Sunday, January 20, 2013

Alhamdulillah.... Rezekimu ya allah...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Sejak preggy (pregnant) ni, tak banyak benda la yang nana nak(yang pelik-pelik), samada nak makan atau mengidam betul-betul. Tapi bila dah menjangkau masuk kandungan 6 bulan ni, nana macam ada satu perangai pelik. Tak boleh tengok orang post @ upload makanan yang pelik-pelik, mula la nak. Contoh la hari tu ada la seorang girl ni upload dekat intagram gambar buah kundang. sudahnye, nana terus tanya budak-budak office mana nak cari buah kundang. disebabkan bukan musim dia lagi, so memang takde la kat kemaman ni ha. then cari la dekat Pasar Payang( terengganu), still takde. suruh husband cari dekat chow kit, tempat yang slalu jual buah, takde jugak. last sekali, tanya la mama (mertua), then dia cakap dekat kampung (semenyih) ada buah kundang ni. mengelupur la nana suruh husband nana pergi cari buah kundang ni even tahu semenyih ni jauh jugak. hahaha.
Dalam mencari buah kundang ni, banyak gak la aksi-aksi merajuk, dipujuk. biasa la bila duduk jauh dengan husband ni, macam-macam kerenah la. mertua nana suruh datang je kat KL, ambil buah kundang ni. Tapi memandangkan nana ni susah nak naik bas ( sebab takde orang nak hantar), terpaksa la tunda nak g KL. sedih ok. 
Then mama pos kan je buah kundang ni kat office. Memang tak banyak boleh muat dalam bekas ni, sekali makan memang nikmat gila tapi at least boleh la hilangkan rasa mengidam. tq so much mama... terharu sangat...
nana makan sorang-sorang je tau... memang dasyat la. pastu malam nye sakit perut sebab makan masam banyak sangat. hahaha...

nana sekarang tinggal kat rumah sewa. memang bosan gila bila nak tunggu malam sebab laptop nana rosak skrin, tak boleh nak baiki lagi sebab tak banyak kedai nak ambil baiki. Alat ganti dia susah nak cari. then terpaksa la duduk termenung je dalam  bilik sementara menunggu mata mengantuk. Mak kesiankan nana sebab asyik mengadu bosan dekat rumah sewa( habis semua novel dibaca dah).
Then mak dengan hubby hadiahkan saye lappy... yeay... memang la mula-mula mencari gak jenama Vaio macam lappy nana dulu, tapi bila fikir balik, Vaio memang tak tahan lasak. So cari Asus... sebab sebelum ni, nana belikan adik nana pun laptop jenama sama. Asus ni tahan lasak tau... dah la skrin dia besar, sound dia ok.. So.... nana pilih ini je laaa
Tadaaaa... dapat jugak warna merah.. dah la ai suka merah kau.... Tq mak & hubby.... :)

7 comments:

Deanna Aris said...

sedapnyeee buah kundang tu..terliur..huhu..
moga selamat semuanya :)
Kisah Saya & Shaklee

Nini Mohd said...

buah kundang. bestnyer...
laptop nana sama mcm laptop sy la.
tp sy warna pink. hehee~ ;)

http://ninimohd.blogspot.com

Adee Stylo said...

salam, nak tanye. bli buah kundang kat semenyih kat area mne ye ?

Adee Stylo said...
This comment has been removed by the author.
Adee Stylo said...
This comment has been removed by the author.
Adee Stylo said...
This comment has been removed by the author.
FazMelati said...

Salam, buah kundang tu beli dekat semenyih dekat area mana? saya tengah mengidam kot buah ni... aduhai susah nak cari dekat chow kit pun takde...