Tuesday, September 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Ana & Sham

Assalamualaikum...

Hai Korang

Baru nak merajinkan diri update belog ni. Last week banyak sangat orang kawen. Musim orang kawen katakan. So nana pilih mana yang sempat datang je la. Plus nana tak sihat. So, dapat pergi mana yang dekat dengan rumah je la.
Selamat pengantin baru untuk Ana dan Sham

Sama cantik sama padan.
sebahagian dari hantaranpihak perempuan.
Nana dan pengantin. Suka baju dia. lawaaaa
j
Gifts diorang nana suka sebab dapat asam.. hahahaha.... memang nana hadap sorang-sorang je la asam ni haaa... yang dalam box yang tin tu ada gula-gula.

p/s: perasaan MALAS untuk update belog semakin melonjak2... huwaaa

Sunday, September 9, 2012

Ovarian Cysts

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Actually nana baru je balik dari klinik setelah 2 jam menunggu turn... fuss... lama gilaa... kepala pun naik sakit dah. Then doktor scan perut sebab nana selalu sengugut, dan period selalu tak stabil. then bila scan, alangkah terkejut nye nana bila doktor cakap nana ada Cyst ni. Bila scan, nampak bulatan hitam yang agak besar.

Ovarian Cyst ni adalah:

 Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

 

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


So nana dalam tempoh pemerhatian la. Maybe cyst ni akan besar dan maybe tidak. Doakan nana semoga semuanya ok ya. sangat risau

Rumah Terbuka Pejabat Risda Daerah Kemaman

Assalamualaikum...

Hai Korang... Baru nak buat entry tentang Risda Punya house. house ke??? 
Kami buat secara kecil-kecilan je. Jemputan pun seramai 300 orang tetamu je.

Nampak tak pinples yang baru naik kat pipi?? dah la pakai tudung senget.. ish.. apa nak jadi la dekat mak cik sorang ni tau.
Siapkan booth masing-masing. Nana punya booth nasi minyak.
ni booth roti jala.
booth satay
dengan bos kesayangan... hahaha
tumpang posing di gerai orang lain.
ni gerai kami.
posing tunjuk baju raya. hahaha
mak cik dua orang ni jaga gerai buah-buahan.

Breakfast dengan pizza. kelas kau.



Ni je la staff Risda Kemaman.
model nasi dagang.



Bunga sempat jahit 3 kuntum je. hahaha.. nak cepat punya pasal... main bedal je la....

Monday, September 3, 2012

Aida & Razzaq E-day

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Jumaat Lepas, Adik ipar nana, Aida Rozani selamat menjadi tunangan orang. Majlis berlangsung sekali dengan rumah terbuka yang dibuat di Semenyih.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. So korang layankan aje la gambar-gambar kat bawah ni ye. Mood nak menaip takde lagi. So layankan gambar ajo lah.
Nana & hubby..
Dengan dik aida..
Pasang lilin pun nak snap gambo ye???
Nana, Hajar (bakal biras) dan aida
Ini menggunakan kamera Infra Red.. sebab tu la warna dia macam ni
Aida dan Tunang
pengantin lama pun nak jugak
Aida
Aida dengan bakal mak mertua
Orang kuat masa majlis dijalankan. Che Kiah dengan mama
Family
Romantik gitu... Mama dengan Babah
Hubby ku sebagai jurugambar
Nana dengan che non dan atok
Angah dan tunang
Last, family Photo..