 comments:

Su Hamid said...

Alhamdulillah..tahniah dah habis pantang..smg berjaya menyusukan dhia sehingga 2 thn..amin ^^

intandayani said...

Insyallah ade rezeki anak lg nak berpantang betul2