Thursday, November 20, 2014

Alhamdulillah.. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Rasanya bulan ni memang ramai yang melahirkan anak ya.. ya allah, teringat masa melahirkan qaira dulu.. sedapnya bau baby... 
Last week, kakak ku dan adik ipar ku, masing-masing selamat melahirkan anak mereka. Kakakku achik, anak yang ke empat, perempuan dan adik iparku, anak sulong, lelaki.
Last week sebelum pergi kursus, sempat aku melawat adik ipar ku di Labour Room di Prince Court. Tapi kami pergi dah agak lewat so agak sunyi la kat sana. hahaha...

Tengok qaira, bukan main aktif lagi. penat aku nak mengejar.
Tengok anak dara aku sorang ni...
Dengan atok.
Dulu mek qaira ni bukan main takut dengan atok dia, sekarang bukan main rapat. Atok selalu rasuah qaira makanan.. hahaha... tu yang syokk je qaira haa...
Mommy dengan qaira..
Belon yang di pegangnya mek qaira tu, hasil bodek dari atok la tu
Kami balik 11 malam lebih sebab adik ipar ku tak bersalin lagi, lagipun aku nak pack barang sebab nak pergi kursus esoknya. Esoknnya pukul 6 pagi , dapat mesej dari mama, Hajar (adik iparku) dah bersalin. Alhamdulillah bersalin normal...

Ni anak kakak ku - baby girl. Nik Arissa zara (kalau tak silap aku la). tak sempat nak melawat lagi sebab dia di kelantan. insha allah next week mok na datang ye sayang.
 Ni anak adik ipar aku. baby boy. Adam Mirza. yang ni pun tak sempat melawat lagi sebab ku baru balik kursus. insha allah minggu ni....
Alhamdulillah bertambah-tambah lagi umat nabi Muhammad saw. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ya sayangku....

p/s: Next year, aku pulak insha allah.. doakan dipemudahkan semuanya... aminnn

Sunday, November 9, 2014

Dinner Date With Hubby

Assalamualaikum...

Hai Korang.....

Tersebut la kisah..... hahaha... ok cerita hari minggu.. Sabtu malam yang lepas, Suamiku ajak pergi dinner date. Mek qaira import kat rumah mama sekejap. haha... Alhamdulillah jugak sebab dapat mertua yang sangat memahami dan sangat menyayangi qaira. Pada mulanya risau jugak aku nak tinggalkan si qaira ni, al maklum la anak aku ni banyak sikit ragamnya. Tapi bila fikir balik, kesian laki aku ni, dah lama benor tak dating dengan dia. Setiap kali nak dating, ada je qaira meragam.. hahaha.  So aku ON je...
Tempat dinner kali ni adalah di Mandarin Oriental, KL...

Sorry gambar agak blur, guna kamera depan...Malas nak on Gopro
Tempat wajib, toilet.. hahaha...
Suami vs isteri....
Appetizer - Poached River Prawn.. " bebelit lidah mak nak sebut..." hahaha
Salmon soup
Beef steak... Lupa nama panjang dia apa.. hahaha... Tapi sedap gila dan sangat juicy ok.... best... arghh... nak makan lagi boleh??

Dessert-  Hazelnut Parfait
Macaroon dan Coklat... 

Dan yang paling best bila Ada Rossa kat sini.... what??? rossa... comel gila ok... dan body dia, fusss.... kalah anak dara weh... sangat slim dah kecik... ok, jeles sangat.. hahaha. Lepas pantang, nekad la nak diet sehabisnya... hahaa

selfie dengan Rossa.
Nampak bezanya badan dia dengan badan aku...
Laki mak pun nak join sekali...

Dress rossa. Sangat cantik... nampak la betapa slim nya dia
Jumpa dengan amir luqman, designer terkenal.. ai minat dia uolss.
 Bila nampak dia, terus cakap " i minat gila dekat u.." hahaha....

Dah selesai makan, sebelum balik, sempat lagi bergambar dekat parking ok.... Perut memang dah full gila.. alhamdulillah, rezeki murah... ok lupa pulak.. ada yang tanya nana, macam mana boleh pergi sini, berapa habis, and bla..bla... jawapan nana, biarlah RAHSIA. antara suamiku dan daku sahaja ok... 
Tak semua benda kita nak cerita kan... :)
Hensemnye laki mak... "harusla puji laki sendiri"

Sebelum balik, posing dulu...

Alhamdulillah.... kenyang, happy semua ada.. syukur ada rezeki dapat makan sedap-sedap...
Hadiah hari lahir yang best bagi aku.. hahaha... Tq suamiku... u hensem sangat.. love u so much...



Wednesday, November 5, 2014

Hari Wanita Dan Hari Lahirku...

Assalamualaikum...

Hai KOrang...

Pada 4 November 2014 iaitu semalam, office aku buat sambutan Hari Wanita dan semalam juga merupakan Hari Lahirku ke 28.. wah.. dah tua.. hahaha
SEsungguhnya Hari Lahir yang tak best jugak sebab perutku meragam dari pagi. Sakit yang macam cucuk-cucuk tapi aku buat layan tak layan. cuba menahan semampu yang mungkin.
Ramai staff dari daerah-daerah dan Negeri datang termasuk la bekas budak office aku dulu.

Antara peserta Hijabista. AKu tak join, hanya menyibukkan diri.

Meriah juga la sambutan kali ni... Siap ada photo booth lagi. kelas gitu
Dengan Zureen,
Banyak jugak prop untuk sesi bergambar.. hahaha
Aku pun tak tahu macammana aku boleh posing macam tu. maafkan mak yee

Birthday girl ok...

Ada jugak photo-bomb dikala mak nak syok sendiri


Menunggu cabutan bertuah tapi takde luck la kali ni.. hahaha.. maybe next time insha allah..

Bila dah 6 kali aku cirit birit, sakit perut, mujur la laki aku pick up dekat office. Disebabkan birthday aku, laki aku tanya la nak makan kat mana. jawapan aku "nak pergi klinik, sakit perut sangat". makan tolak tepi. 
Doc cakap aku mungkin keracunan makanan. Klink pun dah pergi, laki aku ajak pergi JUsco je. mall yang paling dekat dengan rumah. 5 minit je.Kata nak belanja aku makan, tapi boleh pulak ajak pergi sushi king. Dah la aku bukan pengemar sushi. Tapi pasrah la bila laki nak makan sushi...
Tengah tunggu laki aku makan, boleh dikatakan 2,3 kali aku ulang alik toilet. Memang tahap kronik aku punya cirit birit.

Kat sushi King, qaira pulak dengan ragam dia...
Order makan untuk dia, bukan nak dimakan, dicucuk-cucuk nye makanan tu... hah.. qaira..qaira.. pening mommy dengan kamu ni..

Sampai umah, laki surprise kan dengan bunga... eh..eh... romantik pulak laki aku ni... aku pernah cakap kat laki aku zaman bercinta dulu, aku tak suka bunga. Tapi orang dah bagi, aku terima dan happy jee... sorry la baby, tak dapat nak celebrate birthday, keadaan tak mengizinkan.. 

So... sempenan birthday ku ni, Doakan aku selamat, baby dalam kandungan ku selamat, selamat lahir, sihat tubuh badannya yaa...  muahh...
XOXOXO

Sunday, November 2, 2014

20 Weeks.... :)

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Sementara mek qaira duk layan Tv (mothergoose club), better ku update belog ku ni.... Alhamdulillah, minggu ni genap kandungan ku 20 minggu (5 bulan). Aku dah start rasa baby gerak tapi tak la kuat sangat. Bila baring, rasa la gerakkan kecil je.. comel je..
Kalau masa kandungan pertama dulu( masa mengandungkan Qaira), aku ada ovarian cyst, tapi mengandung kali ni, doktor cakap uri aku rendah dan agak bahaya la. So aku memang kene berjaga-jaga, tak boleh buat kerja berat, dan yang paling penting doktor pesan , aku TAK BOLEH nak dukung qaira. Berat qaira dan 11kg. So aku memang tak boleh nak angkat apa-apa yang berat. Even aku nak angkat kaki (cuci kaki) ketika wudhu' pun terasa senak di ari-ari aku. Tapi semua ni dugaan masa mengandung laa.. aku cuba fikir positif.
Sakit kat belakang ni tak yah cakap la, 8 jam kerja kat office, duduk atas kerusi je.. tak boleh nak baring, memang agak seksa la bagi aku...
Kalau masa mengandung qaira, waktu lunch je, aku akan tidur di surau, aku memang tak makan. Tapi sekarang lain, Bila dah tukar tempat kerja ni, memang takde tempat untuk aku baring. so hadap la 8 jam duduk atas kerusi je.



Kalau nak cerita bab qaira pulak, Alhamdulillah.. Qaira dah pandai bagitahu kalau dia dah berak.... "mi..mi... yakkk (berak)".. so aku tahu la dia dah berak. Aku bersyukur la, sebab 1 tahun 5 bulan, dia dah pandai bagitahu nak susu (nak memilk), nak tidur, lapar, nak makan (eat..eat) berak.. Mungkin ada anak orang lain dah pandai macam-macam, tapi lain budak, lain la caranya.. So kita tak boleh nak compare ok..
Dari dulu lagi aku dan suami tak pernah manjakan anak dengan mainan, patung. Bukan langsung tak beli, tapi boleh kira la mainan kira. Aku dan suami lagi suka habiskan masa kami kat kedai buku then suruh qaira pilih sendiri buku mana yang dia nak. Qaira suka dengan buku, kalau jumpa kedai buku je "mi..mi, book".. Mungkin lain orang, lain cara diorang besarkan anak, tapi ni cara kami... Dan yang pasti aku tak ajar sangat, dedahkan sangat anak aku dengan tablet or ipad.. Aku hanya akan pasang video pada iphone aku bila di kedai makan atau bila jalan-jalan (nampak dia dah boring). Pernah aku beli sebiji tablet, konon install cerita upin ipin,tapi langsung tak di layan nya. dia lagi suka dengan buku. Mungkin aku dan suami memang tak ajar dari kecik, jadi minat dia pada tablet kurang. Bab ni aku bersyukur laa...
Bab makan, qaira memang senang bab makan. Dan aku setiap pagi akan masak untuk buat bekal nak hantar pengasuh. Qaira paling suka kalau aku buat pasta. memang banyak dia makan. Kalau spagheeti, qaira suka  spaghetti carbonara. memang banyak gila dia makan. Tapi kalau aku malas, masakkan aje nasi goreng telur. hahaha.. senang.. Tapi habis je dia makan. Dan qaira paling suka makan BUAH. apa-apa buah, memang dia suka.. So kat rumah aku, memang wajib kene belikan buah... Hahaha.. Tapi memang happy gila bila aku tengok qaira kuat makan... Senang nak bawa pergi mana-mana... 

Qaira memang manja dengan daddy dia. hopefully adik nanti manja la dengan mommy ye.. hahaha... 
Kalau masa mengandungkan qaira, aku rajin buat journal tentang pregnant ni. every weeks aku akan snap gambo perut aku ni. nak jadi kenangan akan datang. Tapi dah masuk dua ni, haihh.. lain pulak semangat ni... Nak bergambar tapi selalu takde masa.. hahaha... Duk sibuk dengan qaira ajo... Kesian adik qaira haa..