Thursday, February 28, 2013

Meeting... meeting dan meeting... fuss

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari yang memenatkan... fuss... whole day meeting je..... Memang stress campur kematu bontot.. mana tak kematunya kalau dah berjam-jam duk atas kerusi....

ni taktik nak sorok lemak... hahaha
sorry.. gambar blur, guna kamera depan.
cubaan untuk sorok lemak bila bergambar tapi failed. haih... yang pakai baju petak-petak ni  semua AJK mesyuarat... 
Ni bos besar kami yang tak berapa nak besar la..

bos baru kami... lalala.. muda lagi tau. 26 kau....
nampak tak, mak buyong bukan main suka dapat coklat... even bukan nana punya.. wakilkan orang lain je... 
gambo gegar la plak..
orang lain sibuk, nana sibuk nak bergambo... 
Pose wajib.. hehehe...

Actually buat 3 meeting terus. Mesyuarat bulanan, pastu mesyuarat kesturi dan akhir sekali mesyuarat puspanita. Penat mak oiii... dari pagi sampai petang... macam nak kebas bontot ni ha.....

Mesyuarat Puspanita
Mesyuarat Kesturi.

Friday, February 22, 2013

Set Bersalin Pilihanku.....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

setelah hampir berbulan-bulan duk survey Produk bersalin ape nak pakai nanti, Akhirnya nana memilih dua produk ni, Nona Roguy dengan Tanamera. Mujur la my husband nak sponsor set bersalin ni... Nak bini slim balik kan, harus la berkorban sikit duitnya. lalalala... 
Set Nona Roguy
Yang ni best, ala-ala spa gitu.... yang paling best Minya Kelapa Dara dia. Boleh buat jadi minyak selusuh dan boleh buat untuk urutan bahagian tuttt kita. Banyak review yang cakap boleh elakkan tuttt kita tu koyak banyak bila bersalin nanti.. hopefuly seperti yang di katakan la ye..... Huhu...

Then nana beli tambahan yang ni. Nana ni jenis tak suka pakai bende yang melekit-lekit ni. So sebelum pakai benkung tu, nana nak sapu ni je la. Ramai kawan nana cakap mustajab ni bagus. Tapi jangan beli yang warna merah sebab terlalu panas,kang hitam pulak perut tu... hehehe...

Hopefully di permudahkan la urusan bersalin nana nanti..... aminn... 
cuak pun ada ni... hahaha...

Monday, February 18, 2013

28 weeks = 7 months

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Rasanya tak banyak beza perut nana dari minggu ke minggu. Cuma lately ni macam cepat penat dan tak larat nak jalan banyak. Kalau jalan banyak rasa sakit gila dekat bawah ari-ari ni... tak tahu la kenape.... hopefully semua ok la...



Sunday, February 17, 2013

Start Shopping Dah....

Assalamualaikum....

Ha Korang....

Bila Kandungan dah masuk 7 Bulan ni, baru la excited nak shopping barang baby. al maklum la first baby, so macam-macam nak kene beli. Banyak nak kene guna duit ni... Dah la barang baby mahal... laju je duit habis haa.....

Hari ni baru masuk office setelah seminggu bercuti (jaga ayah sakit dekat hospital). Masuk-masuk je office, tengok atas meja penuhfail-fail kerja.. huwaaaa.... banyaknye kerja...... dengan barang pos laju lagi.. weee... tak sabo nak bukak.

Nampak atas meja nana??? fusss.. meja ke ape ni ha... penuh dengan barang.... Yang penting air kopi.. pagi ni breakfast dengan nasi goreng cili padi dan kopi ais.. nikmat betul....
Now nana banyak shopping online je... malas nak cari barang baby sorang-sorang.. laki ai kan duk jauh bebenor. so tak de mood nak pergi kedai baby, jalan sorang... senang, beli online. klik dan bayar. yang penting kene ada duit la... tu yang cepat beno pokai tu...

Ni semua barang yang dapat hari ni...best gila.... dah la comel-comel baju dia.... wee... excited.. kalau dulu, asyik belikan hadiah dekat orang lain je baju baby, sekarang beli untuk diri sendiri pulak. memang best. excited dia lain macam sikit.
Ni hasil rembatan last week sebelum cuti. comel kan baju baby ni..nana suka bau baju baru ni.... semua barang ni dah bawak balik kampung... al maklum la nak berpantang dekat kampung nanti. semoga di pemudahkan... amin....

p/s: Dah tahu jantina anak ni senang sikit nak shopping barang...

Friday, February 15, 2013

Ayah Di pindahkan ke Unit Pemulihan Jantung..

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Sambungan entry yang lepas...

Day 4 :

Along call kami ( kat rumah) sebab malam ke 3, turn along yang jaga ayah di CCU. Along call suruh datang ke hospital sebab ayah dah di pindahkan ke Wad Pemulihan Jantung. Maksudnya ayah dah sedar even masih menggunakan bantuan oksigen.
Cuak jugak bila dengar bunyi mesin. Tapi wad ayah agak selesa kerana tak ramai pesakit. Pelawatnya pulak hanya dibenarkan 2 orang je dalam satu masa. Ayah dah makin ok walaupun masih tak boleh nak makan. Bila batuk pulak, still lagi keluar darah. Maybe tekaknya masih luka.

Day 5

Maybe Hari ni turn nanajaga ayah di wad. After breakfast, hantar hubby di stesen bas. sedih... hubby dah balik dah... terharu rasa bila hubby sudi datang kl, jaga ayah jugak. Afterhantar hubby, terus gerak ke Hospital.. bengang dengan guard yang jaga pintu hospital. even ada pass, still x bagi masuk. dah la nana dengan penat berjalan lagi sebab parking jauh. rasa nak hamun je guard tu.

 hari ni ayah dah mula makan nasi bubur even dalam kuantiti yang sedikit. batuk still lagi berdarah. tadi doktor x-ray, tapi still tak tahu result lagi. hopefully takde ape-ape la. ayah mengadu sakit dada, lenguh kaki.. even dah picit... urm... tak tahu dah nak tolong macam mana. 

hopefully ayah cepat sembuh sebab ayah ni nana dah balik ke kemaman. Dah start kerja lepas ambil EL banyak hari dah. semoga ayah cepat-cepat keluar wad.

Tuesday, February 12, 2013

Pray for Ayah..... ( CCU )

Assalamualaikum



Hai korang....


Baru sempat update belog setelah 3 hari berkampung di Hospital. bagi yang add facebook nana, mesti ada yang dah tahu yang ayah nana di masukkan ke ccu
 akibat serangan jantung tahap kritikal. semuanya belaku secara panta
s. Ayah yang sihat, tiba-tiba boleh tak sedar dan doktor cakap dah 2 kali ayah putus nafas sepanjang di kecemasan. 
 Dan doc siap pesan, kalau boleh suruh anak- anak balik sebab keadaan ayah agak kritikal dan memerlukan bantuan mesin untuk bernafas.

Day 1


Pukul 10 pagi ayah di masukkan ke unit kecemasan,Pukul2.30 petang ayah di masukkan ke Unit CCU. Masa ni kami semua adik beradik dah menunggu di luar CCU. ayah masih tak sedarkan diri. Adik beradik nana yang dari johor, kelantan, KL, semua balik.

Suasana malam pertama di ruang legar CCU. 

Day 2

Ayah belum sedar. Masih bernafas menggunakan mesin alat penafasan. Tangan dengan kaki dia terpaksa diikat. Sebak bila tengok ayah macam tu. Saudara mara ayah yang tahu keadaan ayah dah mula datang melawat. 





 Actually muka dah penat gila.. mata dah bengkak-bengkak sebab tak cukup tidur, tapi demi ayah, kami sanggup.... :(
Menunggu ayah di luar CCU.
Menunggu dengan along.... masa ni hubby tak sampai lagi di Terengganu..... memang penat gila.... belasah je baring kat atas lantai ni... tak tahan sakit pinggang.

Malamnya, angah dan anak angkat mak ( kami anggap macam abang kami dah) buat solat hajat dan bacaan yasin di surau.

Day 3


Turn nana dan hubby jaga ayah. Memang dugaan gila sebab cuaca sangat panas. Nana mula sakit pinggang yang teruk dan sakit di bahagian ari-ari, maybe terlalu penat dan banyak berjalan. :(
  Actually ni nana tengah baring. Dah sakit sangat pinggang asyik duduk atas lanta je kan.. tak kisah dah orang yang lalu lalang nak pandang-pandang pun. Dah sakit sakit dah belakang. Jenuh suruh hubby picitkan... Dah la panas gila, kipas takde... berpeluh-peluh.. fuss
Suasana malam memang scary.. lagi-lagi bila da keranda lalu.. fuss.. kuss semangat,,,,


next : ayah di pindahkan ke Unit Pemulihan Jantung.

Saturday, February 9, 2013

Sambutan Maulidul Rasul...

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Baru ada kesempatan nak update belog tentang Sambutan Maulidul Rasul baru-baru ni di Office nana. Nana rojakkan sekali harung semua pasal Maulidul Rasul ni.
First tentang Sambutan di office nana. Kami (unit tanam semula ) kene jadi AJK untuk event esoknnya. So kami decide nak beli barang persiapan untuk esokknya.
Nampak tak??? nak cari baju uniform bukan senang tau... bukan main lama kami pilih.... pening... Yang lawaknya, mentang-mentang la Nak sambut Maulidul Rasul, terus beli jubah. Selama ni tak pernah-pernah nana pakai jubah tau.
Tadaaa...Dah siap beli dah

Odi dengan baju dia..
Nampak tak??? mak-mak tengah posing dengan baju masing-masing
Terpaksa tutup namakedai even dah ramai boleh agak kat mana ni di atas permintaan budak-budak ni haa.. so nana ikutkan aje..

.............................................................................................................................

Esoknya, Kami datang awal pagi, disebabkan kami yang handle event besar ni.
Siapkan Kad Hari Lahir staff
dengan amy dan kak sally
With huda dan kak sue
Kami... Ajk Tanam semula
Saya paling pendek.
Dah macam kumpulan nasyid je... lalala

Bacaan selawat
Bacaan Yasin
Ceramah
Muka saya yang bam-bam

................................................................................................................................

Sambutan Maulidul Rasul Di peringkat daerah Kemaman, Office kami ambil bahagian dalam pebarisan kali ni. Tahun lepas nana memang join pebarisan ni, tapi tahun ni macam tak larat je nak meredah panas.
Nampaktak yang pakai baju pink tu?? tu MB Terengganu, Ahmad bin Said yang tengah lambai-lambai kat kami... hahaha... macam kami pulak yang jadi YB.. hahaha...
Mak Buyong posing depan office sebab pebarisan ni memang lalu depan office kami je. So tak payah susah-susah nak pergi jauh nak tengok.
Dengan kak sally a.k.a mak buyong jugak. due date kami dekat-dekat je..
comel kan...

Nampak takbudak office nana?? tinggal yang pegang sepanduk je.. Yang lain semua dah lari balik office.. hahaha.. aduyai.. nasib la depan office je.
abang ni, Bahagian kesihatan Hospital Kemaman... 
Posing depan office sebelum melarikan diri.. hahaha....

p/s:Setiap tahun, memang takkan habis kami punya pebarisan... sampai je depan office, masing-masing terus cabut. hahaha