Tuesday, December 4, 2012

Mengesan jantina anak.

Assalamualaikum...

Hai Korang...

bila dah menjangkau 4 bulan ni, dah mula orang berteka-teki jantina dalam perot ni ha. ada yang teka lelaki, ada yang teka perempuan.... hubby memang nak anak lelaki, boleh geng dengan dia nanti kan... kalau nana plak semestinya nak perempuan. Tapi mana-mana pun tak kisah la asalkan dia sihat. yang pasti kalau anak lelaki biar ikut muka mummy la, kalau anak perempuan biar ikut muka daddy ya. orang tua-tua cakap nanti sejuk sikit. hahaha.
Actually zaman moden sekarang, bila kandungan dah sampai 18 minggu, dah boleh scan dekat klinik, scan 3D ke, 4D ke, nak tahu jantina. Tapi orang kata lagi best kalau teka-teka kan. 


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki :



  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
  
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan:

 

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Yang nana bold kan warna merah ni tanda-tanda yang nana alami. So korang rasa baby nana anak lelaki ke perempuan?????



2 comments:

Cik Puan Tqah said...

say yes to boy..hahhaa

cha said...

Wah nana tanda tanda baby boy la hee sukala hubby nana. Klau i pn nk baby girl sbb nk beli baju pink byk byk haha