Thursday, November 20, 2014

Alhamdulillah.. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Rasanya bulan ni memang ramai yang melahirkan anak ya.. ya allah, teringat masa melahirkan qaira dulu.. sedapnya bau baby... 
Last week, kakak ku dan adik ipar ku, masing-masing selamat melahirkan anak mereka. Kakakku achik, anak yang ke empat, perempuan dan adik iparku, anak sulong, lelaki.
Last week sebelum pergi kursus, sempat aku melawat adik ipar ku di Labour Room di Prince Court. Tapi kami pergi dah agak lewat so agak sunyi la kat sana. hahaha...

Tengok qaira, bukan main aktif lagi. penat aku nak mengejar.
Tengok anak dara aku sorang ni...
Dengan atok.
Dulu mek qaira ni bukan main takut dengan atok dia, sekarang bukan main rapat. Atok selalu rasuah qaira makanan.. hahaha... tu yang syokk je qaira haa...
Mommy dengan qaira..
Belon yang di pegangnya mek qaira tu, hasil bodek dari atok la tu
Kami balik 11 malam lebih sebab adik ipar ku tak bersalin lagi, lagipun aku nak pack barang sebab nak pergi kursus esoknya. Esoknnya pukul 6 pagi , dapat mesej dari mama, Hajar (adik iparku) dah bersalin. Alhamdulillah bersalin normal...

Ni anak kakak ku - baby girl. Nik Arissa zara (kalau tak silap aku la). tak sempat nak melawat lagi sebab dia di kelantan. insha allah next week mok na datang ye sayang.
 Ni anak adik ipar aku. baby boy. Adam Mirza. yang ni pun tak sempat melawat lagi sebab ku baru balik kursus. insha allah minggu ni....
Alhamdulillah bertambah-tambah lagi umat nabi Muhammad saw. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ya sayangku....

p/s: Next year, aku pulak insha allah.. doakan dipemudahkan semuanya... aminnn

2 comments:

suhailah hamid said...

Tahniah. Dua dua comel.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

comelnya baby ....Qaira pandai ye membodek..good job gurls ....:P