Sunday, December 14, 2014

Hari Keluarga KKLW, Wetland Putrajaya

Assalamualaikum...


Hai Korang....

Sementara ada masa terluang ni, ku update belog tentang event hari ni. Actually hari ni aku ke Taman semarak, Wetland di Putrajaya. Mulanya bila sebut tempat kat wetland, aku fikir macam taman tema air... hahaha.. tu yang aku cepat-cepat je letak nama. Tapi malangnya, bukan seperti yang disangka.. hahaha...
Hari ni ada Hari Keluarga anjuran KKLW. So semua agensi (jabatan) di bawah KKLW ada berkumpul disini. So memang ramai. Tapi disebabkan tempat dia luas dan besar, so takde nampak padat, semak dan tak selesa. Semua ok. Anak-anak nak lari-lari kat padang pun ok. takde la langgar sana sini.
Aku sampai agak lewat sebab dari Semenyih, rumah mertua aku. Sampai je, aku terus daftar dan cari makanan. itu yang penting. Lapar bebenor ok. Mujur jumpa geng Risda jugak. so duduk sebelah dia aje laa...
Masa ni cuaca baru nak panas.. wah... memang berpeluh-peluh la aku tapi makan tetap makan ok... yang best event ni, makanan dia langsung tak putus tau.. ade je makanan.... Bagus betul management dia.
Qaira dengan amsyar.. sibuk je main belon.Tapi belon qaira tu sekejap je betahan pastu inalillah dah.... digesel-geselnya belon tu kat rumput. memang pecah la jawabnya
Laki aku.. ramai dah cakap dia dah kurus tapi aku nampak sama je.. hahaha
mek qaira sengih je
Nampak betapa happynye qaira dapat main... ya allah...
ada face painting.. Niat nak buat kat qaira tapi ramai bebenor yang beraturnya... memang tak larat aku nak menunggu
ini je la yang kamu main ye nak... senang tak ramai yang beratur nak main.. bubble
Masa ni panasnya Tuhan je yang tahu.. fuss.. tak tahan aku
Qaira bukan main suka main bubble
sampai terganga mulut haa
sibuk nak tiru mommy dia posing..
mommy yang buncit
qaira dah kepenatan.. Tapi tak tidur pun... lepak habis susu, bagus aktif balik.....
makan aiskrim.... tapi aku yang habiskan.. mana boleh makan banyak-banyak

Qaira muka penat.. hahaha

Dapat colouring book, terus tak layan orang.. Rambut dah macam Mak limah dah
Qaira takut dengan clown ni sebab bila beratur nak belon je, clown ni asyik kenekan qaira je.. tu yang dia takut.

 Last sebelum balik, bergambar dengan Menteri KKLW, Dato seri Shafie Afdal... dia tnya laki aku dari mana, laki aku boleh lupa plak aku keje mana.. hahaha...

p/s: walaupun panas, tapi anak aku happy gila, so aku puas hati la datang sini.. yang pasti makanan dia best jugak dan takde rebut-rebut. semua tersusun bagus je... so AKu bagi 4 bintang.... hahaha....




1 comment:

Nur Inani said...

seronoknya qaira main. tak penat pulak dia :)