Monday, October 29, 2012

Terima kasih Ya Allah di Atas Rezeki ini......


Assalamualaikum...

 Bismillahhirrahmannirrahim...

  Hai Korang....

Nana gagahkan diri untuk update belog tentang berita gembira. Actually nana memang tunggu masa yang sesuai untuk share di belog. Entry yang sangat panjang ok, sila gagahkan diri baca hingga habis. 

Bukan untuk berlagak atau apa, (subhanallah, nana memang takde niat macam tu). sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan pengalaman dengan sesiapa yang membaca, dan kalau boleh mahu berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang dah bergelar ibu. Nana masih baru, masih nak belajar.

Actually nana dah start rasa badan tak sedap (masa ni tak tahu lagi yang nana pregnant), masa nana pergi majlis pertunangan adik ipar nana, aida. Masa ni memang rasa cepat sangat penat. pastu dengan sakit kepala, tak larat. semua la. tapi dalam hati nana, maybe penat buat persiapan ni kot. Then nana dah mula rasa macam tak nak "bersama" dengan suami. Alhamdulillah suami faham. Dia cakap maybe nana terlalu penat. 
Then balik dari semenyih, ke rumah mertua. kami sampai dulu di rumah. (waktu malam). Then nana rasa macam ada spotting ( warna brown). Dalam hati nana, agak sedih la. "aku dah period". then bagitahu suami, 
Suami cakap, maybe takde rezeki pregnant bulan ni. esoknya nana naik bas, balik ke kemaman. dalam hati dah pelik, kenape macam takde darah keluar. (biasanya kalau period hari kedua mesti banyak). Then tunggu lagi esoknya, (hari ke 3), still sama, period dah takde. So nana macam tak sedap hati la kan. 
esoknya, nana beli UPT di klinik sebab alang-alang dah ada di bandar nak beli  barang-barang persiapan untuk Jamuan Hari Raya Risda. Then sampai je office, terus je test. Then laju je naik 2 line. ish... nana dah macam cuak kan. First orang nana tunjuk UPT ni, kak sally sebab nana nak confirmkan kenape jadi 2 line 
( dalam hati macam tak percaya dah pregnant), then kak sally cakap dah confirm la ni. nana tak puas hati, terus beli 2 lagi UPT. Dip n tell dengan Clear blue.
Balik office, buat Dip n tell dulu, still naik 2 line. argh..... betul ke aku pregnant ni?????? still lagi tak percaya

 Dua UPT yang nana test kat office. 

Sampai rumah, tak sempat nak bukak tudung, terus pergi toilet, buat test UPT lagi. kali ni guna Clear Blue plak. Fusss.... Alhamdulillah..... Pregnant dan 4 weeks ( sebulan dah).
Ni semua UPT yang nana buat dalam satu hari.( tak termasuk 2 lagi dari klinik) hahaha. 


Hubby sent dekat whatsapp. terharu. ingatkan dia tak excited sebab bila cakap dekat dia yang nana pregnant, dia just cakap "alhamdulillah". tu je. rupanya dia tak nak tunjuk yang dia excited gila. hahaha.

4 Weeks Pregnant


Kebetulan nana balik kampung, so first scan nana di Klinik Wan Fazidah. Masa ni Nana dalam 4 weeks++. Almost 5 weeks la. Doc fazidah cakap nana ada Ovarian cyst. mulanya nana tak tahu apekebende tu. then dia terangkan kat nana yang cyst tu adalah sejenis ketumbuhan (cecair) yang ada dalam rahim wanita. kebanyakkan wanita memang ada ketika hamil dan insha allah akan mengecik bila baby besar. Tapi ada kes yang cyst tu membesar bila baby membesar. terkejut jugak la nana. nampak dot kecik (kantung baby).


6Weeks Pregnant

Nana pergi klinik untuk scan macam mana keadaan baby. Tapi dapat berita yang sangat tak best. Nana pergi Klinik Zainab ( tu je klinik doc nya perempuan). Doc Zainab cakap kantung baby je yang ada tapi status baby tak tahu macam mana., dan nana punya ovarian Cyst makin membesar. Dia suruh nana refer kat Hospital Besar (unit Kecemasan). Dalam hati nana " serius sangat ke keadaan nana sekrang??" dalam hati Tuhan je la yang tahu betapa sedihnya. nana menangis memang tak ingat dunia. Sedih sangat-sangat. ya allah... Banyaknya dugaan. Tapi dalam hati nekad tak nak pergi klinik ni lagi. Men "downkan" orang. bukan nak bagi kata-kata semangat pun. geram!!!

7 Weeks Pregnant

Bila dah 7 weeks, nana pergi scan lagi skali di Kampung. Klinik yang paling best sebab doc sangat memahami. Doc scan baby nana dah ada heatbeat. cyst nana still lagi besar dalam 5.3cm. tapi doc cakap banyakkan solat hajat. Insha allah boleh hilang cyst tu.

10 Weeks Pregnant
Alhamdulillah... ni lastest pic yang nana scan. Kebetulan balik dari KL last 2 weeks ( masa Piala Malaysia), kelantan lawan ATM. Nana ada bleeding bila balik dari KL, dan sakit pinggang yang amat sangat. Nana risau nak refer Government punya hospital, so nana pergi private clinic je. rupanya Uri nana sangat rendah. so nana tak di galakkan untuk travel jauh-jauh. Dan tak boleh nak terhentak terlalu kuat, sangat membahayakan kandungan nana. Alhamdulillah baby ok. Happy tengok baby dengan heartbeat dia. Sangat comel.. yang sangat best, cyst nana makin mengecut. dah 4 cm. alhamdulillah..... syukur sangat.

 Latest pic ( 2 hari lepas). Dah nampak baby bump even masih kecik.

Alhamdulillah nana dah 12 weeks ( 3 months). Doakan la semoga baby nana selamat dan membesar dengan sihat.

Sunday, October 28, 2012

Balik Kampung... Ooo... Balik Kampung

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari Raya ke dua, Kami tekad balik kampung. Sebab bosan tak tahu nak buat apa kat rumah. So nana dengan family (kecuali mak), balik kampung. Kira konvoi ramai-ramai la. Alhamdulillah jalan tak jam sangat sebab kami bertolak awal pagi. Serius takde baju nak pakai, so kami pakai baju lama je. baju raya tak sempat nak jahit manik. hhahaha
Malas nak drive, so suruh angah dengan ayah duk depan. kami kat belakang. Tapi sakit pinggang gak duk belakang sebab banyak langgar bonggol dengan lubang kat jalan. ouch.... lenguh kau.


On da way nak ke Felda selasih, kami singgah tepi jalan. Ambil pucuk gelugor, Pucuk sedap kalau nak masak lemak ( tak kisah masak lemak ape pun).
Rumah mak sedara nana di Felda selasih. Masa ni lapar gila. Makan macam tak ingat dunia. Ish.. nafsu makan makin menjadi-jadi la.
Tepi jalan pun jadi nak posing. 
nak posing jugak even mulut penuh dengan kopok lekor.
Orang bandar tak reti nak cari pucuk gelugor. ish...

Di Felda Selasih
Angah dan hubby.
Pantai Besut. Kusyuk makan ais Jagung. sedap gila
Paksa ayah suruh tengok kamera. hahaha
Angah dengan air kelapa dia
Laki nana ni dah mengandung 6 bulan dah ni.  haha. perot mengalahkan perot nana. ish... masa ni kami berhenti makan sortong celop tepung di Besut. First time kami datang sini. gila best. dengan pantai nye yang cantik.
AQnak kedua along, Fatin. Suka benor dapat makan ABC 

Balik rumah, terus sakit kepala sampai ke malam. fus. sakit kepala memang tak ingat la. dugaan betul la. tak tahan. nak makan panadol je ikutkan hati tapi nak buat macam mana...Sabar je la..

Selamat Menunaikan Ibadah Korban

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Baru nak update tentang Hari raya Korban yang Lepas. Lepas je solat Sunat Hari Raya, my hubby, angah dan ayah pergi ke tempat sembelih lembu. Tahun ni ayah buat korban. Alhamdulillah.... Nana tak join la pergi sana sebab mak tak bagi. Mak cakap " tengah macam ni, tak boleh tengok bende pelik-pelik"
baik lah mak *sambil simpan balik kamera*

g

 Proses penyembelihan sedang dijalankan. cewah

;
 Ayah dengan orang kampung
Angah tengah potong daging dan tulang sorang-sorang kat luar. Dia ni memang rajin kalau bab potong-potong ni.

Raya pertama tak pergi mana-mana pun sebab buat korban. So masak dengan bagi daging kat orang je la. nana pulak duk terbukam je kat rumah sambil main game. eh boleh plak gitu kan. hahaha

Sunday, October 21, 2012

Kelate gomo.... Kawe dok rok..

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Tengok Bola Final tak???? yeay... kelate mene..... hahaha.. Actually nana takde la sokong mana-mana tapi dari ATM, nana lagi prefer kelantan la. hahaha... Sebelum gerak balik ke kemaman, budak-budak ni pakat tukar baju kelate dulu. Konon nanti jumpa geng-geng kelate la.hahaha.
l
Sebelum gerak balik, sempat berkumpul dengan geng-geng kelate dekat petronas gombak. fusss... masing-masing duk pasang bendera dekat kereta. ada yang conteng muka la. best pulak tengok. tak sempat nak snap gambo sebab anak sedara nana duk main game dekat handphone. fuss...
 
Tq mama dan aida. hadiah dari Bali. 

Weekend with familia

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Alhamdulillah.... berjaya jugak nana nak update belog ni. Sabtu lepas nana ke KL (menumpang kereta kakak nana). hahaha... Kebetulan Sabtu malam ada Final Piala Malaysia Kelantan vs ATM. So abang ipar nana ni fanatik dengan bola, apa lagi, kami pun menumpang sekali la ke KL. Dia je yang pergi tengok bola, kami mengular kat KL ni. hahaha

So nana ajak family nana ke Ikea, (tu je yang dekat dengan rumah) sebab abang nana kerja malam, takut jalan jam tak sempat nak masuk kerja. 

Abang nana, kakar ipar and hubby
kusyuk masing-masing makan. 
Mula-mula konon la nana ni mengidam nak makan meatball. Tapi bila dah sampai, makan satu ketul je. Tak mampu nak habiskan banyak-banyak.
Kakak kesayangan ku...
Serius memang ramai gila kat ikea ni. nak makan buka main panjang beratur. Dah la kene cari meja lagi. kene berebut-rebut. Rasa menyesal jugak bawak family datang sini. kesian diorang.
Anak sedara nana. Baru darjah 1 tapi sekali bukak mulut, macam orang form 1. ish.. ish..
With adam haris.... Budak baik ni....

Tuesday, October 16, 2012

Syukur ya Allah.... Rezeki..

Assalamualaikum...

Hai Korang...

fus... fus.... *tarik nafas* Lamanya nana tak update belog ni ha.....Bukan dah lupakan dunia belog tapi mood nak menaip tu tak datang-datang. Banyak sangat benda yang berlaku lately ni. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Tapi better nana story apa yang manis je la ek. 
Alhamdulillah.... Last week nana dapat Anugerah Pekerja Cemerlang. Syukur sangat. maybe rezeki "sesuatu". hahaha...
So Sabtu lepas, nana kene hadirkan diri ke Majlis APC ( anugerah pekerja cemerlang) yang berlangsung di TTC, terengganu. Memang dah nama perempuan kan, pening tak tahu nak pakai baju apa. Kebanyakkan baju dah tak berapa nak muat. Ada baju tertinggal kat rumah mertua. So pakai apa yang ada je la. 

With Huda. Tudung nana tak jadi. ni yang nana benci pakai tudung ber awning bagai ni. Kalau silap pakai, ade la yang bengok sana, bengkok sini.
Pengarah Risda Negeri Terengganu sedang memberi taklimat. masa ni nana dah lintuk liuk. Mengantuk. siap terganga la tidur atas kerusi ni ha. menunggu punya la lama. haih...
Nana pun tak tahu apa motif nana upload gambar ni. hahaha... 
Tadaaaa..... terpaksa pakai heels sebab takde kasut lain nak pakai. kesian nana kan.. kan..
dengan encik Zul, Risda Fleet. 
Dengan bos saya. 

Spot something different kat body nana.. hahaha... perot nana makin buncit.. tu yang baju banyak tak muat. actually baju ni pun tak selesa nak pakai. tapi terpaksa, (mak pakse). 
dengan bekas CC office nana dulu. 
Nama nana paling last. 

Nana bersyukur sangat. ikhlas nana cakap memang nana tak sangka nama nana akan tercalon untuk APC tahun ni. ramai yang ucap tahnia, dah ada jugak yang sok sek kat belakang cakap nana bodek bos. itu terserah la pada diorang nak cakap apa. Yang pasti, nana percaya semua ni adalah REZEKI. Kita kene percaya la dengan semua tu.  Alhamdulillah.... 

p/s: hopefully banyak lagi la berita baik yang akan datang. amin...