Tuesday, May 1, 2012

Hai-hai, bye-bye ❤

Assalamualaikum...

hi korang...

Entry ni nana campur rojak sekali la. Actually suami nana datang ke kemaman, jenguk isteri katakan. happy gila. tapi rasa macam sekejap je. hari ni dia dah kene balik ke KL.. sedih pun ada juga. memang biasa la kalau hantar je kat stesen bas, mesti rasa rindu gila even baru je beberapa minit tengok muka dia.  sad kan..

Incik suami sampai di kemaman hari ahad. Sepatutnya dia naik bas pukul 10 pagi. then bila nana call pukul 10, dia tengok stok lagi tidur. terlepas bas, terpaksa beli tiket bas baru pukul 1 petang. Dia sampai kemaman dalam pukul 6 petang. so, lepas nana habis kerja terus je pick up dia dekat stesen bas.

Malamnya kami ke mesra mall, tengok avengers. Mujur la nana dah booked tiket tu awal-awal. sampai je kat mesra mall, subhanallah.. ramai betul manusia. sampai nak beli pop corn pun beratur panjang. semuanya gara-gara avengers.

Isnin

oleh dek kerana suami ada la konon, bangun la awal pagi, siapkan sarapan untuk incik suami sebelum nana pergi kerja. Sarapan nasi goreng cina je.. hehehe... tut-tut dalam pukul 11 pagi dapat msg, incik suami puji nasik goreng nana buat tu sedap. entah ye entah tak.. tapi dalam hati kembang semerbak la... dah suami puji kan.. hahahaha..
habis je kerja, nana bawa suami pergi pasar malam Kemaman. Dia memang suka betul datang sini. Katanya makanan murah. tapi bagi nana mahal je makanan kat sini. kalah harga makanan kat KL tau...
j
Borong coconut shake
c
Leher ayam 
kerangka ayam 
g
coconut shake murah Rm1 je

Malam nye, jahit manik je. siapkan baju untuk pertunangan angah nanti. orang lain yang bertunang, nana pulak yang lebih-lebih tau... semangat katakan.
l
Buku ni nana beli sebelum nana kahwin. dah 5 bulan. tapi baru nana perasam buku ni sama dengan hantaran perkahwinan fasha sandh... tapi nana tak habis baca lagi buku ni... hehehe

Selasa

 Selamat Hari Buruh semua... sebab semalam hari buruh kan. Sebelum gerak ke kuantan, nana dapat rasakan memang kat bandar kuantan penuh la orang. maklum la semua cuti kan. mana nak cari baju raya, mana nak shopping sebab baru lepas dapat gaji... tapi disebabkan incik suami nak berjalan, layankan jugak la dia.
heading to kuantan. jangan pelik kenapa nana yang drive. incik suami tak boleh nak bawa kereta manual.. so nana sorang-sorang je yang berjihad drive kereta ni ha... 

lunch kami :)
meatball tapi tak boleh lawan meatball ikea lagi.. hahaha

Pizza untuk kami...Order banyak-banyak tapi take away jugak. tak habis makan. perut kecik je.

Dah siap makan, konon nak tengok wayang. subhanallah.. ramai bebenor manusia... kebanyakan tiket sold out.. so kami pergi karok je la. 2 jam melalak tanpa henti... tu pun rasa macam nak tambah masa lagi.. hahaha...
Ombak rindu kau..
incik suami tak habis-habis duk karok lagu P Ramlee..

Rabu..


Di stesen bas.... nana dan suami memang suka gila makan aiskrim magnum.... kalau boleh tiap-tiap hari nak makan. magnum almond... terbaikkk

 Lepas je dia naik bas, nana pun gerak balik office, tiba-tiba dapat  whatsapp dari suami.. terharu sangat-sangat. sedih pun ada... even sekejap je dia datang tapi rasa macam berharga setiap saat bersama dia. 
Love u Too, hubby...

4 comments:

Anonymous said...

akak..asenye idop camnie g bezkan?
ase cam bcinte jer..even,rndu gler2..tp jpe skali skale 2 ase cam manis gler2..kan? :)

Chikova_Airashii said...

alahai sweet nyee..
xpe..cinte jarak jauh tu akan lebih terase manisnye kan..
best je bce..tetibe kite lak rase xsaba nk kawen :p

asha said...

:) alaaaa..sweetnyer..hehe
rindu selepas kawen ^_^hanya yang berpjj jer yang tahu.hehe

Mummy Adriana said...

Sweetnya korang nie :) teringat masa zaman i cintan cintun dulu..jarak jauh gak! best gila jumpe sebulan skali....rinduuuuu :) skang dah stay sama2 :) happy for u nana!