Sunday, April 15, 2012

Mentaliti Orang Melayu yang Sangat Terbelakang

Assalamualaikum...

Hi Korang...

Hari ni entry versi bengang sambil meluahkan rasa tak puas hati. So, entry ni, nak nana nak bahasakan diri "aku". lagi puas untuk meluah rasa tak puas hati ni.

Korang tahu ape tu mentaliti???  
"Mentaliti ialah pemikiran atau persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara dapat dilihat jelas melalui perbuatan individu tersebut"
Ok.....
aku faham, sangat faham... kalau orang tua yang bertanya tapi bila orang muda yang bertanya, itu yang aku sangat-sangat tak faham.
 Soalan yang wajib di tanya bila ada majlis kahwin dan masa tu korang belum kawen. " bila nak kawen???" dengan selambe mesti korang akan jawab, belum dapat jodoh lagi.. sambil benyum yang kelat kan. tapi dalam hati geram-geram ak je cakap "kau nak sponsor aku kawen ke?" Diaorang ingat nak kawen ni guna duit seposen je kot.
Lepas tu, kalau dah lepas kawen, tak sampai seminggu atau dua minggu la, mesti korang akan berhadapan dengan soalan macam ni " dah ada isi ke?. dah mengandung ke??
PERH! menyirap je darah aku dengar soalan tu.kau fikir kankang je, terus mengandung ke??? Kau fikir buat anak macam buat cengkodok?? macam buat kuih?? kalau Allah tak bagi rezeki lagi, nak buat macam mana kan? ni tiap-tiap bulan duk tanya soalan sama. kalau pergi bercuti lama sikit dengan suami, balik bercuti, WAJIB akan di tanya soalan macam ni " pergi buat anak ke??" amboi kau mulut... cili mulut tu nak????
macam ni la mentaliti orang melayu.. sangat melayu.. aku rasa orang cina, orang india tak de pun yang tanya soalan macam tu dekat sedara diorang, kat anak diorang...
ANAK tu REZEKI. Kalau Tuhan kata belum sampai masa lagi kita dapat, kankang celah mana pun, makan ubat sampai berbuih mulut pun, takkan dapat. So, Cuba korang fikir sikit bila semua tu kat tempat korang. Apa korang rasa. Bagi yang mudah beranak tu, tak payah la nak show off, umur muda dah bederet anak, siap belagak cakap kat orang lain " tak cukup skill kot " amboi kau..... jangan nak belagak sangat la. Semua tu kehendak-NYA. kalau DIA nak tarik rezeki tu, sekejap je. 
Jangan senang-senang nak menunding jari dekat orang yang tak dapat anak lagi. Korang tahu ke masalah dia apa?? Jangan Main sedap mulut je nak bercakap.

Prinsip nana senang je, nak bergurau, nak bertanya, biar berpada-pada. Soal rezeki, jodoh semua tu ketentuan Allah, kita ni hanya merancang, tapi semuanya Allah yang tentukan... 

Sekian...

7 comments:

asha said...

sama lah dengan asha, siap ader yang cakap asha tengah merancang tapi diaorang tak tahu rasa apa yg ader dalam isi hati kita,tambah2 lagi asha jenis yg berpjj..belum lagi yg tahap menyindir yang asha n suami tak pandai.
sabr jer lah yer nana..mulut dan mentaliti org2 mcm ney mmg tak leh kita nak halang.

Chikova_Airashii said...

perghh ayat tekangkang tu xsuke laa bace..heee
tp mmg btul pon mentaliti org melayu,
bile dh dpt anak,
tnye plak "bile nk dpt anak satu lagi??
bile anak da besar "bile nk bermenantu"
smpai bile2 asik nk jdik penyebok...

Anonymous said...

memang betul.. lagi2.. orang tua kat pejabat..

zaren said...

hye nana! sbr ye nana, kita pon da dekat 3y kawen, blom ade rezeki.. ramaiiiii sgt yg da btanye, asyik tanyeeee jeee, lg bagus mendoakan dr btanye2 tu...
ade sorg kwn sekelas dlu, skrg dia da ade 2 anak, sblm dpt yg kedua, asyik ckp nk sainggg je, dan pernah semata2 mesej kita 'akk bila lagi, afiq da dpt bby da' afiq tu kwn kita yg kawen trus bunting pelamin, alhmdulillah rzeki dia kan.
ade jgk tu, ko nie xpandai la apela...jmpe2 je tanye, bila-bila.. kita pon mcm asha, duduk bjauhn dgn suami, sminggu skali je jmpe..

chenta nana said...

asha @ itu la yang nana tak faham.. rezeki semua tu ketentuan Allah.... kenape la orang nak pertikaikan semua tu.

chikova @ maaf kalau u tak suka. tapi bagi nana orang yang jenis macam ni memang kene cakap direct je.. kalau berlapik-lapik ni diorang takkan faham

zaren @ zaren.. sama-sama la kita doakan semoga cepat-cepat di murah rezeki ya.....

EnaAzhar said...

btl sangat bosan kalau orang dok tnya mcm tu, sye dah 3 thn kawen tp belom ade bby lagi..my older Sis n SIL dah dpt bby wpn baru je kawen last year..so semua dok tnya "kakak awak da dpt bby awak bile lagik" huh!!! tensionyeee...macamlah buat anak tu senang..semua tu kuasa ALLAH..kalau dia belum nak kasi nak buat mcm manekan...sabar jelahhh...

Mummy Adriana said...

Biasalah tu...mana boleh nak tutup mulut tempayan! buat bodoh ajela...pedulikan orang2 gile tu!