Monday, January 30, 2012

Pakej Wedding yang Meletopsss....

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...
Hari ni nana nak share dengan Bakal-bakal pengantin, atau Bakal tunang, atau sebarang bakal lah yang mecari pakej wedding yang berbaloi-baloi harganya. 

Wedding
Engagement 

Alhamdulillah nana bersyukur kerana setakat ini semua customer kami berpuas hati dengan hasil kerja kami. Nana bersyukur. Dan minggu ni kami akan ke Johor dan singapore untuk shoot wedding. Semoga dipermudahkan semuanya... amin

Bagi yang berminat untuk hire kami, boleh la contact kami :

Chenta Nana : 019-9080148
email: chentanana@yahoo.com

Halmus Rihzan : 0192770944
Halmusrihzan@yahoo.com

Boleh juga view disini :

Saturday, January 28, 2012

Jom Ke Johor...

Assalamualaikum....

hi Korang...

Weee... Pagi ahad yang sunggu best... Tapi agak tak best bila sampai-sampai office, tak de kerja nak buat apa... oh no.. sila jangan pelik ya kenapa nana kerja hari ni... nana di PANTAI TIMUR... so hari ahad memang kene kerja sebab jumaat kami cuti... 

Agak excited nak menunggu hari khamis sebab dapat jumpa suami.. yeaayyy... Nana ke KL minggu ni sebab nana ikut suami nana shoot untuk wedding customer di Johor pada hari Jumaat...nana akan berada disana dari Jumaat hingga isnin.... fusss.. agak lama tu...
Alhamdulillah nana bersyukur sebab baru bulan 2 dah banyak tempat kami jalan... 
tiap-tiap minggu ada je tempat nak pergi makan angin.. even dalam negara je kan.. tapi bila disamping suami, pergi mana pun rasa best.. 
*sila muntah sekarang*

Actually kami tak pergi honeymoon lagi disebabkan suami nana setiap agak sibuk dengan kerja dia, 
dah hampir tiap-tiap bulan ada shoot untuk wedding. Jadi masa tak mengizinkan kami lagi nak berjalan jauh-jauh.
Mulanya plan kami nak ke China, atau Krabi atau Bandung. Tapi oleh kerana suami nana ni sibuk lagi, nana pun dapat la idea, nak jalan-jalan satu malaysia dulu. dah habis pusing, jalan satu malaysia, baru la berjalan kat luar negara pulak kan.. ni dalam negara pun tak habis lagi nana pusing... camno nak pergi oversea.... verangan okeh... :p. Nana tak berapa nak excited ke bandung sebab nana dah pernah pergi ke sana. So, kalau lambat pun nak ke sana, nana tak kisah la.. at least dah pernah pergi kan.

Alang-alang nak pergi johor nanti kan, nana nak sangat singgah kat JPO ni.... 
orang cakap tempat ni best... boleh shopping banyak barang dan harga pun murah... 
dah nama outlet kan...

Antara jenama yang dijual disini.... ka-ching... (mata ni dah bling-bling duit ni haaa) dah boleh bayangkan betapa gilanya nana nanti...Nak shopping... dah lama betul tak shopping..... errr... maksud nana the real shopping... (shopping online tak termasuk ok). 
wahai suamiku, bersiap sedia lah... 
muahahaha...

p/s: mood nak berjalan dah membuak-buak ni..... yeayyyy

Hubungan Cinta Jarak jauh... boleh ke?

Assalamualaikum.....

Hi korang...

Menghabiskan hari minggu di kampung tanpa buat apa-apa memang syok. Tengah duk melayan cerita hindustan kat Tv3 ( cerita hantu lagi ), tetiba ada idea la menulis blog. Tentang kehidupan selepas kahwin, selepas bergelar isteri ni. 
Alhamdulillah... dah 2 bulan lebih nana bergelar isteri. tapi kata budak office nana, same je nana sebelum kawen dengan sebelum kawen... Mungkin nana ni memang jenis happy kot. eh.. tapi nana agak confuse di situ... nak berbeza celah mana pulak kan... kan aku jawab lucah kan, ada yang kata nana pervert pulak kan.. muahahaha... then ada yang asyik tanya nana, best dok kawen ni?? best dok?? urm... kalau diikutkan kepada soalan, mereka yang bertanya tu mesti nak kan jawapan yang ala-ala mengatal kan?
yeah.. soalan memang akan menjurus ke arah soalan yang gatal je la.. tapi itu biasalah... usikan biasa bagi pengantin baru.. layan kan aje...

Bagi yang masih tak tahu, nana dengan suami memang PJJ... maksudnya hubungan jarak jauh... suami nana kerja di KL dan nana kerja di Kemaman.. Kalau ada rezeki, setiap dua minggu sekali, kami akan jumpa. Kalau tak de rezeki, sebulan sekali la kan... Demi mencari rezeki, terpaksa la...
Ada yang bertanya, tak pe ke nana, duk jauh dengan suami??? percaya ke dengan suami?? macam-macm soalan la nana dengar. 
Tapi nana percaya dengan takdir, jodoh pertemuan semua di tentukan ALLAH. Nana selalu berdoa semoga Allah sentiasa dekatkan hati kami walaupun kami jauh di mata.

“Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”

Ikhlas nana cakap, bercinta tak sama bila dah bergelar suami isteri. Saat berjauhan, hati sering merindu. Sentiasa inginkan perhatian.Kalau berada depan-depan, silap sikit, suami boleh terus pujuk. Tapi bila duduk jauh ni, agak susah la kan... nak merajuk lama-lama pun nanti merindu.

Tapi percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.Ya la, nana dengan suami kenal tak lama, orang kata bercinta selepas kahwin.

Tapi nana percaya, kita kena positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas… 
 
Selepas kita berkahwin,  Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar…Masa tu la, kita kene sabar, sabar dan sabar. Allah sentiasa bersama dengan orang sabar.

Subhanallah.... Nana sayangkan suami nana. Nana sentiasa berdoa agar nana dapat buat yang terbaik, dapat menjadi isteri yang solehah, isteri yang disayangi suami. amin.
 

Wednesday, January 25, 2012

HAPPY 2ND MONTHSARY, Baby...


i remember the first day we first met,
the day where everything in my life change..
you make me a better person,
you taught me on how to love seriously,
you taught me on how to be responsible,
you taught me on how to be real,
and u taught me on how to defend myself...

Talking together through all hours of the night;
sometimes even talking until blinded by sunlight.
The only reason I sleep is because I awake to you;
texting me in the morning, reminding me our love is true.

A lot of people say, that online relationships never last;
but, look back babe on the two months that have since passed.
on this day, November 25, 3:30  pm, Friday, 
is the time where I totally give my whole love for you..

Marriage is forever, as my love for you will always be;
joy is all our future holds, you just wait and see.

So in ending this poem I pour out my heart to say;
I LOVE YOU
to the most perfect man, who I can happily call, my husband.
I love you so much, and I always will...
HAPPY 2ND MONTHSARY

Tuesday, January 24, 2012

Dia Tukang Masak, Saya Tukang Makan,,,,

Assalamualaikum... 

Hi Korang..
Sambungan dari entry tadi, di Pantai Rahsia :p .... saje malas nak buat dalam satu entry.. 
verangan nak ada part 1, part 2 la konon kan...

Kami :)
cintaku :)
nana :)
Lompat lagi....
Nana tak tahu la apa jenis lompat dia ni tau..


Hutan di Pamtai Rahsia...

Alamak, kantoi ada kereta... Rejected la gambo ni.. hehehe

Selesai bercanda, berdrama swasta di pantai, suami tanya nak makan apa untuk dinner, nana ni kalau bab makan memang tak de memilih la.. tak kisah sangat asalkan kenyang. then dia cakap nak masak... excited pulak dia nak masak... pelik pulak nana kan.. tapi layankan aje...
Kami ke Tunas manja, kemaman, beli barang-barang nak buat spaghetti. 
First Time selepas kahwin beli barang dapur sama-sama.... :(
Masa untuk masak.... auwww.... nana tolong potong apa yang patut je la. bawang, ayam... sebab nana memang tak pandai nak buat spaghetti ni.. makanan omputih katakan.. mana la nana pandai.... Bila time makan, memang tak tahu nak cakap apa. bangga dapat suami yang pandai masak sebab nana pandai makan je... muahahaha... TQ HUBBY.. LOVE YOU...

Dia Bukan bujan Terlajak dah...

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...
Rajin nak update blog ni. Tambah lagi bila ada suami disisi.. cewah.... 
Disebabkan kami cuti lagi hari ni, terus layan movie. Sampai 2 movie terus. 
Bujang Telajak dengan Underworld...
Underworld memang superb lah... best whoaaa... dari awal sampai sampai habis, tenganga mulut nana tengok aksi dia... hahaha... ok, itu tipu... :p
Nak tengok wayang tapi satu plastik besor makanan borong kat Giant... pastu sorok dalam bag... boleh macam tu kan... muahaha... jadi je kalau dengan nana ni haa..
mrnunggu movie kedua, Underworld.....

Nana dan Suami :)

After dah habis movie, nana gerak ke pantai rahsia.. kenape nama pantai rahsia?? sebab nana tak tahu nama pantai tu apa.. tempat terpencil gila. hahaha
sampai pantai, terus pose...
Muka panas... Nana nampak gemok kan? kan..
Ini adalah pose pacat namanya sebab gedik bebenor posingnya.
Suami ku..
Ini namanya posing kambing bakor sebab erm.. erm..

Cantik jugak tempat dia......

Sempat kami take away Donut di Mesra mall pastu makan kat pantai.... sampai comot-comot mulut suamiku ni haaa.. haihhh.. kalah budak kecik kalau makan tau....

p/s: Tunggu sambungan kedua... lalalala


Monday, January 23, 2012

Dia punya Jagung Buat wa Turn On la...

Assalamualaikum....
Hi korang....

First, nana nak wish Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambut....Serius  semua jalan, tempat, kedai penuh dengan orang. Maybe Raya tambah cuti sekolah kan....
Hari ni nana dah bertolak ke kemaman dari Bandar Kuala Terengganu.....
Bukan Main Panas la Cuaca Kat Terengganu sekrang ni.. Pasang aircond dalam kereta kuat pun still dapat rasa bahang panas kat luar....
On the Way nak ke kemaman, singgah la kat kedai Keropok 008, subhanallah.... sangat ramai manusia sampai beratur panjang... tapi kami ni nak beli RM2 je tau... huwaaa.. kesian kami...
 Menunggu husbandku beli keropok.

Sampai merchang, tempat orang jual jagung madu, nana singgah la satu kedai yang tak pernah nana singgah sebelum ni even dah setiap minggu, hampir 3 tahun ulang-alik tau.... 

 Kedai No. 29.
 Sibuk order jagung. air jagung, jagung bakar, aiskrim jagung, puding jagung, habis semua yang ada perisa jagung la kami beli....
Saya selekeh.. ya saya tahu... muahaha
Ni semua yang dia punya...
 Sumpah Jagung dia memang SUPERB!!! sedap whoaaaaaaa....Tak cukup la kalau makan satu je jagung... nak banyak-banyak... muahahaha

 Pantai Rantau Abang... kat sini tak ada apa yang best pun.... Saje nana usha tempat kat sini sebab tak pernah singgah tapi takde apa yang menarik pun.
 

 Itu antara pic kat pantai Rantau Abang...... Dan yang tak bestnya, area pantai tu banyak sangat sampah-sampah... sangat semak dan tak terurus....

Akhir kata dari kami, Chenta Nana Dan Halmus Rihzan... daaa :)


p/s: kenyang weh... macam-macam kami makan hari ni......

Sunday, January 22, 2012

Saya Bukan Di Krabi...

Assalamualaikum..... 

Hi Korang...
Nana bersiaran di Terengganu sekarang dan Bukan Krabi ya walaupun kami pakai pakai baju KRABI.... hahaha.. verangan kat luar negara sikit... cewah...
Ok la.. kembali pada cerita. My hubby nak sangat naik bot kat Masjid Kristal ni ha, dan yang pasti nana pun tak pernah naik bot kat situ.
Cuaca kat terengganu subhanallah.. Sangat la panas... berpeluh-peluh nana... 
Masjid kristal ni tak jauh pun dari rumah nana. Dalam 20 minit je.
Sampai je kat sana, terus pergi beli tiket bot RM10 seorang.
Baju Kami Sama... weee....
Tadaaaa... masjid Kristal kat sana... nampak tak???
Oh.. Laki ku yang sangat.. errrrr
Kami.....

Masa untuk naik bot dah...

Dalam Bot, sebelum gerak.... best...

Wee.. bangga, walaupun gemuk tapi dapat lompat tinggi...
Laki ku lagi dasyat lompat...


Sekian dari Kami yang sengal...


p/s: Pic original from iphone :)