Thursday, April 10, 2014

TIPS PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN UNTUK IBU-IBU BEKERJA

 Assalamualaikum....

Hai Korang....

Hari ni aku nak share ilmu penting la bagi ibu-ibu bekerja yang nak bagi breastfeed sepenuhnya untuk anak-anak mereka.
Bagi ibu yang berkerjaya,  susu ibu haruslah simpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 

ini antara bekas-bekas yang aku gunakan untuk simpan susu.
 botol.... kalau guna botol ni, kos dia agak mahal.Rm38++ada 10 botol. tapi boleh guna banyak kali.
 guna plastik ni, hanya boleh guna sekali sahaja. then campak. harga agak murah rm10.90 ada 25 bags.
 ni guna botol susu qaira yang ada penutup.
 bekas dadih. yang ni kos murah. tapi jangan guna banyak kali tau.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk elakkan membazir.



TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
 
FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun


BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
 (biasanya aku akan menggunakan 3 ice bags)

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.( Biasanya bahagian beku ni, akan aku gunakan bila aku kene pergi kursus.. so sangat penting ada stok banyak ni)

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.

JOM SAMA-SAMA BAGI ANAK KITA SUSU IBU.....
selamat berjaya....

3 comments:

Fiza Kushina Noor said...

tips yg sangat membantu terutama ibu mengandung anak sulung ni :)

chenta nana said...

fiza@ sama2 kita bagi breastfeed pada baby kita... cayok2..

Anonymous said...

salam sis...sorry sya nk tanya...lps kita keluarkan susu dari peti ats lepastu kita sejukkan dgn air suam,pastu sya masukkan balik dlm peti ats memang xblh guna dh ka?