Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan dari saya dan Family

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Salam Ramadhan Dari Nana dan suami. Hari ni dah Hari ke 3 Puasa. Alhamdulillah... bersyukur sangat sebab nana dapat berpuasa bersama suami tersayang. Thanks baby sudi datang Terengganu even Tiket bas semua dah sold out, yang ada Tiket bas yang mahal je. RM70 (harga biasa RM40). Tapi kerana nak berpuasa dengan isteri, sanggup jugak datang. terharu sangat :(

First time berpuasa bersama, terawih bersama sebagai seorang isteri. Bahagia sangat-sangat. 
Kalau bab berbuka memang penuh lauk pauk. mak nana memang tak boleh masak 1 lauk je. Lebih-lebih lagi kalau anak menantu dia balik, lagi meriah la lauk pauk. Sampai tak muat meja makan. terpaksa makan atas tikar je. Tapi memang meriah dan best.
Kalau nak pergi Bazaar Ramadhan, memang kene pergi awal. Bayangkan nana pergi bazaar pukul 4, dah tak de tempat nak parking. Penuh.. fusss.. Dasyat betul penangan bulan Ramadhan ni... Hahaha...

p/s: tak tahu nak berbuka lauk apa hari ni.......

1 comment:

cha said...

selamat berpuasa nana dan suami :)