Tuesday, November 15, 2011

Majlis Perkahwinan 15 juta... Ko Ado???

Assalamualaikum...
Hi Korang....

Korang kenal tak Penyanyi Syella Kamaruddin yang terkenal dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’??? Dia telah selamat diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga telah berubah sekelip mata.Rezeki dia kan...
tetapi Siapa nama suaminya, adalah DIRAHSIAKAN...

Sangat cantik...

 Syella Kamaruddin juga dikatakan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat. Auwww.... Abam Hatta..... Nana memang suka design dia ok.... Pereka idaman...  :D
Gucci ok...... sukaaaaaa :D
Set Bag Dan Kasut LV

Bertuah kan empunya badan... rezeki dia.....
Semoga Syella bahagia hingga ke akhir hayat....
amin......

2 comments: