Sunday, February 15, 2015

36 weeks.......

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Ape cerita weekend korang??? disebabkan hari sabtu aku dah shopping, so hari ahad nak bawak qaira jalan-jalan tempat yang tak stress.. hahaha... maksud aku tempat yang takde membuatkan aku nak shopping..... haa gitu...
so tempat paling strategik nak bawak anak di hari minggu adalah Taman permainan.. hahaha.. qaira memang suka datang taman ni.

Nampak tak?? excited kau mek qaira nak jalan
Sempat makan laksa penang dengan air kelapa dekat taman.. aku bedal sampai 3 air kelapa... hahaha.. sedap giler.
Masa untuk qaira beraksi.. aku tak larat nak kejar mek qaira, so aku biarkan je laki aku follow dia.. hahaha
suka la dia dapat panjat-panjat
posing sikit
naik kuda gerak, kata qaira.. haha
yang ni paling dia suka. main buai....
bukan main suruh daddy tolak laju-laju

bila time mommy tolak, qaira tak nak.. hahaha... sebab mommy tolak slow je.. haha
terus nak turun bila mommy hayun buai tuu
muka dah merah-merah sebab panas
apa ni mommy!!! hahaha
muka penat dah main... 

hari ni kandungan dah masuk 36 minggu.... actually aku dah tak larat sangat nak jalan sebab perot dah sangat besar dah aku rasa.. tapi kesiankan mek qaira ni kalau duk terperuk dekat rumah je.... gigih aku bawak jalan haa...  kaki dah mula bengkak dah.. setiap malam mesti aku suruh laki aku picit kaki dengan minyak panas, baru boleh tido lena. Nak tidur pun sekarang dah tak selesa, pusing kanan tak kene, pusing kiri pun tak kena.. haih... lagi 4 minggu insha allah...
Doakan semua selamat yaa...

XOXOXOXO

2 comments:

suhailah hamid said...

penghujung kehamilan mmg bagus minum air kelapa. 4 minggu je lagi tak lama dah tu...smg dipermudahkan segalanya :)

Ruhill Fahima Mohammad said...

elok la minum air klapa...tambah2 nk due ni...nnti insyallah baby kluar kulit dia elok bersih