Monday, January 12, 2015

Diusia 31 Minggu....

 Assalamualaikum...

Hai Korang..

 

Bila kandungan dah 31 minggu ni, badan semua dah rasa lain macam. Pregnant kali ni rasa agak kuat, tak macam masa mengandungkan qaira. Sakit pun alhamdulillah jarang-jarang. Teringat masa mengandungkan qaira, dengan jauh dari suami, then asyik sakit ari-ari, sakit kepala, lenguh-lenguh badan. Terpaksa menyusahkan housemate, urutkan kepala, badan semua. Kali ni alhamdulillah badan semakin kuat cuma maybe letih bila Qaira makin buat perangai (cranky ) sekarang. 

Serius mengandung kali ni badan naik mendadak, lagi parah dari sebelum ni. Laki aku pun ada tegur, tapi aku buat dengar tak dengar je. Sebab l;aki aku tahu, aku paling takut bila badan naik ni. Baju banyak tak muat even masa mengandungkan qaira dulu, muat. sedih. Kadang-kadang stress dan pening nak pergi kerja nak pakai baju apa. limited sangat. Aku tak banyak dress, so agak pening kat situ. 

Qaira pulak sejak nak dapat adik lain macam sikit perangai dia. Kalau dia meragam, menangis macam sakit-sakit je. Padahal takde ape pun. Then bila dah menangis, mesti cari mommy. Tak nak dengan daddy dia. kat situ aku dah pening. Buat dia menangis pagi-pagi sebelum pergi kerja, aku dah gelabah dah. mana nak siapkan bekal dia pergi pengasuh, bekal laki aku lagi. setiap pagi memang confirm berpeluh ketiak aku ni haa... Make up?? memang kat rumah tak sempat la. Aku make up dalam kereta je. Kadang-kadang, sampai senget-senget aku pakai eyeliner. hahaha. 

Pernah ada orang cakap kat aku, (sebab aku ni memang suka make up)," tunggu la ada anak nanti, memang tak sempat la ko nak make up". Tapi laki aku jawab " memang dia akan cari masa untuk make up nyee" hahaha.. sebab laki aku tahu aku ni memang suka tonyoh-tonyoh muka sikit. tapi takde la make up tebal selambak macam nak kawen, just nipis-nipis. Pakai yang basic aje... 

mengandung kali ni, aku tekad nak buat DIY... insha allah kalau di izinkan oleh -NYA. actually aku suka jhit dan ber-DIY ni cuma mesin jahit aku je tak mengizinkan. comel bebenor. bila dah comel, nak jahit yang tebal-tebal tu, azab sikit la.. Tu yang gigih aku bodek incik laki nak beli mesin jahit baru. hahaha... nak jugak ber-DIY sebelum bersalin ni. Nak jugak tengok anak aku pakai hasil tangan aku ni.. wah gitu..... Doakan aku yee...

Last update - Aku takde plan lagi nak bersalin kat mana. cuma ada beberapa senarai Hospital yang aku berkenan. Yang pasti di Selangor la. Qaira dah lahir Terengganu, adik biar lahir kat Selangor la, Insha Allah kalau di izinkan oleh -NYA. Kita mampu merancang kan.. 

 XOXOXO..

2 comments:

suhailah hamid said...

Biasa la tu kalo anak cranky buat perangai. Dia tahu nk dpt adik lps ni x boleh betmanja2 sgt dgn mamanya :)

Hannan Al-Qudsey said...

Masya ALLAH seronok baca your pregnancy story. Semoga semuanya selamat ye Nana. Masa mengandung nilah moment yg paling indah sekali yg tak leh repeat dah lepas bersalin. I missed my pregnancy dulu. Doakan for me too ye. Take care Nana. hihihi bab mekap tuh yg tak tahan tuh.