Thursday, February 9, 2012

Johore With Love - JPO

Assalamualaikum.... 

Hi korang...
Sob.. sob.. *lap air mata*. last day di rumah atuk. Pagi-pagi atuk dah siapkan breakfast. Bukan sikit, banyak pulak tu. nana dan husband makan nasi briani dengan cengkodok... pergh... cengkodok dia pun sedap. yang lagi sedap minum kopi jawa. terasa kawww dia tau....
Sedih sangat. lebih-lebih lagi bila tengok atuk menangis. ye la, kalau cucu atuk tak de, 
atuk tinggal sorang-sorang tau... kesian dekat atuk.
Gerak ke Rumah Pengantin lelaki.
Disebabkan hari ni tak perlu nak snap gambar, husband suruh temankan dia je, 
so nana boleh pakai skirt la.... fusss... legaaa...
Area rumah atuk pengantin Lelaki
Nana :)

Shoot di rumah pengantin lelaki tak ambil masa yang lama pun. mungkin sebab ini bukan majlis formal. majlis formal minggu depan. so kami still boleh chill lagi la. After settle shoot, kami gerak ke JPO, Johore Premium Outlet. Tak jauh pun dari Rumah pengantin lelaki.
Tadaaa.. Dah sampai
Muka excited nak shopping...

Actually kat sana nana tak de la nak shopping sangat. Just beli kasut nak buat pergi kerja je. Tu pun 3 pasang je. Yang lain just nak usha dulu. Tapi tempat dia memang best la. Yang tak best kami tak jumpa surau pun kat sini.... jenuh nak kene pergi shell, tumpang surau. 
After dah shopping, kami gerak ke bandar JB. Nak cari hotel area sana. Kami stay di Hotel Hanya Satu. Harga boleh tahan murah la. Dan yang best Hotel tu sangat dekat dengan Kastam, so nak gerak ke Singapore sangat la cepat.

Our Dinner
Muka Penat Ok...
Lala ni sangat sedap... Kami makan sampai dua pinggan.. tu pun still tak cukup. nak tambah lagi.. hahaha.. tak tahu samada lala tu sedap atau kami yang kuat makan .
Ni husband nana je yang habiskan... banyak tak?
sekejap je kami dah habiskan.
Makanan kat sini memang sedap. Macam-macam ada.
Lepas makan kami pergi massage. Best gila ok. tambah-tambah best bila nana suruh dia massage slow je. kan patah pulak tulang-tulang nana nanti. Tapi service dia bagus la.... dan murah... weee... nanti nak pergi lagi la tempat ni...

3 comments:

Reflisia said...

bestnya...banyak ke borong kat JPO tue dear?

Nini Mohd said...

wahhh...nana makan bubur yg kat depan plaza sentosa tu ea?
best makan bubur tu. panas2 lagi tu..

Saudagar Alam Lain said...

Hi KAira, nice blog have here. Would u be so kind to share a simple guide for our fellow muslims to find the prayer room. Thanks in advance.
http://saudagaralamlain.blogspot.com/2014/06/direktori-surau-johor-premium-outlets.html