Monday, December 29, 2014

Weekend with familia..

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Aku memang suka bawa anak jalan kalau ada masa free je. Weekend (ahad), laki ku ajak pergi mall, beli barang dapur sikit. Mujur la mall tak ramai orang sangat tapi gigih la jugak nak cari parking. Sebelum nak gerak pergi mall, aku tak perasan pun laki aku pakaikan apa dekat si qaira, bila dah dalam kereta baru la aku perasan. Baju lain, seluarnya lain.. haihh.... parah bebenor.
Si Qaira pulak, sekarang ni dah macam orang besar, (nemtang-mentang la nak jadi kakak). Jalan nak pakai spek pulak. gigih cari yang match dengan baju dia. pelik aku. Masa kecik dulu, kalau aku pakaikan spek,tak sampai 2 saat, terus cabut. sekarang, amboi kau.. melaram macam orang tua. nak pakai spek pergi mall. sambil sengih-sengih sampai nampak gigi besar dia tu.

Ok nampak tak?? geram aku
posing tak nak kalah.
Masa ni mak buyong dah tak larat. Korang tahu la kalau dah bawak budak yang dah boleh belari sana sini, bukan boleh duduk diam. jenuh nak mengejarnya ha... nak minum susu pun tak nak bukak dia punya spek. Gedik benor. Aku belikan sofa kecik dekat si qaira ni. sibuk je kalau tengok tv, nak bediri-diri.
Gambo ni, laki aku cakap muka qaira sama macam aku. hidung sebijik. kembang setaman....Bila mengandung ni, lagi-lagi la mengembang hidung aku. Takpe la qaira, kembang pun kembang la yee....
Qaira ni jenis yang tak boleh nak pakai-pakai headband ke, getah rambut ke... kiranya memang bukan jenis yang nak melawa kat rambut dia.. bila ikat je, pakai headband ke, sepantas kilat dicabutnya. haih... tu yang rambut kusut masai tu....

Malamnye, Laki ku ajak ke Murni di cheras, dekat je dengan HUKM.. ya allah ramainya manusia. kami kene tunggu untuk dapat seat. Tapi ku sanggup tunggu bila ingatkan makanan dekat murni ni memang sedap
.
Menunggu makanan.
Order spaghetti untuk Qaira. Malam tu perut aku agak tak sedap. baby pulak asyik mengeras je, so selera agak kurang. so aku share je makan dengan qaira even niat di hati nak makan macam-macam. Laki ku order lamb, tapi rasa agak kureng. Aku pulak sejak mengandung ni memang tak boleh nak bau kambing. Kalau bau dah tak boleh, makan daging kambing lagi-lagi la tak boleh. mau muntah terus.
Air dekat murni ni memang sedap-sedap... ya allah....
 memang tak rugi la kalau korang datang try makan kat sini.


Saturday, December 27, 2014

Hari Minggu dengan Mek Qaira.......

Assalamualaikum...

 Hai KOrang....

Bila dah dapat gaji ni, Hari minggu je, mesti family akan bawak anak-anak and family jalan-jalan or shopping. Niat di hati memang nak bawak mek qaira shopping. So pergi la KLCC (mall yang paling dekat dengan rumah) 10 minit je. Tapi bila dah sampai sana, ya allah, tersangat la ramai manusia... nak parking pun payah. SO aku ajak suami aku pergi je tempat lain.

Fikir punya fikir, aku decide bawak qaira pergi Lake Garden je... Hahaha.. senang dan tak ramai orang.
Bukan main happy lagi mek qaira datang sini
Makan aiskrim.... tapi tak de la bagi banyak, bagi rasa ajo.. haha
Nampak muka dia... Lagi happy dari pergi KLCC.. hahaha
Suka betul naik buai ni.. kat rumah takde ye nak...
Mommy and qaira...
Daddy and qaira

Bukan main qaira posing

kami...
Cak.... Bila nak balik, bukan main mengamuk mek qaira ni, tak nak balik.. Nak naik buai la, gelongsor laa.. Hari dah la nak hujan... risau aku.. tu yang gigih nak balik awal.. next time la datang lagi ye nak.

Actually bila pregnant ni, aku tak suka pergi tempat yang sesak, ramai orang sebab naik rimas... So kalau nak shopping ke apa, aku akan pergi hari kerja, bukan weekend. hehehe... 
ALhamdulillah.. Qaira happy tapi mommy la penat.. hahahaha

Sunday, December 14, 2014

Hari Keluarga KKLW, Wetland Putrajaya

Assalamualaikum...


Hai Korang....

Sementara ada masa terluang ni, ku update belog tentang event hari ni. Actually hari ni aku ke Taman semarak, Wetland di Putrajaya. Mulanya bila sebut tempat kat wetland, aku fikir macam taman tema air... hahaha.. tu yang aku cepat-cepat je letak nama. Tapi malangnya, bukan seperti yang disangka.. hahaha...
Hari ni ada Hari Keluarga anjuran KKLW. So semua agensi (jabatan) di bawah KKLW ada berkumpul disini. So memang ramai. Tapi disebabkan tempat dia luas dan besar, so takde nampak padat, semak dan tak selesa. Semua ok. Anak-anak nak lari-lari kat padang pun ok. takde la langgar sana sini.
Aku sampai agak lewat sebab dari Semenyih, rumah mertua aku. Sampai je, aku terus daftar dan cari makanan. itu yang penting. Lapar bebenor ok. Mujur jumpa geng Risda jugak. so duduk sebelah dia aje laa...
Masa ni cuaca baru nak panas.. wah... memang berpeluh-peluh la aku tapi makan tetap makan ok... yang best event ni, makanan dia langsung tak putus tau.. ade je makanan.... Bagus betul management dia.
Qaira dengan amsyar.. sibuk je main belon.Tapi belon qaira tu sekejap je betahan pastu inalillah dah.... digesel-geselnya belon tu kat rumput. memang pecah la jawabnya
Laki aku.. ramai dah cakap dia dah kurus tapi aku nampak sama je.. hahaha
mek qaira sengih je
Nampak betapa happynye qaira dapat main... ya allah...
ada face painting.. Niat nak buat kat qaira tapi ramai bebenor yang beraturnya... memang tak larat aku nak menunggu
ini je la yang kamu main ye nak... senang tak ramai yang beratur nak main.. bubble
Masa ni panasnya Tuhan je yang tahu.. fuss.. tak tahan aku
Qaira bukan main suka main bubble
sampai terganga mulut haa
sibuk nak tiru mommy dia posing..
mommy yang buncit
qaira dah kepenatan.. Tapi tak tidur pun... lepak habis susu, bagus aktif balik.....
makan aiskrim.... tapi aku yang habiskan.. mana boleh makan banyak-banyak

Qaira muka penat.. hahaha

Dapat colouring book, terus tak layan orang.. Rambut dah macam Mak limah dah
Qaira takut dengan clown ni sebab bila beratur nak belon je, clown ni asyik kenekan qaira je.. tu yang dia takut.

 Last sebelum balik, bergambar dengan Menteri KKLW, Dato seri Shafie Afdal... dia tnya laki aku dari mana, laki aku boleh lupa plak aku keje mana.. hahaha...

p/s: walaupun panas, tapi anak aku happy gila, so aku puas hati la datang sini.. yang pasti makanan dia best jugak dan takde rebut-rebut. semua tersusun bagus je... so AKu bagi 4 bintang.... hahaha....




Tuesday, December 2, 2014

Warung Roti Naan Bajet - Memang Terbaik..!!

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Excited nak buat entry kali ni.. hehehe.. ok... Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. saya mulakan entry tentang warung keluarga kami.
Actually last weekend aku balik kampung. Rindu nak jumpa mak ayah and of course la nak tengok kedai baru kan.. ACtually "warung". So bila sebut warung, jangan la korang bayangkan kedai makan yang besar-besar ye.. Warung ni kedai makan yang kecik-kecik.. bab kata orang tua, "Warung kedai kopi".
Genap seminggu dah Warubg ni dibuka. Alhamdulillah, sambutan sangat mengalakkan. Orang Kampung pun suka makan Roti naan kami.. Resepi asli dari Mak. hehehe



Tadaaaa.....

Actually ramai yang tanya aku kat mana kedai ni,kat mana?? hahaha.. aku nak menjawab semua pun tak mampu, so aku buat entry ni dan diharap dapat menjawab semua soalan korang.. cewah...

Warung Roti naan Bajet ni adalah di TERENGGANU. so siapa-siapa orang terengganu nak try makan roti naan ni, boleh singgah sebab warung ni tepi jalan je.. Kalau Dari highway LPT nak ke KUALA TERENGGANU, memang akan nampak sbelah KIRI ok. 



Menu dia??

of course la ROTI NAAN
Roti Canai
Nasi Dagang- hari SABTU sahaja
Mee Goreng
Nasi Kuning
Nasi Lemak

Ni haaa Gambar Warung comel kami...

Posing dekat kedai sementara takde orang kan..

Ni gambar petang, masa nak tutup kedai... 
Qaira bukan main excited lagi pusing-pusing kedai,...
Nampak betapa excited nya muka mek Qaira ni ha... excited campur comot

Ni gambar dari tepi. Warung kami tepi highway je ok. so memang senang nak nampak dan jangan risau, memang banyak tempat parking walaupun warung kecik je.. hehee
Pelanggan tetap.. Laki aku dengan mek qaira.. Hahaha... Disebabkan rumah kami kat atas, belakang warung je, so dua orang ni, kejap-kejap je ulang -alik kedai... hahaha...
Masa ni kami dah siap-siap nak tutup kedai
Alhamdulillah...
View dari tepi..... Takde la besar warung kami... comel aje.. hehe

Waktu Beroperasi

ISNIN - SABTU
6.30 pagi hingga 1.00 tengahari

AHAD - TUTUP

Alamat kedai:

Kampung Bukit Berapit,
Batu 12 Jalan Kelantan,
21060 Kuala Terengganu

direction :  Kalau dari Bandar Terengganu ke Kelantan, kedainya sebelah KANAN
Kalau Dari LPT ke Kuala terengganu, kedai sebelah KIRI.