Thursday, November 28, 2013

Ku seorang isteri......

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari ni mengedik sikit nak update belog tentang tugas seharian.. wah... gitu...

Pukul 5 pagi aku dah bangun tidur... awal kau.... mandi-mandi... pam susu sambil make up.. buat 2 kerja salam satu masa. cepat sikit. Pukul 6.30 pagi aku dah gerak ke office. Kadang-kadang 6.40 pagi. So dalam pukul 7 pagi akan sampai la dekat office. Aku masuk kerja awal sebab nak berebut parking. So, bila sampai awal office, boleh la aku update belog, breakfast dulu. 

Selfie sikit di pagi hari.. hahaha
Lagi sekali. hahaha. sebab tak de orang kat office, tu la yang berani nak posing-posing la...
 kalau tak, memang tak la... malu weh...

Sampai office, ada Perhimpunan Bulanan di Dewan.... Pukul 8.30 pagi dah start. so if aku nak pam susu, pagi-pagi dalam pukul 8 pagi tu dah kena pam...
Koir Risda.
Perasmian dan bla.. bla... kadang-kadang aku tak join sangat. tertidur atas kerusi.. hahaha.. mengantuk dengar ceramah... boleh pulak macam tu kan...
Perasmian Condo Risda... 600K kau yang paling murah. itu pun lepas diskaun.. mak ai... tak daya aku nak mendegarnya.... berhutang 10 tahun pun belum tentu mampu...
Aku dengan bag nya, dengan powerbank nya. kene ada powerbank ni, mengantuk, so kene buka intagram dan bla. bla.. baru la tak boring... hahaha

Pukul 4.30 petang, balik rumah, kalau agak-agak takde barang, so kami pergi beli barang dapur. Beli kat giant, or tesco or jusco... itu  la antara tempat-tempat yang aku selalu beli barang dapur ni.
Qaira ni bukan boleh ada nampak benda gerak-gerak ni.. mesti nak capai... risau pulak tengok qaira ni.. haih.. tak boleh duduk diam dalam stroller.
Beli barang sikit ni pun dah 3++ tau... haih.. beli sikit barang pun dah beratus. Harga barang sekarang pun meningkat-ningkat naik oii... Ini tak beli lagi barang-barang basah.. huwaa....
Ni ragam Qaira kalau duduk dalam Stroller. Bukan boleh duduk diam... 
haih.. anak dara aku ni...
Laki ku... Banker ku... hahaha
Dah macam bibik oi rupa aku ni.... serabai gila.. dah penat balik kerja..  tukar tudung, takde nya nak pakai shawl ni.. pakai tudung sarung je senang..
macam ni la rupanya.

Sampai rumah, masak, gosok baju untuk esok.....
Alhamdulillah, qaira kalau tengok aku solat, mesti dia duduk diam, takde la bising, takde merangkak keluar... macam dia dah faham mummy dia tengah solat. alhamdulillah...
Sayang anak mummy ni..
Qaira Aisha..., anak kesayangan mummy sorang ni.....

Saturday, November 23, 2013

Maternity & Children Expo....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Ku update belog ku secara kilat iaitu secara cepat dan paling pantas kerana anakku dah merengek nak tidur dan ku kepenatan balik dariexpo.
Ok, sekarang di Mid Valley, Bangsar, ada Expo baby. so pada ibu-ibu yang ada anak, or baru nak mempunyai anak, elok la ke EXPO ini. sangat berbaloi... cewah... Promote sikit.



Aku sampai di Mid valley dalam pukul 11 pagi lebih. Tapi masa tu dah susah nak parking. Laki aku dah ngomel kat depan, aku biasa lah, dengan qaira duk seat kat belakang. Duk pusing-pusing cari parking dah dekat 20 minit. Alhamdulillah, dapat la jugak....
Mak cik nak posing sikit sebelum shopping...
over sikit posing.. eh..eh...
laki aku pun nak jugak... hahaha
 masa ni qaira dah mamai-mamai kat dalam stroller tu.... baru bangun tidur katakan..

Laki aku ajak lunch dulu. sebab bininya malas nak masak. Semangat lebih katanya nak pergi expo... so makan kat nandos ajo la...
qaira kalau dengan daddy, bergambo elok aje.. kalau dengan aku, gerak sini, gerak situ....
ha.. bukti... muka bukan nak tengok kamera. duk sibuk tengok daddy.
tak nak duduk diam...
dengan laki aku, elok je dia...
"Baby, u pilih la nak makan ape, i redha je.. sebab u belanja... hahaha... " Nampak tak ayat bodek aku?? haa....
budak bam-bam ni...
dah suruh laki aku order, yang ni je yang dipilihnya untuk aku.. so redha aje la..
kononnya, kalau tak cukup makan yang ni. Sorry, gambo makanan lain, tak sempat nak snap. lapor kebenor.. dapat je makanan, terus ngapp... s
Ni la intan payung aku sorang. Banker aku ni...
qaira dah start meragam... extra manja...

Aku pelik la kan, apehal la qaira ni, merengek je... rupanya, dah yakk... haih.. tak pergi expo lagi, dah yakk ye qaira....
nampak seluar dia.. habis bocor.. kan aku dah cakap, qaira ni kalau berak, mesti bocor la.... habis kene seluar...
Gigih laki aku cuci berak qaira...

masa ni beratur di kaunter pendaftaran. kata nak free gifts kan... kene daftar la..ramai kau manusia...
Ni antara booth yang aku memang nak pergi. sebab aku memang pakai brand ni.

Sale 50 %. murah gila kau.

Nampak???

So aku borong la beberapa botol susu untuk qaira. Botol susu harga diadalam Rm17 je satu... murah gilaaaa...
Booth Drypers pun ramai...

Banyak lagi booth yang ada tapi takde la aku nak snap semua gambo kan.. Qaira pun dah mula mengantuk... Lepas borong apa yang perlu, aku pun gerak la... Tapi masa aku nak balik, makin ramai yang datang. Mujur la aku datang awal... fus.... 

Qaira & Daddy...
Bila dengan mummy, Qaira buat buka.. haih...
Suka qaira tengok sekeliling.... jap pusing kanan, kejap pusing kiri..

kami...

Qaira & mummy...
Pandang lain...aku bukan main posing lagi...

antara barang yang aku sempat snap... Ampun la... tak daya aku nak snap semua...Qaira dah start meragam nak tidur.... nak update belog pun curik-curik masa.. macam ni la bila dah ada anak.. cewah...

ok la, selamat shopping semua, dah selamat berhujung minggu...

XOXOXO

Sunday, November 17, 2013

International Baby Expo (IBEX)...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

SElamat Hari minggu semua... padahal esok dah kerja kan.... Takpe, gunakan hari minggu yang ada ni dengan sebaiknya. Aku ni jeni tak boleh nak duduk diam kat rumah. So ajak la laki aku ni keluar jalan. Tambah-tambah tengok ada Expo (iklan di Facebook). so bila laki aku cakap ON, aku pun bersiap la...


Walaupun nama je hari cuti, tapi aku tetap bangun awal.. Qaira nimemang jenis bangun awal.... nak tidur balik tu, ambil masa sikit la.. Tu yang bila dia bangun je, aku terus mandikan dia. Siapkan terus.
Masa ni daddy tak bangun lagi.. so duk sibuk ler kacau aku tengah layan running man... haih...
nampak muka nakal dia.. nak kacau mummy la tu...
Bila dah boring lepak dalam bilik, aku ke ruang tamu.. tengok tv. kalau pasang tv, qaira ni duk diam sikit. takde la kacau aku sangat kan.... tapi kalau agak-agak aku tak layan dia, mula la dia buat bunyi macam-macam.
masuk dalam bilik semuola.. nampak laki aku kat belakang?? haa.. tengah mop lantai... laki aku ni lain macam sikit rajin dia... hahaha... tak macam bini dia yang sikit la.. sikit punya malas.. tak banyak ok...sikitttt je. Ok la kan, sorang rajin, sorang malas.

Lepas zohor je, kami gerak ke KLCC. dekat aje pun dari rumah aku...Tapi sebelum tu aku ke onebaby world. tube breast pump aku tetiba plak bocor. terpaksa guna satu pumping je. sebelum ni guna double pumping. so laju la sikit  buat keje..
ni muka laki aku yang tak cukup tidur..hahhaa
nampak muka qaira excited nak shopping.
Mula-mula niat di hati nak beli kerusi cute-cute ni... al maklum la rumah kami kecik ajo... so kene guna kerusi yang kecik comel je la...
laki aku borong baju... bukan ak ok.. laki aku yang excited lebih. murah kau... RM5 je sehelai.. mana nak dapat kan...
Masa ni qaira meragam nak susu la, nak tidur la.. rupanya qaira dah Yakk... banyak plak tu.. habis bocor seluar dia... tunggu turn toilet, buka main la panjang Q... aku pun kene jalan jauh sikit la keluar cari toilet.... qaira tak nak duduk stroller... gigih la aku dukung mek qaira yang 8kg dah ni.. penat weh....

sampai je toilet, laki aku terus mandikan qaira... senang cerita. mujur la qaira dah biasa mandi air sejuk. hahaha... so dia gelak-gelak je la...nasib la kau qaira.. sapa suruh berak sampai bocor.
Dah mandi, dah susu, ni la kerja dia... tidur.. mengantuk sangat la tu...qaira ni jenis lepas mandi je, memang dia tidur. kalau kat rumah, agak-agak dia nak meragam je, jawabnya mandikan aje.. terus diam.
mummy dengan daddy harus la snap gambo kan... ramai gila ka kat expo... nak kata serik tu tak la kan, tapi entah la.. bila difikirkan kaki yang lenguh ni, dah malas rasanya nak pergi expo macam ni... penat weh... dengan ramai nye lagi manusia... Tu tak campur dalam KLCC lagi tau.... boleh belaga bahu la katakan... padahal bukan hari GAJI pun.... masyuk betul la orang KL ni kan... hahaha
Muka qaira baru bangun tidur. baju pun dah tukar baju tidur.... Kalau jalan mana-mana, memang kene spare baju sehelai atau lebih.. Dah kenal sangat dah qaira ni, kalau berak je, mesti bocor. even sikit pun kan, nak jugak kene baju.
hasil dari Expo... free gifts.... hello kitty tu tak la ye. hiasan semata-mata... Yang susu tu, aku dapat masa Pendaftaran.

P/s: malas nye nak bangun awal pagi esok... esok dah kerja weh!!!!