Monday, May 28, 2012

Angah & Hajar E-Day


Assalamualaikum...

hai Korang...

Last day berada di KL.... Pagi-pagi selepas solat solat, bersiap, packing baju sebab kami start berarak dari KL ke Semenyih dulu, kat semenyih tunggu angah, makan-makan , siapkan hantaran yang mana-mana tak siap. Then baru la berarak ke Jelebu, Negeri Sembilan.
My hubby ni sangat liat nak bangun pagi tau. Puas la nak kejutkan dia bangun. Konon dia tak boleh nak tido semalam.  mama dah berapa kali call sebab kami dah lambat.. hahaha.. Ampunkan kami ya mama.  Dah la bangun lewat, mana nak gosok baju lagi. Tu la.. nana kejutkan awal-awal bukan nak bangun.
Sebelum gerak ke Semenyih... Sangat pink ok.. Tak sangka my hubby akan pakai pink.. dulu bukan main tak suka dia dengan pink. Macam perempuan la, jambu la. sekarang.. amboi.. over kau...
Kami bertolak Dari semenyih ke Jelebu dalam pukul 9.45 pagi la.  Actually nana pernah datang kat Jerelu ni masa tahun 2009, masa tu nana mula-mula masuk Risda. Program anak angkat Selama seminggu di pedalaman kami Boong.  Jelebu ni dah kira bandar tau. So, ada hikmah jugak la nana datang sini.
Sampai di Jelebu ni agak awal la. Dalam 10.45 pagi. Majlis di rumah pihak perempuan dalam pukul 11.30 pagi. So kami still ada banyak masa la. Pak Busu ajak pergi pasar pagi di kawasan bandar Jelebu ni la.

 Baju dah bekedut-kedut sebab tertido dalam kereta. Hahaha... Di pasar pagi Jelebu....
 Hubby. Sangat panas masa ni... fusss... berpeluh satu badan ni ha...

 Gerak ke rumah Tunang angah, hajar. Nana, hubby, cik Non dan aida naik satu kereta. Mujur la tak jauh sangat dari Semenyih tau, kesian diorang kat seat belakang penuh dengan dulang hantaran.
 Gadis dan mak dulang.. hahaha...
Hubby jadi Mr Photog untuk majlis ni. Bila tengok angah tunang ni, teringat masa nana tunang dulu. hahaha... cuak sangat kau. pastu nak jalan tu nak control ayu je kan sebab ramai mata yang memerhati. masa tu la risau kalau ada lada terselit kat gigi ke, ada "something" kat hidung ke. Nak senyum pun control.. arghhh.... sangat bukan diriku lah. hahaha....
Disebabkan adat kat sini lelaki tidak dibenarkan masuk, nana pun ambil alih jadi Mrs Photog. Agak cuak laa nak snap gambar sebab dah lama tak pegang kamera. Dalam hati jangan la gambar ni buruk. Ye la majlis orang kan. risau sangat-sangat.
Mama tengah sarungkan cincin.. suka tengok cara hajar lilit shawl tu.. sangat comel.
 Hantaran pihak lelaki dan perempuan
 Suka tart hantaran tu.... Sedap....
Nana dah join mak-mak orang ok... serius masa ni sangat segan... dah la baru je nak ramah mesra, nak kenal dengan sedara mara. So sangat maluuuuuuuuuuu. " tutup muka dengan bantal".Tapi alhamdulillah.. diorang sangat la sporting... nana asyik gelak je...Mak lang asyik buat lawak je.
 Angah dah jadi Tunangan orang.
Mama dan babah dengan Hajar :)
 Nana dan hajar :)
 Nana, Hajar dan aida... Baru perasan, sama tinggi je kami ni.. hahaha
 Sad... gambar ni blur skit.. nana tak bawa kamera, so guna iphone je...
 Geram... hubby buat perangai...
 Rombongan dari pihak lelaki.. tapi tak semua yang masuk dalam gambar ni...
New Family...
Suka sangat gambar ni... walaupun mata nana tengok lain..... bencik...!
Last....... kami :)


Syukur semuanya dah selesai...... Tahniah buat angah dan hajar. Berdarah manis dah korang...
Happy sangat sebab dapat luangkan masa jumpa sedara mara. Ye la, kalau bukan kerana majls macam ni entah bila lagi dapat jumpa.

sekian :)

Sunday, May 27, 2012

Busyyyyyyy day

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Hari Kedua di KL... Awal-awal pagi dah kene bangun, sebab banyak tempat yang nak kene pergi, banyk kerja yang kene settle... macam tak cukup je masa 24 jam satu hari.. lalalala...
Tempat pertama di pagi hari adalah Jakel. Nak cari baju raya, lace untuk majlis adik ipar nana, baju melayu incik hubby. 
Jakel....Mujur la masa nana datang ni tengah Sale. so boleh dapat harga murah la even masih mahal lagi. pergh.. border lace RM200 semeter. after lace. tapi terpaksa beli jugak... huk3...Mahal tahap meninggal..
Nana Dan Hubby :) 

Alang-alang dah ada kat Jakel, nana terus pergi ke Jalan tar, mengidam nak makan laksa penang kat jalan tar. pastu nak cari baju kurung murah.. hahaha..
Jalan Tar yang sangat sesak.....
laksa penang Jalan Tar. dapat jugak hilang kan mengidam.

Lepas ke Jakel dan jalan Tar, nana ke Rawang, singgah di kedai kawan nana, si aroy. family dia baru je buka kedai makan.
My hubbu depan kedai ;)
My Hubby posing dengan motor aroy...  

Nasi ayam yang sangat sedap...

Telipot, kedai kawan nana :)

Menu Special :)
Boleh masuk jalan-jalan cari makan dah ni.. 

Lepas settle singgah kat rawang, nana ke sungai Buloh, datang rumah abang nana. Jumpa adik nana yang konon nak pergi training Polis 6 Bulan nanti. Dah hitam dan makin hitam adik aku ni. tak kenal dah.. haha

Nana Dan Adik :) lagu tema: sepuluh budak hitam.. lalala..

Destinasi terakhir, singgah rumah mama, tolong apa yang patut untuk hantaran. kebetulan ramai pulak orang datang. feuwww.... sangat penat satu hari ni...

sekian ;)

Saturday, May 26, 2012

Family Gathering...

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...

Baru ada kesempatan untuk update belog ni. Jumaat lepas, nana ke KL.. maklum la merindu pada suami. tambah lagi majlis pertunangan angah pada hari ahad. So nana datang awal la untuk tolong apa yang patut. Kami plan nak sambut birthday mama dengan babah serentak. so roger semua adik beradik ajak keluar makan kat luar. Mula-mula kami nak pergi Chilis, tapi bila fikir balik, dengan masa yang tak sempat nya, kami pergi ke Seoul Garden je. Dekat dengan rumah. 
Nanayang makin bam-bam sekarang...

Share tea... Sangat sedap... Dulu try chatime pun sedap. then husband suruh try yang baru. ala-ala chatime jugak la share tea ni tapi agak manis skit la.. lupa nak suruh less sugar. Harga pun tak mahal sangat la. better than chatime la kot.

Outfit : Thepoplook.... 

Kami sampai di Festival city tu agak awal. tak tahu nak buat apa. pusing-pusing pun tempat sama je. then incik hubby ajak pergi karok... Booking la satu jam.... agak tak puas la untuk melalak... hahaha...

Kami plan pukul 8 tau semua bekumpul tapi diorang datang agak lewat. So kami bedal dulu apa yang patut. makan dulu... dah setengah jam makan, baru la diorang sampai. atuk pun ada sekali. Tapi memang best la bila dapat berkumpul dengan family semua macam ni.
 
Hadiah untuk Babah. Harap-harap babah suka la dengan hadiah yang kami pilih ni. Tak tahu la nak beli apa dah. so kami pilih pen je la..Untuk mama, nana beli kain batik sutera. Menantu orang terengganu katakan. ehehehe.

Kek Birthday mama & babah. Kalau tak silap nana kek ni angah atau aida yang sponsor. ni memang kek yang mama suka butterscotch.

nana & incik hubby  :)

Babah dan mama :). sweet sangat.

Seoul Garden. berbaloi la kot kalau nak makan sebulan sekali dan bagi yang selera besar.. perot macam nana ni tak mampu nak makan banyak-banyak macam ni. cepat sangat kenyang. so rugi la. hahaha...


sekian :)

Friday, May 25, 2012

Pekan Budaya 23.5.2012. - 27.5.2012

Assalamualaikum... Hai korang.. Tak sempat nak update blog. Update guna phone je. Sebelum nana ke Kl, nana di tugaskan menjaga booth risda di pekan budaya, kemaman. Layankan gambar-gambar ni ya...