Monday, July 29, 2013

Berbuka Puasa di Rumah Baru atuk & neny

Assalamualaikum...

Hai korang...

Dua hari lepas, aku ke H&M, konon nak shopping barang qaira la..tapi non ado nye.. dengan qaira yang merengek... so ambek mana yang sempat je....
harus la baju hello kitty
comel kan... mummy suka hello kitty, so qaira pun kene suka jugak.. hehehe
...................................................

semalam ada majlis berbuka puasa di rumah baru mertua aku di semenyih. Tapi aku dengan suami pergi agak lewat sebab nak antar album customer dulu.

Qaira dalam kereta.. syok je baring


s
Anak  mummy sayang ni....
 
Qaira dan mummy...

lepas hantar album client, aku terus gerak ke semenyih. on da way nak ke semenyih, aku dah rasa lain macam..macam nak pitam. tangan pun dah ketar-ketar. then suami aku suruh baring je sebelah qaira. memang dah tak larat sangat... dalam pukul 6.30 petang, sampai rumah mertua aku.. masa tu dah ramai sedara mara yang dah ada.
depan rumah mama
baju ni agak selesa sebab buleh buat nursing dress.
mummy dan qaira

aku tak sempat nak snap gambo berbuka sebab aku memang dah tak larat gila. lepas berbuka aku terus muntah. maybe perut dah masuk angin dan aku dah kene gastrik. memang lauk pauk banyak gila tapi satu pun aku tak sentuh. just minum milo kotak je.. huwaa.. rugi.. rugi...
solat magrib berjemaah dan bacaan yassin... Babah selaku imam kali ni...
Dah habis solat semua, ramai yang dah balik. qaira duk melayan orang berborak...
Ni keluarga mak long je yang tinggal. yang lain dah balik dah. keluarga mak long ni duk semenyih je... so dekat aje la...

dah elok semua tetamu balik, qaira start meragam... dia lapar tapi tak nak direct feeding. tak sabar... melalak-lalak la dia nangis. aku dah risau dah.. kesian pun ada. babah suruh selawat-selawat sikit. tak lama lepas tu qaira elok je tido... syukur la.. aku memang risau kalau qaira start menangis. mati akal tak tahu nak buat ape...

start dalam kereta dari smenyih dia tidur, sampai la rumah... tak sedar-sedar. maybe penat sangat. mujur la lepas bangun tidur dia tak meragam sangat... ya allah.... hopefully qaira tak meragam dah... :(

Saturday, July 27, 2013

Ya Allah... Sangat Menguji Kesabaran...

Assalamualaikum....

Hai korang...

Hari ni sangat menguji kesabaran aku.. Dah la baru first day puasa nih selepas bercuti lama... teruk la aku kene ganti puasa tahun ni...

al kisah nya macam ni la.. Konon nak bawak qaira jalan-jalan mall.. ni first day la qaira nak jalan-jalan.. sebelum ni jalan kat mall di terengganu je. Mydin mall ajo... so sebelum ni ok la kan... ku anggap nak jalan ni pun qaira ok la.. sebelum keluar, aku siapkan semua la.. susu yang dah beku dalam ice box dan air panas...

Qaira dah siap nak jalan...

mummy & Qaira...

Qaira sekejap je dah lentok... haih.. suka benor dia naik kereta
harus la amekgambo dengan laki...
Dah dampai Paradigm Mall.. qaira tetap dengan mimipi indah dia... tapi mujur la dia tidur dari merengek kan...
kami :)

gaya bapak orang beranak satu... tapi harus la bukan dia yang beranak... so non bezo la badannya.. hahaha
yang ni mak beranak satu... tak tahu la aku ni dah kurus ke tak. lama tak timbang... hopefuly maintan la yer.. penat makan sikit...
ni macam nak pergi camping. ice box kat bawah ada susu... sekrang takde istilah bawak handbag dah... semua barang qaira. so mudah bawah drapers bag. Maybe aku takde pengalaman lagi jalan dengan qaira kan.. so aku bawak je semua.
takde orang nak amek gambo kami,so harus la cari cermin besor... hahaha...
qaira tak nak pandang kamera.

AKu ni lupa la yang qaira ni tak boleh sejuk. mesti dia muntah nanti.. lupa nak bawak jaket ni.. si qaira duk muntah-muntah. dah la aku ni penat duk ulang-alik bilik menyusu (nasib ada billik menyusu). even aku dah bawak bekal susu, tapi disebabkan ada bilik untuk menyusu, better aku susukan direct je si qaira ni.. takde la leceh nak rendam-rendam susu dalam air panas.
SO, aku pergi la H & M... niat di hati nak cari la baju Hello Kitty kat qaira ni.. tapi dengan qaira nya yang merengek, dengan manusia nya yang ramai... lupa plak aku hari ni weekend... so aku grab mana yang sempat je... tu pun semua barang qaira. takde pun barang aku... huwaa... sedih ok!

Terus pakaikan qaira cardigan... sangat comel...
qaira takde mood la nak senyum... hahaha.. takpe la nak.. asalkan tak meragam...
masa ni qaira start meragam balik. dia tak nak duduk dalam stroller... aku dah tak tahu qaira ni nak susu ke nak tidur... so aku pergi bilik menyusu lagi ( kali ke 4). dia menangis tak ingat dunia,,, sampai kakak kat situ tanya, dia sakit ke dik?? tak bagi susu badan??? ya allah.. aku dah kasi tapi dia tak nak... lama jugak la dia menangis yang amat kuat, aku sapu minyak panas dekat perut dia... then ulik-ulik dia... sambil tu aku baca-baca la apa yang patut.. mana la tahu kan, kot-kot qaira nampak apa yang tak sepatutnya... then dia diam... mata pun macam lalok nak tido... fuss.... So aku ulik sampai dia tidur.... masa tu baru 5.15ptg... so aku ke chilis. ingat nak book tempat la kan, tapi tak boleh. dia cakap kene 6.30 petang. so aku suruh la laki aku tunggu kat depan chilis tu dengan qaira... aku pulak pergi cari surau... 
Dah la surau kene naik tingkat atas, tapi nasibla orang kat surau tak ramai sangat. tak lama lepas tu, dapat mesej dari laki aku, orang kat chilis tu bagi dia masuk. maybe kesian dengan bawak baby.. alhamdulillah la...
muka penat laki aku... betul kata kawan aku, kalau jalan, kalau ada budak kecik memang penat.. so aku faham la macam mana penatnya.. macam nak patah pinggang aku...
penat oiiii...
mujur la qaira tidur... boleh la aku makan dengan aman nanti...
Tak lama lepas tu, qaira bangun.. terus merengek nak susu.. mujur la laki aku dah siap-siap rendam susu... so takde la kene redah lagi bilik menyusu... dah tak larat aku nak jalan...
yang ni sedap tapi laki aku je habiskan.. aku takde selera nak makan lepas habiskan dua gelas air panas kosong.. terus kenyang...

yang ni memang kegilaan aku kalau makan kat chilis ni.. tapi aku makan dia tiga suap je, dah kenyang... tu pun laki aku suapkan sebab qaira duk atas riba... nak kene ulik tidur...
pastu qaira merengek nak susu lagi.. apa??? nak lagi.. padahal aku baru je bagi 4oz... so aku terpaksa la guna selimut si qaira ni bat nursing cover. so aku susukan je dia.. senang.. lepas je aku bagi susu, terus tido.. ya allah... syukur sangat....

sampai je kat kereta, aku terus baring sebelah qaira.. dah sakit sangat dah pinggang aku.. memang macam nak patah..maybe aku dah lama tak jalan banyak macam ni.. ya allah... dugaannya nak jalan.. macam mana nak shopping kat jalan TAR macam ni.... huwaa.. dah la baju raya tak beli lagi ni....

p/s: balik rumah, laki aku terus tidur... si qaira duk begelak sakan  lagi.. mata cerah tak nak tido... aku plak, gigih update belog even pinggang sakit gila...

Friday, July 26, 2013

Qaira Aisha Pergi KL....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Disebabkan tahun ni semua beraya kat Kampung nana di terengganu. biasa la, bila dah kahwin ni, nak balik kampung memang kene ikut turn. Tahun lepas dah balik johor, so tahun ni my kampung pulak, TERENGGANU.
So, kami ke KL dulu la, umah mertua selama 2 minggu. Nak raya nanti baru balik Terengganu... fuss..Kalau dulu balik kl berdua, now dah bertiga memang banyak sikit la cabaran. kereta tu penuh dengan barang. itu baru anak sorang,kaau dah 2 3 esok-esok, macammana laa.. kene beli lori la agaknya...
Qaira bila duk je dalam kereta, terus ambil mood nak tidur...
Nampak, tidur je kerja.

Then singgah paka, rumah mak sedara suamiku... dia pun ada baby kecik. beza dengan qaira 2 bulan la.. tapi macam nak sama besar. comel je.


Qaira muka nak masam je.. baru bangun tido. mujur la tak meragam dekat rumah orang.. malu la mummy nanti...

then gerak ke kemaman pulak. singgah rumah kak sally. kak sally ni budak office nana yang paling rapat la. kira everything kami share sama-sama la.. dan dia memang baik. sampai kami beranak pun hari yang sama.

Qaira tidur lagi...

sampai je rumah kak sally, kak sally suruh berbuka rumah dia. tapi tak dapek la akak.. ku jauh lagi perjalanan ni.. tapi tergugat jugak la iman bila kak sally tunjuk lauk yang dia masak.
kak sally dah kurus... anak kak sally ni namanya ratu malaika. comell
anak nangis tapi mak tetap maintain posing. hahaha
kak ita pun join skali lepak rumah kak sally.
dengan ratu...
ratu ni yang amat putih... fuss.. dah macam taik cicak bila duk sebelah qaira. takpe la nak.. hitam pun hitam la.. asalkan sihat.
kak sally dan qaira...

kak sally tapaukan lauk berbuka.. yeayy... konon berbuka dalam kereta la. tapi time berbuka, kami makan biskut quaker je. sebab takut lambat sampai. dah la hujan lebat gila. dengan kilat je.. subhanallah.. memang takut gila...

sampai rumah mertua dalam pukul 10 lebih. mujur qaira tak meragam sangat. dia tidur je dalam kereta sepanjang pejalanan. cuma bila gelap tu, nana suluh jugak dengan lampu handphone, takut dia muntah, tak nampak.

lauk kak sally tapaukan... sedap...
lauk.. sedap gila... yang paling best ketam tu..


...........................................................................................................

hari jumaat, suamiku kerja pagi.. so tinggal la berdua dengan qaira je kat rumah. mertua ku balik kampung semenyih... huwaa.. mati akal aku tak tahu nak buat apa.
 
Qaira tidur ke kerja.. tapi mujur jugak la sebab takut gak si qaira ni meragam.. dah la takde orang kat rumah...
Qaira dah 2 bulan.. yeayy....

muka happy je...
sekarang tido nak pakai bantal daddy.. selimut daddy.... huwaaa