Tuesday, September 30, 2014

Bye-bye BDPS...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Last day weh di Bahagian Dasar ni.. genap setahun dapat tukar kat sini....  pastu kene tukar lagi.. Kali ni dapat Bahagian Program Khas di bangunan sebelah.. huwaaa.... ramai yang cakap bangunan sebelah tu scary.... mak takut... hahaha
mak buyong posing sikit. Almost 16 weeks.

Dah nak tukar ni kan, murah rezeki.. ramai yang nak belanja makan... Yang paling best, timbalan pengarahku belanja di Alexis. habis dia tanya nak makan apa kan, mak tengah mengidam Pavlova, memang nasib dia la kan.
Awal-awal dah order pavlova.. nampak tak betapa sedapnyeeee...
then order pizza pulak... sedap gila weh.
nah.. amek ko sekali makan.
Tq boss...

Esoknya majlis Perpisahan pulak.
Staff bahagian dasar... rindu nanti..
ni gambar masa bagi ucapan.. gila sebak nak cakap..
yang aku duk sebelah tu, tu cc aku.. memang sempoi.. cakap je apa yang aku nak makan, semua dia buat.. dah macam mak aku.. kak pah.. sayang kak pah tau
ni antara bos-bos yang gila best.. sporting.. rindu la..
Fahmi dan suha... cepat kawen la korang.. aku doakan korang berdua ada jodoh... doa ibu mengandung ni insha aalah makbul tau.. hahaha
Dapat hadiah dari kawan-kawan rapat... sayang korang
ni yang paling aku suka. Part makan.. fus.. sedap weh makanan.. menu semua best.. meletopss
semoga tempat baru, memberi pelbagai sumber inspirasi kepadaku.....

Monday, September 22, 2014

Wedding lagi dan lagi.....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Aku rasa hampir setiap minggu aku ada wedding yang kene pergi... for sure kawan-kawan laki aku la semua kan... aku mana ada kawan ramai sangat kat KL.
Tapi bila dah kawen ni, kawan laki aku tu la, kawan aku jugak. laki aku ni suka kenalkan aku dengan kawan-kawan dia. 
So wedding kali ni, adik kepada kawan rapat laki aku. Di Dewan Udaimatunnur, area Rawang. Susah jugak nak cari Dewan ni... Tapi view dewan ni agak lawa la...

Pasukan Kompang... ketuanya qaira.. hahaha
Kawan-kawan satu meja
Abang pengantin, aroy and tyra...
Kawan-kawan....
Family....

Dengan pengantin... lawa sangat... tahniah..... 

Weekend with familia.....

Assalamualaikum...

Hai korang...

Weekend baru-baru ni, aku ajak suami dan family mertua picnic.. hahaha.. saje tiba-tiba teringin nak picnic ramai-ramai. mula-mula plan nak ke sungai yang dekat dengan rumah mama, tapi bila ramai yang nak join, babah plan ke sungai congkak.
Bila sebut sungat congkak, dah lama gila aku tak datang sini. last datang masa tahun 2010, masa mula-mula kenal dengan suami aku yang dulunya bukan sapa-sapa.. cewah...

Pagi-pagi dah bangun siapkan makanan. laki aku siapkan sandwich. mama siapkan bihun dan laksa. aku ke sana naik sekali dengan babah n mama je. senang satu kereta. qaira sampai tak nak tidur dalam kereta. excited punya pasal. 
Bila sampai ke sungai congkak, aida, atuk dengan che a dah sampai... siap dah hidang makanan.. wah.. meriah... syok gilaa

Daddy dan qaira....

 mood tak elok lagi masa ni sebab baru bangun tidur. dah nak sampai, baru tidur. Macam ni la jadinya.
muka qaira excited... ke mommy yang lebih?? hahaha
dengan mama, che a...
dengan adik ipar aku... 
daddy dengan qaira
dah kesejukkan, naik makan....


sambung mandi lagi....
sejuk weh air dia
muka qaira. mandi sambil bawa makanan dalam tangan dia. tak nak lepas. 
alhamdulillah...semuanya selesai.. best sangat.. next time boleh repeat lagi 

Wednesday, September 10, 2014

Berhenti menyusu Bila hamil semula...






Assalamualaikum..

Hai korang...

Siapa kata mengandung tidak boleh menyusukan anak???? Nana nak share pengalaman nana menyusukan anak dan dalam masa yang sama hamil dah masuk 3 bulan.  Alhamdulillah rezeki qaira fullbreastfeed sampai setahun 3 bulan. sekarang qaira dah minum susu formula dan masa yang sama masil menyusu juga. nak tidur je, mesti nak nenen. Ramai wanita diluar sana beranggapan bila mereka hamil, mereka tidak boleh teruskan untuk menyusukan anak meraka. Tanggapan tu salah... mereka masih boleh teruskan lagi menyusukan anak. 


Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada. 


Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.
Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.


Doktor tidak menggalakkan penyususan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :


1. mengalami sakit perut yang terlalu kuat atay mengalami pendarahan vagina

2. pernah mengalami kelahiran anak pra matang

3. pernah mengalami keguguran ketika hamil


Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.



Tips Menyusukan anak ketika hamil. 


1.Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu bimbang tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

2. Rasa sakit Pada puting

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.

 3.Posisi Yang Selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!


4. Nikmati saat-saat penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara saat-saat yang indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi! Kadang-kadang sekarang qaira gosok perut nana then cakap "ebi..ebi" maksudnya baby.. tapi itu saat bila dia ingat la, bila masa dia lupa, mau jugak dia melompat-lompat atas perut.



5. tanamkan azam untuk "tandem nursing"

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.


Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.



Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).



Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.


Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!



p/s: PASTIKAN mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu.

Qaira nak dapat adik.... yeayyy

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Sorry lama mengabaikan belogku.....

Ku nak share berita baik... yeayy..... Qaira bakal dapat adik....
 alhamdulillah.....


Mula-mula test, macam tak caye je bila naik 2 line... biar betul aku dah pregnant.. hahaha... tapi bila dah test sampai dua kali, semua naik 2 line, baru la ku pecaya... hahaha..

tadaaa... adik qaira dah ada heartbeat.... ya allah.. excited...

mesti ada yang tanya, qaira macam mana dah sekarang??? meragam tak???

haaa... ni jawapan dia...


memang tak nak la kan dengan mommy dia.. huwaaa... dia rapat betul dengan daddy dia. dia akan cari aku bila nak tidur je... sontap mak... hahaha... tapi takpe la, maybe ada hikmah.. maybe bila ada adik nanti,, takde la dia negada-ngada nak merap je kan... *fikir positif ni..*

so.. korang doakan la ye semuanya selamat... semoga adik qaira ni lahir dengan sempurna, sihat ye... lelaki perempuan, aku tak kisah, asalkan lahir dengan sihat.