Monday, September 26, 2011

Jom Ke bandung yo!!

assalamualaikum...

Hi korang..

Hari ni nana nak share la tips kalau korang nak pergi bandung.. ye la... sekarang kan Air asia tengah buat promosi, tiket murah ke bandung kan.... Mesti ada di kalangan korang yang dah booked.. nana pun ingat nak book kat mak dan ayah nana, tapi sedang elok tengah online book, semua full... bukan full ape, harga asal dah, takde harga promosi dah.. hampeh.... niat dah baik dah ni, nak hadiahkan mak dengan ayah tikeh, tapi tak dapat jugak.. next time yer mak, ayah. 

Ok, Nana bagi tips ni bukan la sebab nana ni asyik ulang alik je ke sana, tak de la macam tu.. tak de la kaya bebenor nana ni haa... tapi nana nak share apa yang nana tahu la je la kat korang. 

Ni antara blog yang nana update pasal bandung  :

Ok... Masa nana pergi sana, nana ada kenal owner hotel Amaris, bandung. 
Hotel tu tak jauh dari bandar. So.. Nak pergi mana-mana pun senang la.. nana naik angkut (van)  je kat sana. 
Dekat sangat nak pergi sana... So.. kalau korang nak contact no abang tu, boleh tanya nana k, email nana pun boleh..... insyaallah nana tolong.

kalau korang nak shopping kat Pasar baru, yang mana jual kain-kain lace ke, cotton yang murah, korang kena datang awal. kedai baru nak bukak tu, korang dah sampai.. Sebab korang akan dapat harga "pembuka kedai". harga murah dah korang kene tawar dan tawar lagi. Korang jangan la terus beli tau, kene usha dulu kedai mana yang bagi harga paling ok. kang, jumpa satu kedai, terus beli, pergi kedai lain, korang nampak kain lagi cantik, lagi murah, mesti menyesal nya. 
Pasal duit pulak. Kalau first day kat sana, nak pergi shopping, jangan la bawak semua duit korang bersama. simpan separuh untuk the next day.. kang dah sampai tempat shopping, satu hari dah habis duit. hari kedua, tak boleh nak shopping, duit dah habis. Kat sana boleh guna Vis debit card atau credit card. tapi Maybank punya visa tak boleh guna kat sana. nana pun tak tahu kenapa tapi almost semua tempat kat sana, memang tak boleh guna Visa dari Maybank tu. (yang ada gambar ceri)

bab makan, korang tak payah risau la... sebab kebanyakkan tempat mudah nak cari makanan halal. Harga pun tak mahal sangat. So Far, nana makan ok la... Lebih kurang makanan kat sini. Sedap dan murah. Tapi jangan la nak murah tapi pergi makan kat Hotel 5 bintang.. itu mencari maut namanya

Transport pulak, kat sana nana banyak guna kereta sewa la(supir) dengan angkut (van). kalau naik kereta sewa tu tak la mahal. Dalam RM7 je Kalau naik angkut tu lagi la murah. Dalam RM2 je kot kalau tak silap. Tapi korang kene hati-hati la kalau nak naik angkut, sebab ramai pencopek (pencuri). Ini pun pakcik-pakcik supir yang beritahu nana. sebab ramai pelancing yang hilang duit masa naik angkut tu..so< hati-hati la yer

Hope apa yang nana share ni sedikit sebanyak dapat membantu korang la yer. nana pun bukan la tahu sangat. just share apa yang nana tahu je la.. Maaf la ye kalau ada yang tersilap..
Akhir kata, Selamat Bercuti... :)

Stress tahap meninggal...

Assalamualaikum....

Hi korang......
(test.. test.. sambil betulkan mic...)
Haaa.... Nampak gambar ni??? nampak???? dah boleh jadi ketua puteri umno tak agak-agak korang???? boleh kan? kan??? muahahaha

OK.. bukan pasal isu puteri umno ke, ape ke, bukan pasal tu nana nak story kat korang.. 
*lap air mata*.. sedih whoaaa.... 
lagi 60 hari my wedding. tapi satu pun tak siap..... bukan satu pun tak siap tapi ntah la... boleh dikatakn 50 peratus siap yang selebihnya pandai-pandai korang la teka sendiri, kalau tak dapat jawab tu, tak tahu laa...
Nampak gambar kat atas ni pulak???? kat office pun nana boleh............. fikir pasal persiapan kawen... tak buat keje pun.. macam dah agak malas nak buat keje. bukan agak malas, memang dah malas... muahahaha...mintak maaf la bos.. bukan la langsung tak buat keje kan.. ade la buat jugak.. kan kata nana makan gaji buta pulak.... tak baik tuuuu..

Bukan tu je masalah nana, muka nana sekarang ni, subhanallah, sangat-sangat teruk. jerawat batu naik dengan galak sekali sampai beranak pinak kat muka nana ni... mana tak stress aku ni oiiii... orang lain senang la duk cakap, "ko ni gatal nak bernikah, tu yang jerawat gatal naik" amboi koo.. cili mulut tu nak?? ko tahu ke jerawat yang naik ni, jerawat gatal nak bernikah??? sedap mulut korang je kan cakap aku lagu tu... haihhhh....
Dah macam-macam produk try, tak jadi jugak.. facial pun dah buat, tak jadi jugak,,,, camne??

oh kak sai.... tolong make upkan saya cantik-cantik bila saya nak kawen nanti boleh?? tempek bedak tebal2, sorok jeje saya yang beranak pinak ini..... huwaaaaaa

Alhamdulillah la kalau bab photographer ke, bab pengapit ke, yang tu memang dah settle sebab saya ada big bos yang jadi OFFICIAL PHOTOGRAPHER saya....
Tadaaaa..... cik Lana Julana....... mujur la dah booked setahun awal dia nih... kalau tau, mau melepas aku nih.. jenuh pulak nak mencari OP.. nasib kita kawan kan lana kan...kan...

Bab baju batik mak ngan ayah saya, yang tu dah settle.... eh.. mesti korang pelik, ape kebenda la nak buat dengan baju batik tu kan???ade dinner bagai ke?? eh bukan.. bukan.. actually nana sponsor mak dengan ayah nana baju batik... Konon nak suruh diorang pakai masa wedding nanti la... *sila muntah seksrang*
ceh.. padahal nana buat dengan cousin nana jek, NOZI BATEK. then hantaran untuk incik tunang pun, nana bagi kemeja batik ( nana design sendiri ok..)
tadaaaa.. kami mempersembahkan NOZI BATEK :)

So far yang lain malas nak fikir, makin fikir makin serabut kepala hotak nana ni ha...
Kad kahwen habuk pun taraa buat lagi... nana duk suruh incik tunang pergi tempah, tapi entah la. jawapan nya esok la, busy la, ni laa.. kalau bab main games, laju je, takde maknanya nak esok... haih.... 
ni la lelaki, ambil mudah je perkara macam ni... 
dia  ingat kawen ni macam main kawen-kawen masa zaman kecik-kecik agaknya...  pakai baju pengantin je, pak-pak doom-domm..taddaaaa.. kita dah kawen kan..kan... pening kepala haku ni haaaa......
Baju kawen tak fitting lagi... kang ade yang tak siap baju kawen, ko pakai kain pelikat, aku pakai kain batik la jawabnya bersanding nanti.. baru orang kampung asli namanya haaaa... baru masuk Tajuk Utama kat METRO... " pengantin klasik"... 
Nak macam tu????
NAUZUBILLAH la....
korang jangan la doakan pulak!

Hope semuanya ok laaa.... kata orang adab la stress kalau dekat-dekat nak kawen.. 
tapi stress macam nana ni ke ha????
tak suka! tak suka!!!!
nak happy-happy macam ni.... boleh ke??? :(

Monday, September 19, 2011

Alalalala.... Pandainya dia....

Assalamualaikum.....

HI korang..
(Lap air mata) sedihnya.... last day incik tunang ada kat kemaman...... rindunya denn nanti..... 
Al-kisah, dari terengganu kami drive ke Paka, jumpa c.ati.... Sebelum gerak ke paka, kami singgah kedai keropok Lekor 008 kat marang, take away keropok lekor rm5, terus makan dalam kereta. dah la kami ni memang hantu keropok lekor. zasss.. sekejap je habis... ganas tak???  :p

Sampai rumah c.ati, (mak saudara incik tunang), c.ati dah hidangkan Soto. Nana ni dah la first time makan soto. memang terbaik la.. pedas dan sedap... c.ati cakap resipi turun temurun... terbaik la...
Dah siap makan, layan la si luqman ni main games dekat komputer dia... Amek ko, download sendiri games kat google tau..... dah la dia minat angry bird.. layan sendiri kat youtube... korang bayangkan betapa bijaknya budak ni.. dah la cakap omputih mengalahkan orang tua... ish.. tergamam jugak la nana...

with luqman.

then hantar my baby a.k.a incik tunang kat stesen bas... auch..... sedih rasenyer.. (ayat tak boleh blah..)... sementara nak tunggu bas datang, kami duk dalam kereta, bukak aircond.. panas bebenor cuaca kat kemaman ni haaa..... (budget omputih la ni)... muahahaha..
eh.. asal hidung nana nampak beso bebenor??
ok...compem idung beso... kaloh zizan punya hidung.. haih...

Weekend ni memang best la.. even agak busy dengan kerja, tapi at least dengan incik tunang.. susah sama-sama katakan... thanks incik tunang kerana memahami.... lap u lah...

Konvokesyen UniSZA 2011

Assalamualaikum....

Hi korang...
Kembali mengapdate blog tentang Konvokesyen di Unisza. Nana dan tunang nana di hire oleh 4 orang student... Konvo start pukul 7, pukul 6.30 pg baru kami bangun. Lepas ambil tunang nana, kami gerak ke Unisza... Drive macam nak tercabut tayar kete aku nih.. Nak laju punya pasal.... haih.. lewat lagi...
Dah siap shoot sebelum diorang masuk dewan, kami pun lepak la cafe kat hostel area Unisza ni.... Ye la, nak menunggu berjam-jam... baik lepak minum kan...

menyempat lagi duk touch up ke muka ni haa... macam aku pulak yang nak convo nyer..
lepas minum ni.....
minum ni pulak... banyak bebenor... keje nya  pun start lagi..haih..

sempat belikan si ajai (bestfriend) nana patung ni haa.... incik tunang yang pilih.. tak faham la, apa yang berkenan dek patung ni, nana pun tak tahu la...

Bila dah jalan-jalan area dewan konvo, nana nampak la ada satu dewan kecik. Ada signboard tulis "nak tengok skrin besar, masuk sini". kami pun masuk la.. mak ai.. rupanya kalau family yang tak boleh masuk dewan konvo, boleh tengok kat sini... kenape la kami tak jumpa dewan kecik ni dari tadi.... tak de la kami duk ke hulu ke hilir bawok kamera berat ni haaaa..
Kami dalam dewan kecik..... tengok skrin besor la sangat kan.. (jakun)

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar... 4 student dan 4 family la... semuanya lain-lain tempat. ada kat pantai, ada kat taman rekreasi.... penat memang penat tapi kami happy la sebab hasilnya sangat-sangat memuaskan hati.

Photog: Halmus Rihzan a.k.a incik tunang



p/s: takde hadiah pun untuk tunang saya :(

Happy Birthday Baby :)

Assalamualaikum... 

Hi korang...
Actually pada 17 September 2011 ( Sabtu), My fiance punya birthday. Dan bersamaan juga hari yang kami shoot konvo di Unisza... Even kami tak sempat nak celebrate, at least kami still dapat bekerja bersama di hari Lahir dia :)

 Ni je yang nana bagi untuk incik tunang. Kebetulan hari konvo banyak jual bunga.
Pilih yang ada angry bird la...


To My Fiance:

i will promise you
i'll live with my eyes filled with only you
i'll livE with my arms holding only you
from the moment i wake up to when i fall back asleep
i will yearn only for you
dont forget the words"i love you"
i love you forever
on a hot summer day, i will be your shade,
on a rainy day, i will be your umbrella,
if you get tired while walking, i'll even be your chair,
if u need camera to capture the moments, i'll be nikon D300,
when you laugh, i'll laugh with you,
so that you can be twice as happy
when u cry,i'll become a handkerchief and wipe away the tears..
because i only love u..
SHAHRUL NIZAM...


Photog : Halmus Rihzan


Terengganu With Love

Assalamualaikum...

Hi korang..
(lambai-lambai tangan)

Nak sambung story mory hari minggu nih.. biasa la.. lembab sikit bab-bab update blog ni... tunggu jadi pekasam baru la nak mengapdate....
Seperti yang nana cerita entry yang lepas, my fiance datang kemaman coz kami ada shoot untuk konvo pada hari sabtu. Seperti biasa la, kalau dia dah datang kemaman, perkara wajib adalah makan nasik kukus ayam dara. memang terbaik. ayam besar, kuah dia sedap.... orang kata makan sekali pasti nak lagi la..
Nah.... Nasi Kukus Ayam Dara..... mesti air liur korang meleleh lah.... sedap!!!
Muka pelahap... tak sabo nak makan... 

After dah isi perot, dah macam nak meletop perot ni kekenyangan, kami gerak ke terengganu. Alhamdulillah tak hujan, kalau hujan, nana memang fail la drive. Rabun hujan, boleh gitu??
Kenape saya yang drive??? ce teka.. ce teka????? haaaa..... al kisahnya tunang nana ni tak reti nak drive kereta manual.... sila jangan pelik ok kerana memang dia pelik... haih... malu denn...

Konon nak tengok wayang dulu sebelum  balik terengganu, singgah la kami ni kat mesra mall.... ramai bebenor manusia kat sini... Jumaat pun ramai orang... oh..lupa.. Cuti 1 Malaysia......:p
Disebabkan nana hilangkan charger kamera D90 yang tunang nana kasik, terpaksa la den ganti.. dah la mahal..... haih... nasib badan la... siapa suruh careless kan...
Skirt ini dari  = AiraR0se.blogspot.com
menyempat lagi makan kek.... macam mana tak gemok...

Disebabkan nana pakai skirt baru, gedik-gedik nak suruh tunang nana shoot....buat photoshoot bagai la konon kan..... mujur la ada jugak orang nak melayan... :p

Photog : Halmus Rihzan a.ka Incik Tunang

Muka tak boleh blah ok.... eeeh... sila muntah sekarang
Budget di alam fantasi la konon..... sila sambung muntah lagik..
Auwww.. saya suka gambo ni.... sebab... sebab... lemak saya tak nampak... muahahahaha...

p/s: saya tido awal sebab esoknya nak kene bangun awal... shoot konvo Unisza di Terengganu.... Penat drive pun tak hilang lagi ni...

Sunday, September 18, 2011

eh.... Ko tak cantik pon lah.....

Assalamualaikum.... 

Hi Korang....
(Lambai-lambai tangan)

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
(sumber dari i love islam)

Bila ada yang yang tanya nana, ko rasa ko cantik ke buat macam tu?? ko rasa ko cantik amek gambo macam tu??? urm.... nana pun tak tahu nak jawab macam mana dah?? nana tak pernah anggap nana ni cantik. nana bersyukur nana di lahirkan macam ni.. setiap orang ada cantiknya.. masing-masing ada kelebihan masing-masing dan tak perlu nak menunding jari pada mana-mana ya....

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
(sumber : Iluvislam)
Ok.... Korang layankan gambo-gambo yang baru je nana buat photoshoot di cherating... Actually tempat nya tak de la lawo bebenor tapi disebabkan dekat dengan pantai, ada sunset, jadi bole laaaa.....






p/s: Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Ape ke hel ni yob??

Assalamualaikum.... 

Hi korang..
(lambai-lambai tangan)
Rindu cik nana tak??? maaf ler.. ai busy ler yob..... busy bebenor (nada ala-ala usop)...
Ni nak update pasal meeting yang tak formal langsung.. awat nana kata tak formal??? 
amek gambo office guna kamera compact... boleh gitu?? eh.. eh.. bukan pasai kamera aje yob... banyak lagi la... cara emcee nyer, cakap bahasa kelate mai.... haram aku nak faham nyor...kalau cakap omputih, faham ler aku... eh.. tetiba budget omputih.... :p
wokeh... ni gambo semua staff kami termasuk bos la... ni la semuanya... yang asyik cari gaduh dengan nana pun ada dalam gambor ni, yang rapat sampai belaga pipi pun ada dalam ni, yang langsung tak cakap pun ada dalam ni, semuanya lah ada dalam ni.. So, pandai-pandai korang la meneka yang mana satu yang nana duk habaq selama ni yer yob...
eh.. eh..lupa lagi nak habq mai kat korang semua.... perasan tak apa yang lain kat cik nana??? cepat-cepat habaq.. apa yang lain?? ce teka ce teka (nada ala-ala usop)....
tettt.. habis dah masa untuk meneka.........
biru mata hitamku ok.... muahahaha.. ku pakai contact lens baru ok..... perasan omputih gitu..
kelas gitu ko kiah sekarang...nana beli sampai 3 pasang ok.. 1 dah out lepas satu hari pakai... lepas pakai lupa letak mana, terus hilang.... nana beli online di facebook.. alhamdulillah setakat ni nana pakai ok la.. tak de masalah...
ni semua orang kuat dalam bidang bergambo la di pejabat kami.... kalau dalam kamera office, ni la muka-muka yang wajib ada.. muahahaha... sangat gila glamor ok..... 

p/s: i pakai baju raya.. auwww.... kurus tak ai nampak?? sesi sorok lemak... :p

Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.....

Hi korang.. 
(lambai-lambai tangan ) 

Macam malas je nak update blog. perap jugok la gambo-gambo ni haa.. Tapi kang lama-lama jadi pekasam pulak kan... So, layankan aje gambar ni yaa... not in mood nak mengarang bagai ni haaa..
with my bos
kak cda - abang mie - kak sally
Ajk

huda- nana- odi
gadis-gadis dan mak-mak orang
anak dara dan mak dara
My BFF la kononnya, azuan pilusss
sangat belakon ok.. saya tak buat kerja pun
Anak ikan saya ;p
kalau bab makan, kami juara
kambing bakar..

al-kisah, nana migrain hari tu... gatal sangat makan daging kambing banyak-banyak. migrain macam nak pecah kepala ni haa