Tuesday, December 2, 2014

Warung Roti Naan Bajet - Memang Terbaik..!!

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Excited nak buat entry kali ni.. hehehe.. ok... Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. saya mulakan entry tentang warung keluarga kami.
Actually last weekend aku balik kampung. Rindu nak jumpa mak ayah and of course la nak tengok kedai baru kan.. ACtually "warung". So bila sebut warung, jangan la korang bayangkan kedai makan yang besar-besar ye.. Warung ni kedai makan yang kecik-kecik.. bab kata orang tua, "Warung kedai kopi".
Genap seminggu dah Warubg ni dibuka. Alhamdulillah, sambutan sangat mengalakkan. Orang Kampung pun suka makan Roti naan kami.. Resepi asli dari Mak. hehehe



Tadaaaa.....

Actually ramai yang tanya aku kat mana kedai ni,kat mana?? hahaha.. aku nak menjawab semua pun tak mampu, so aku buat entry ni dan diharap dapat menjawab semua soalan korang.. cewah...

Warung Roti naan Bajet ni adalah di TERENGGANU. so siapa-siapa orang terengganu nak try makan roti naan ni, boleh singgah sebab warung ni tepi jalan je.. Kalau Dari highway LPT nak ke KUALA TERENGGANU, memang akan nampak sbelah KIRI ok. 



Menu dia??

of course la ROTI NAAN
Roti Canai
Nasi Dagang- hari SABTU sahaja
Mee Goreng
Nasi Kuning
Nasi Lemak

Ni haaa Gambar Warung comel kami...

Posing dekat kedai sementara takde orang kan..

Ni gambar petang, masa nak tutup kedai... 
Qaira bukan main excited lagi pusing-pusing kedai,...
Nampak betapa excited nya muka mek Qaira ni ha... excited campur comot

Ni gambar dari tepi. Warung kami tepi highway je ok. so memang senang nak nampak dan jangan risau, memang banyak tempat parking walaupun warung kecik je.. hehee
Pelanggan tetap.. Laki aku dengan mek qaira.. Hahaha... Disebabkan rumah kami kat atas, belakang warung je, so dua orang ni, kejap-kejap je ulang -alik kedai... hahaha...
Masa ni kami dah siap-siap nak tutup kedai
Alhamdulillah...
View dari tepi..... Takde la besar warung kami... comel aje.. hehe

Waktu Beroperasi

ISNIN - SABTU
6.30 pagi hingga 1.00 tengahari

AHAD - TUTUP

Alamat kedai:

Kampung Bukit Berapit,
Batu 12 Jalan Kelantan,
21060 Kuala Terengganu

direction :  Kalau dari Bandar Terengganu ke Kelantan, kedainya sebelah KANAN
Kalau Dari LPT ke Kuala terengganu, kedai sebelah KIRI.

1 comment:

MOHD SHUKRI Talib said...

kedai ni boleh majukan lagi...boleh besarkan lagi masa akan datang... boleh tampal poster2..iklan2 kat kedai tu..:)