Wednesday, January 30, 2013

Aku Merinduinya..... Subhanallah...

Assalamualaikum....

Hai korang....

Terasa sayu je nak update belog. Mintak maaf.Tetiba perasaan rindu pada suami meguasai diri. Tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir. Terlalu merinduinya.

Mungkin nana terlalu beremosi tapi ini la yang nana rasa sekarang. memang dah lama tak jumpa suami. Hanya Instagram, call, whatsapp yang jadi tempat hilangkan rindu.
Nana tak pasti la.. maybe sejak nana preggy ni, hati nana jadi manja, tak kuat macam dulu.... even nana cuba kuatkan semangat nana....

Mungkin orang lain takkan faham apa yang nana rasa. Dengan keadaan sekarang.. Jauh dari family, jauh dari suami.. everything nana kene buat sendiri. kadang-kadang rasa pilu.... kenape semua ni nana kene hadapi sorang-sorang... 

Bila malam-malam balik kerja, sakit badan, pinggang sentiasa sakit, nana hadapi sorang-sorang. Nak beli barang, semua sendiri. Bila rasa mengidam makan apa-apa, terpaksa mintak belas ihsan orang untuk buat dan kadag-kadang dapat, kadang-kadang tidak. setiap kali singgah kedai yang jual barang baby, teringin nak shopping barang baby dengan suami tapi entah la... terlintas jugak perasaan cemburu bila tengok pasangan lain, belek-belek baju baby, tak sabar dengan kehadiran orang baru.  Setiap masa nana berdoa padaAllah agar di permudahkan semuanya.

Nana tak harapkan orang faham situasi nana. Nana bukan nakkan belas ihsan orang. Nana cuma nak luahkan perasaan yang terbuku dalam hati ni. 

 Kadang-kadang bila rasa perit, rasa sedih, nana cuba tahan, nana tak nak baby turut sedih, baby jadi lemah macam ibunya. Insha allah nana cuba kuat.. Kuat hadapi semuanya.

Thursday, January 24, 2013

Promosi Pakej Wedding 2013...

Assalamualaikum...

 Hi korang....

Pengumuman buat Bakal-bakal pengantin, bakal-bakal tunangan orang... Haaa... ada berita baik punya.... Ramai yang tanya nana, mana nak cari Op ( official Photographer) untuk wedding or engagement diorang.... Senang cerita,korang boleh contact je nana. Nana dan suami memang buat job wedding tapi bukan full time la.  Korang jangan bimbang sebab kami akan bagi harga yang sangat-sangat murah..Harga Promosi orang kata berbaloi-baloi laa...





So, kalau berminat , boleh contact :

Nana : chenta_nana@yahoo.com



Kami :)

Tuesday, January 22, 2013

POPPY Penny Chiffon Maxi Dress To let Go...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Nana nak letgo nana punya dress sebab tak muat. Sempat pakai sekali then dah tak muat sebab bila dah preggy ni, badan naik macam ape je, dah tak boleh pakai saiz S lagi.. sad..... 

POPPY Penny Chiffon Maxi Dress
Size S
not include BELT
PreLoved
RM60(include postage)
(1 time used)
good condition




SOLD OUT
( contoh nana pakai dress ni )


POPPY Penny Chiffon Maxi Dress
Size S
not include BELT
PreLoved
RM60(include postage)
(1 time used)
good condition

SOLD OUT

KALAU BERMINAT:

email nana : chenta_nana@yahoo.com

Sunday, January 20, 2013

Alhamdulillah.... Rezekimu ya allah...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Sejak preggy (pregnant) ni, tak banyak benda la yang nana nak(yang pelik-pelik), samada nak makan atau mengidam betul-betul. Tapi bila dah menjangkau masuk kandungan 6 bulan ni, nana macam ada satu perangai pelik. Tak boleh tengok orang post @ upload makanan yang pelik-pelik, mula la nak. Contoh la hari tu ada la seorang girl ni upload dekat intagram gambar buah kundang. sudahnye, nana terus tanya budak-budak office mana nak cari buah kundang. disebabkan bukan musim dia lagi, so memang takde la kat kemaman ni ha. then cari la dekat Pasar Payang( terengganu), still takde. suruh husband cari dekat chow kit, tempat yang slalu jual buah, takde jugak. last sekali, tanya la mama (mertua), then dia cakap dekat kampung (semenyih) ada buah kundang ni. mengelupur la nana suruh husband nana pergi cari buah kundang ni even tahu semenyih ni jauh jugak. hahaha.
Dalam mencari buah kundang ni, banyak gak la aksi-aksi merajuk, dipujuk. biasa la bila duduk jauh dengan husband ni, macam-macam kerenah la. mertua nana suruh datang je kat KL, ambil buah kundang ni. Tapi memandangkan nana ni susah nak naik bas ( sebab takde orang nak hantar), terpaksa la tunda nak g KL. sedih ok. 
Then mama pos kan je buah kundang ni kat office. Memang tak banyak boleh muat dalam bekas ni, sekali makan memang nikmat gila tapi at least boleh la hilangkan rasa mengidam. tq so much mama... terharu sangat...
nana makan sorang-sorang je tau... memang dasyat la. pastu malam nye sakit perut sebab makan masam banyak sangat. hahaha...

nana sekarang tinggal kat rumah sewa. memang bosan gila bila nak tunggu malam sebab laptop nana rosak skrin, tak boleh nak baiki lagi sebab tak banyak kedai nak ambil baiki. Alat ganti dia susah nak cari. then terpaksa la duduk termenung je dalam  bilik sementara menunggu mata mengantuk. Mak kesiankan nana sebab asyik mengadu bosan dekat rumah sewa( habis semua novel dibaca dah).
Then mak dengan hubby hadiahkan saye lappy... yeay... memang la mula-mula mencari gak jenama Vaio macam lappy nana dulu, tapi bila fikir balik, Vaio memang tak tahan lasak. So cari Asus... sebab sebelum ni, nana belikan adik nana pun laptop jenama sama. Asus ni tahan lasak tau... dah la skrin dia besar, sound dia ok.. So.... nana pilih ini je laaa
Tadaaaa... dapat jugak warna merah.. dah la ai suka merah kau.... Tq mak & hubby.... :)

Saturday, January 19, 2013

6 Months... :)

Assalamualaikum.....

Hai Korang....

Alhamdulillah... Syukur nana masih mampu nak update belog ni.... Syukur juga sekarang ni kandungan nana dah mencecah 6 Bulan..... Berat pun dah selamat naik 7kg.... erkk.... yang tu tak tahu nak cakap apa la.. hahaha.. nurse pun asyk membebel bila check up sebab berat asyik naik.. urm.... seram...
22 Weeks....

23 Weeks... :)
24 Weeks = 6 Months...

Bila dah genap 6 bulan ni, nana dah start usha barang baby, dah start bukak page yang jual barang-barang baby. Nana rasa nana just beli online ajo la.. tak sempat nak shopping beria sangat. maklum la dah PJJ dengan husband. Kadang-kadang sedih la juga sempat our first baby tau... nak jugak la merasa shopping sama-sama. Tapi pasrah aje la kan....

p/s: nak cari Breast Pump tapi tak tahu la nak beli jenama apa....

Friday, January 11, 2013

Hari Terbuka Risda

Assalamualaikum...

last week punya entry. tak sempat nak update sebab my lappy rosak and takde internet. 
sad kan..... so korang layankan aje gambo last week k.











Friday, January 4, 2013

Membesar dengan Dumex.... lalalala



 Assalamualaikum....

Hai Korang...

Alhamdulillah sepanjang mengandung ni, nana tak de alahan kalau bab makan ni, tapi dari segi lain tu ada. nana alergik dengan ayam dan seafood. Kalau nana makan, habis la satu badan nana merah-merah dan gatal-gatal.
Selera makan nana pun makin bertambah-tambah. masa check up dengan nurse last week pun, nurse dah bising-bising sebab berat badan nana dah naik mendadak. Now berat nana dah 52kg... gila berat!! argh... camno nak diet kalau asyik makan sedap je... huk3..
 mee rebus kemaman
 Char kuey teow kemaman.. memang sedap gila...

Ni makanan wajib dalam seminggu, tak sah kalau tak makan. so macam mana la nana nak kurus.. huwaaa...

...........................................................................................................................

Weekend yang best.... Kalau balik kampung, setiap kali hari jumaat, nana memang akan pergi Pasar Payang. Makan Bihun sup atas Pasar. Fusss.. memang sedap gila. Dah la murah. Rm3.50 ajo.... mana nak dapat sekarang. kat kemaman pun tak boleh dapat.

 5 Months +++
 
 Suka pakai baju hitam sebab boleh sorok lemak... wewuuu...

 Jalan-jalan naik kereta baru dengan mak dan adik sebelum adik kene posting di Kedah. Sob-sob... sedih sebab esok adik nana dah kene pergi kedah. bak hang, bak hang la kau ye lim... hahaha...


-XOXOXO-
-nana-

Tuesday, January 1, 2013

Blackie 1st shower

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Alhamdulillah rezeki Tahun Baru..... Tq hubby.... love ya :)