Wednesday, September 10, 2014

Berhenti menyusu Bila hamil semula...






Assalamualaikum..

Hai korang...

Siapa kata mengandung tidak boleh menyusukan anak???? Nana nak share pengalaman nana menyusukan anak dan dalam masa yang sama hamil dah masuk 3 bulan.  Alhamdulillah rezeki qaira fullbreastfeed sampai setahun 3 bulan. sekarang qaira dah minum susu formula dan masa yang sama masil menyusu juga. nak tidur je, mesti nak nenen. Ramai wanita diluar sana beranggapan bila mereka hamil, mereka tidak boleh teruskan untuk menyusukan anak meraka. Tanggapan tu salah... mereka masih boleh teruskan lagi menyusukan anak. 


Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada. 


Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.
Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.


Doktor tidak menggalakkan penyususan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :


1. mengalami sakit perut yang terlalu kuat atay mengalami pendarahan vagina

2. pernah mengalami kelahiran anak pra matang

3. pernah mengalami keguguran ketika hamil


Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.



Tips Menyusukan anak ketika hamil. 


1.Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu bimbang tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

2. Rasa sakit Pada puting

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.

 3.Posisi Yang Selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!


4. Nikmati saat-saat penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara saat-saat yang indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi! Kadang-kadang sekarang qaira gosok perut nana then cakap "ebi..ebi" maksudnya baby.. tapi itu saat bila dia ingat la, bila masa dia lupa, mau jugak dia melompat-lompat atas perut.



5. tanamkan azam untuk "tandem nursing"

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.


Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.



Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).



Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.


Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!



p/s: PASTIKAN mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu.

1 comment:

Dunia Mommy Comel said...

wah info berguna tak tahu pun sebelum ni. Tapi apa yang saya tahu skng. untuk case saya sgt lah xboleh sbb mmg sy melahirkan anak pra matang, penah keguguran sebelum ni.
dan saat kelahiran yg berisiko tinggi akhirnya terpakse czer.

tapi bila baca info yg awak bagitahu ni. sekurangnya boleh guide saya.