Saturday, March 10, 2012

Kahwin awal.... Bagus atau Tidak????

 Assalamualaikum.....
 
 Hai Korang..
 
Hari ni nana berminat dengan satu topik yang agak menarik. Isu kahwin awal. Bila ada anak-anak muda yang cakap nak kawen, apa yang ada dalam otak sesetengah pihak???? Euwww.. Gatal nya budak ni.. Boleh ke nak sara anak dara orang?? Nanti dah kawen, nak bagi makan anak orang tu makan pasir ke??
 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kalau dah agama  yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?
  • Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.
  • Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
  • Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
  • Berkahwin menarik banyak rezeki.
  • Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
  • Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki dir

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

Masalah modal untuk majlis perkahwinan?  perkara asas dalam perkahwinan adalah akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun.  Kalau nak jimat, potong je merisik dengan bertunang tu. Bayangkan la kos yang diperlukan untuk majlis pertunangan agak tinggi tau. mana nak cari dulang-dulang bagai tu. So, semua tu boleh jimat.  Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Kalau nak jimat lagi, boleh buat yang simple-simple je majlis dan ambil yang basic je. Kalau boleh make up sendiri, tak payah nak hire mak andam. baju  kahwin, boleh pakai balik if ada yang kakak dulu, kalau baju kahwin mak kita still comel molek, hah.. boleh pakai balik. Dah jimat dari sewa baju yang beratus harganya. sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera tu if ada duit lebih, boleh la. if takde, mintak tolong kawan-kawan je.  Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
 
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Yang penting, tanya pada diri sendiri : 

Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Bersediakah kita untuk menerima baik buruk pasangan kita nanti?? Itu tepuk dada, tanya pada hati.

Tapi yang paling penting jangan lupa untuk mintak izin dan restu daripada ibu dan bapa kita.
kerana itulah yang sebaiknya.

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


3 comments:

Huda Luna said...

tapi ramai akan cakap kawen awal sbb gatal then family akan cakap awal lagi utk kawen. haihh

asha said...

chenta nana~ nanti emailkan yer alamat awak tu..insyaALLAH, kalau kita ader stok buah zuriat tuh kita bagi kat awak:)

asha said...

email alamat kt email nih
adeng_asha86@yahoo.com