Tuesday, May 12, 2015

Weekend with daddy..

Assalamualaikum.....


Hai Korang...

Ambil kesempatan update belog sementara anak-anak tidur nih... gigih kan aku ni.. padahal tak tahu pun siapa yang baca belog buruk lagi bersawang nih.. hahaha..
Ok.. last week laki aku datang melawat kami 3 beranak yang tercampak jauh kat kampung nih.... Family aku yang lain semua ke Perak sebab adik aku nak bertunang. Tahniah alim. sorry kakakmu tak dapat datang.. Pantang tak habis lagi... Walaupun zaman moden, aku ni tak berapa nak moden, takut jugak nak langgar pantang nak keluar kesana sini. jadi duduk rumah ajo la..

Bila laki dah ada kat kampung, kebetulan nak pergi ke celcom sebab uruskan pelan celcom aku yang problem ni haa.. stress aku bila bil asyik mahal even tak guna sangat.


big boss kat depan. takde makna aku nak duk kat depan dah.
nah! muka dah habis pantang... gemok lagi oii
ni la padah bila laki aku lupa bawak balik stroller.
suka benor mek qaira duk dalam troli ni haa...
badan aku masih kombang walaupun dah turun 13 kg.

Laki aku ajak makan bila tengok qaira dah meragam-ragam. mesti dah lapar la tu. so cari tempat yang privacy sikit sebab aku kan breastfeed. nursing cover pun lupa bawak. main bedal guna selimut qaira.
nampak tak?? gigih cover guna selimut
dua beranak ni muka lapar macam nak telan orang dah
makan pun nak share. aku tengok aje la sebab aku pantang lagi sampai hari ke 60. maksud aku pantang makan yang pelik-pelik.

settle urusan di celcom, aku ajak laki aku balik. sebab dhia pun nampak dah tak selesa. maybe cuaca kat terengganu ni panas gila. sampai sakit kepala aku ni.
Dhia - hari ke 45. dah bam-bam


.............................................................................................

Next day.

Aku ajak laki aku pergi Mydin mall. nak beli barang-barang keperluan sebab bila dia dah balik KL nanti, susah aku aku nak keluar. Jenuh nak bawak 2 orang anak aku ni keluar. dah la stroller takde. so ak beli barang siap-siap.

kesian Dhia, terpaksa letak dalam troli bila penat dukung lama-lama. dah berat 5kg, mana larat nak dukung lama-lama. lenguh tangan.
anak manja daddy.
nah! muka kami anak beranak. yang ni sempat snap. betul la orang cakap, bila anak bertambah ni, memang tak sempat nak bergambo. nak selfie bagai ni. mana nak urus anak, mana nak pegang kamera. hahaha

p/s: bila daddy balik KL, qaira melalak macam apa. sedih giler daddy tinggal dia. kesian pulak aku tengok. arghh.. cuti bersalin dah nak habis. tak sanggup nak masuk keje lagi..


XOXOXOXO

Friday, May 8, 2015

Makanan Pantangku.....

Assalamualaikum....

Hai korang...

Baru la ada masa nak mengapdate belogku setelah lama bebenor dibiarkan bersawang. Bukan ape, kat kampong ni internet slow kalah siput sedut (sila tampor laju-laju ye).
Ok la...  ada yang bertanya, apa yamg aku makan ketika pantang ni. Nasi banyok mana, makan ape. Meh mak anak dua ni nak share apa yang aku telan sepanjang 44 hari pantang ni.

Breakfast

Kalau breakfast ni, biasanya aku makan biskut atau roti dengan susu @ milo. Susu anmum lacta sebab susu tu je yang aku boleh telan. Biskut pulak biskut low salt, high fibre ye. Kadang-kadang makan roti. Tapi mak bidan tak galakkan sangat makan roti sebab takut badan kembang. Harusla aku ikut tapi langgar jugak la kadang-kadang.  Hahaha.
 


 roti untuk sarapan. tolong jangan skip sarapan bila pantang ye. karang perot masuk angin
 susu lacta. susu khas untuk menyusu


Lunch

Makan tengahari aku simple je. Sangat simple. Nasi sesenduk, sup sawi dan ikan panggang. Actually aku ni memang agak kuno dan kekampungan sikit kalau bab pantang. No ayam, no daging. Hanya Ikan panggang lada hitam. Tapi awal pantang aritu mertua aku ada masakkan ikan tenggiri kukus dengan halia ada kuah sikit-sikit. Aku bedal aje. Tapi bila pantang rumah mak aku, itu aje la menu aku.  

Hi-tea
Cewah.. hi-tea bagai kau. Serius dalam pantang ni, memang sentiasa lapar, aku bedal biskut kering dengan kopi o. Sedap x yah cakap la.. memang berppeluh habis badan ni...mana tak berpeluh, cuaca panas, bedal kopi o panas. Tapi memang sedap rasa badan...



ikan tenggiri @ ikan merah masak halia
sup sawi.. sedap mak oii...
ikan panggang lada hitam terlebih hangit sebab duk sibuk dengan anak aku yang melalak nak tengok mommy dia masak. eh... panjangnye nama masakan.. hahaha

Dinner

Aku memang makan nasi sekali sehari je. Kadang tak makan nasi pun. Kalau lapar, aku bedal makan ikan dengan sawi. Kalau malam, aku makan biskut dengan susu. Atau milo. 

Lain-lain ubat pantang 

Aku telan vitamin 4life. Aku makan vitamin ni sebab bagi aku memang bagus la. Minggu kedua aku pantang, anak aku dua-dua selsema. Sampai aku jangkit sekali. Aku telan vitamin ni, Alhamdulillah, cepat je hilang. Untuk qaira, aku letak dalam susu. Untuk baby dhia, aku la yang telan, then dia dapat zat tu dari susu aku la sebab breastfeed kan.
Jamu pulak aku tetap dengan nona roguy. Bagus jamu ni sebab langsung tak sembelit. Lawas je. Ubat tu telan 2 bijik malam, esok pagi confirm korang membuang dengan jayanya tanpa risau. Tapi aku makan jamu ni start hari ke 15 sebab anak aku ada kuning skit awal-awal. So aku elakkan makan jamu.

vitamin 4life.
jamu nonaroguy

alhamdulilah... hari ni aku dah habis pantang dengan jayanya...bila nak kurus?? tak kisah la kurus ke tidak, asalkan susu aku banyak melimpah ruah supaya dhia dapat sepenuhnya susa badan sampai 2 tahun. inshaallah...ok, jumpa di next entry ya,,, tata titi tutu...