Wednesday, January 26, 2011

Der.Der.Der (hot.fm) and Chenta Nana..

 Assalamualaikum.....

hi.. hari ni terlampau rajin sampai 3 entry nana update... nana baru je sampai rumah  lepas jumpa bang kieran, ikhwan dan suraya di kemaman...Sorry bang kieran coz nana sampai lambat.. terlalu ramai orang kat sana.. erk... peminat korang bertiga... Dj hot.. sentiasa panassss gitu....
Nana sampai pun diorang dah kemas barang.. tapi gambo tetap ada... 

first time jumpa suraya yang comel nih... n baju kitaorang hampir sama corak... polka dot.. yeay...... serius suraya memang sangat ramah... sama cam dalam radio gak.. hahaha.. suwitttt :p
bang kieran a.k.a kawan twitterku :p

after jumpa diorang kejap, sempat psuning cente point coz diorang nak g satu kedai, kalau tak silap nana Rasta tapi kedai tu dah tutup... kesian diorang.. kemaman memang kedai tutup awal ya korang...
So esok diorang akan ke kuantan dan bersiaran di sana... cayok3 ya korang, dan untuk pengetahuan korang abang kieran tercalon dalan Anugerah bintang popular, finalis gitu... cayok3 bang kieran yer :p

Melepak di A&W

Assalamualaikum... 

Actually hari ni hari mengemukkan diri semua ya... hehehe.. nana and budak office nana meraikan semperna pertukaran kak ros ke Kuantan.. waaa... bestnye kak ros dah dapat tukar... nana bila?????
sorry la if gambar tak ok coz guna compact yang paling murah ya kawan-kawan.. hehehe...
kami mengemukkan diri di A & W.. even tak suka sangat makanan kat sini tapi kiranya ok la kan sebab dekat dengan office.. memaksa diri jugak la menyukainya... erkkk... ayat skema :p










okeh... masa untuk sambung kerja... jamuan pertukaran kak ros minggu depan and yang paling best nana yang jadi MC.. erkk.... layak kah??? tungguuu... :p

ringan kan Lah tangan korang...

assalamualaikum...

actually nana join contest CST dan Datin Lynda Rahim. Jadi nana nak mintak tolong korang sangat-sangat untuk mengundi nana. Senang sangat-sangat.. caranya :

1) pergi ke page DAtin lynda rahim <------- klik sini

2) kemudian cari no 114, dan tekan like...

Haaa... mudah kan... pertolongan korang sangat-sangat la nana hargaiya... tolong ya korang :D

Saturday, January 22, 2011

Cantiknya Ayu Raudhah








Kredit to Asmady Ahmad. kerana gambar-gambar dia yang meletop lagi cantik ni yaa.... subhanallah... memang sangat cantik ayu di majlis perkahwinan dia.. sesuai dengan nama dia Ayu Raudhah...... Designer untuk majlis ni kalau tak silap nana rizman ruzaini (sorry kalau nana tersilap ) dan make up artist kak sai (saidatul nisa). Tahniah...

p/s: gila meletopps kan baju dia... geram... nak jugak baju camni bole???

Wednesday, January 19, 2011

Kenal gupren Korang!!!

 Assalamualaikum....

Hari ni nana nak share tips untuk mengenali wanita.. dilulang wanita seperti saya dan wanita-wanita lain diluar sana ok.... nana ni bukan la pakar motivasi, sekaligus hampeh la dalam memberi nasihat pada orang tapi tips kali ni sekadar untuk dikongsi oleh semua lelaki diluar sane.... tak de la korang tak faham aweks korang macam mana kan....


Perhatian
1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. ni tak... korang kalau diorang merajuk, korang buat dekkkkk (buat tak tahu) maunya awek korang tu tak melenting...Kasih sayang tu perlu ditunjuk.. baru la gepren (gf) korang setia bagai nak rakkkkk dengan korang kan...

Gunakan IT sebaiknya.
2. Manfaat sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Selalulah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling tidak pun mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati korang. Ini tak... reply komen-komen kat facebook boleh, balas msg awek korang yang satu pun liat.... bukan susah pun nak reply.... taip * i lap u*, * i lebiu*, terubat la sikit rindu diorang. lebih-lebih lagi yang bercinta jarak jauh ni ( macam nana ni haaa).Bagi kaum wanita seperti saye ni walaupun satu ungkapan atau satu ayat, dah cukup berharga dah.. tak makan nasik satu hari pun tak pe ( nana tipu :p).

Pendengar Yang Baik
3. Berkongsilah masalah dengan awek korang. cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. Ini tak... Kalau boleh nak sebar kat twitter la, facebook lah... konon stress sana sini... tapi awek yang kat depan mata tak nak plak di share masalah tu... Jangan korang.. sedih dia nanti...

Jangan Ambil Remeh
4. Jangan korang ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Kaum wanita seperti saya sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. kalau tak de budget sangat pun, bagi kad ke, bagi cup cakes ke dah cukup... tak banyak kos pun korang weiiii....

Tunjukkan Ke *macho* an
5. Haha... Ke-macho-an ok!!Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jadi janganlah menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

Kuasa Memujuk
6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. Orang tua kate la kan.. orang tua yang kata, bukan nana yang kata tau... *hati perempuan ni macam kerak nasi...pujuk lama-lama nanti cair la* hah.... ni la masanya korang tunjuk kuasa memujuk korang....

Jangan Kedekut Pujian
7. Ini sangat penting, janganlah kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. Seboleh-bolehnya janganlah puji awek lain didepannya. Ni tak.. depan awek ni la nak tengok awek lain pakai skirt, shot pants.. puji perempuan lain muka licin, mentang2 la awek dia muka kawah bulan macam nana ni haaa.... :p Jangan macam tu ye korang... Jaga la hati awek korang tu....

Toleransi
8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Jangan la sorang nak keras kepala, sorang lagi panas baran.. bila la nak selesai masalah macam tu kan.....

Faham Dan Peka
9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada korang. Jadi korang kenalah peka dan gunakan kepakaran korang untuk memenangi hati mereka.

Jangan Ego
10. Jangan lupa, wanaita juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI korang jangan sama-sama meletup. Korang juga jangan lupa dalam diri korang wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin korang juga boleh 'cool'kan diri korang dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan korang!

So, korang.... Fahamilah hati wanita... Jangan la sakiti hati kaum seperti kami ni haa.... sape lagi nak sayang kami kalau bukan kaum korang kan... takkan nak becinta sesama jenis.... kan pelik pulak... so.. selamat beramal yer :p

Wednesday, January 12, 2011

What's Hot is Gettin Hotter- my Dream Wedding

Assalamualaikum... actually agak cuak dan mengeletar jugak satu badan ni nak menaip dan update blog kali ni.... serius... Nana bukan Penulis Blog yang bagus, bukan seorang yang pandai untuk berpuitis tapi nana akan cuba yang terbaik. ok.... Nana sebenarnya masuk satu contest anjuran CST production dan Datin Lynda Rahim. Nana bersemangat nak join bila nana tengok dua nama besar ni nak sponsor wedding kepada pemenang contest ni dan kebetulan tahun ni nana akan mendirikan masjid.. cewah... ayat skema kan... nana akan berkahwin pada 10.12.2011... Subhanallah..... dalam hati ni, mintak la nana menang.... insyaallah jika ada rezeki la kan... ok, mari nana share topik dan hadiahnya.

Topik:

1) My Dreams "Wedding
2) My Dreams "Love Story

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride &Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

So, Nana dan incik tunang memilih- (Vintage Concept)


Setiap pasangan mahukan yang terbaik untuk pasangan mereka. Jadi, jika impian kami jadi kenyataan, nana memilih vintage concept yang mana majlis akan dilangsungkan di salah sebuah dewan di kawasan Ampang. 

Pelamin:

Sumber : Ann Nurul Huda (pengantin) dan Shah (photog)

 Ini antara pelamin yang sangat-sangat buat nana teruja. memang 100% wedding dream nana... dimana pelamin nya sangat unik dan decoration nya terlalu perfect.

Busana Pengantin:
Ok, kalau busana pengantin, nana memang suka gaya Dato' Siti Nurhaliza. Coz alhamdulillah nana dah bertudung, so nana memilih dress yang sopan dan serius nana sangat-sangat suka style dia. cair hati ni tengok baju-baju dia.

Sumber : Hatta Domat

Serius baju ni pun tersangat cantik......tapi jika nana menang contest ni, nana rasa nana akan serahkan pada Datin Lynda kerana beliau lebih arif dan tahu mana yang terbaik  :)

Tempat:
Actually dan incik tunang dah booked dewan di Ampang, so nana terpaksa hiaskan dewan ni semampu yang boleh. Before nana post gambar ni, nana mintak izin dari ANN coz publish gambar tanpa kenaran ni bahaya dik nong.... alhamdulillah, ann beri kebenaran untuk publish gambar-gambar ni.... serius nana sangat-sangat suka dengan konsep wedding ann ni... 
 Suasana Pelamin
 Suasana Dewan



Dewan yang penuh dengan suasana yang sangat-sangat old-school ok.... Tempat untuk shoot gambar pun banyak dalam ni...nana sangat-sangat suka....

Dan tak lupa nana nak sediakan tempat ucapan yang mana nana panggil *pokok cita-cita*. Semua tetamu boleh tulis sebarang ucapan pada kertas dan gantungkan pada pokok cita-cita ni.. wah... very da berangan okiey... :p
Sumber: Chenta Wedding

Cake :

Ni semua deco untuk cake dan semua manisan..... sangat cantik..... nak macam ni..........nana memang suka pada coklat dan cake... dan kalau boleh wedding nana nanti nak sediakan cake yang colouful coz nana suka sangat warna yang ceria-ceria ni macam rainbow... wah....sangat meletoppp uolsss...

DoorGift:

Untuk  door gift pulak nana prefer coklat la coz nana ni hantu coklat..dan sangat-sangat addict pada coklat. so nana akan bagi chocolate bar  cuma packaging je yang lain, ada nama nana dan incik tunang... contohnya CHENTA NANA & HALMUS RIHZAN :D
Invitation Card :
 
ni pulak kad jemputan nana..... dah tema vintage kan, so semua kene ala-ala oldskol la kan..... even simple tapi sangat comel....

Tetamu:

Oleh kerana dulu nana seorang jurugambar (skema ayat nana ni), so, nana takkan lupa kawan-kawan yang banyak mengajar nana erti DSLR ni...
 geng photographer

Nana takkan lupa pada rakan-rakan photographer semua, kerana mereka semua, karya nana dihargai di kosmo. alhamdulillah...

Paper Kosmo....

nana juga takkan lupa ialah dua idola nana dalam fotografi :

 Chot Touch
kuku besi 

Palinggggg tak lupa rakan-rakan baru nana.... love korang......
 Scarflets

hopefully diorang akan menyanyi dan menari lagu *NOBODY* dari Wonder girls... hahahaha.....Maria and ami... korang vocalist ok..

dan semestinya rakan-rakan blogger yang banyak support nana, bagi nana nasihat. kerana blog dah menjadi sebahagian dari life nana. almost 5 tahun nana menulis blog ni, semua suka duka nana coretkan dalam blog nana yang sangat tak popular ni...... so, nana nak hargai para pembaca even tak ramai followers nana *alamak.. ku sangat perasan*. Korang nak datang tak wedding nana??????

Inilah wedding dream nana yang akan berlangsung pada 10 Disember 2011.
Hope nana akan menang contest ni dan dapat tajaan perkahwinan dari Cst production dan Datin Lynda Rahim. nana sangat -sangat berharap impian nana ni menjadi realiti kerana memang mustahil untuk nana merealisasikan impian ini.

Tajaan:



Ni gambar nana dengan krew Cst, En. Rosli.... :D
Nana dan geng Cst :) 

Nana harap jika ada rezeki, nana akan menang contest ni dan impian nana dengan incik tunang akan tercapai even nana rasa agak sukar la kan.. 70 peratus undian dari pembaca dan 30 peratus dari Datin Lynda dan Cst Production... I just try my best... Doakan nana ya kawan-kawan (aminn ) 

 ...Doakan Kami.....

Majlis Perpisahan ( part 2 )

ok korang... ni part 2 majlis perpisahan yang dibuat di residence resort.......








balik dari residence, kami sempat pergi karok..... dalam sejam jugak la... mujur la bos ku tak perasan... mau mengamuk dia kalau tahu..... mau tak mengamuk... pergi karok masa kerja.... wokeh la korang... no idea nak update blog... (-------.--------)