Monday, November 28, 2011

Teaser Nikah

Assalamualaikum.... 

Hi Korang....
Alhamdulillah... nana dah selamat dinikahkan pada 25.11.2011 
dan dengan sekali lafaz saya sudah menjadi isteri orang.....
Ni je gambar yang sempat nana upload..... dah nama teaser kan...... :)
insyaallah, kalau dah dapat gambar nanti, nana akan upload selebihnya...



With Mak mertua

p/s: Demam :(

Saturday, November 19, 2011

TahNiah Zahiril Dan shera Ayob...20112011

Assalamualaikum..... 

Hi korang...
Kembali update blog setelah lama menghilang diri kerana broadband nana dah kene barred... auwww... sangat memalukan ok.....
Ok, tarikh hari ni sangat cantikkkkk...... memang ramai la yang pilih tarikh hari nak jadikan sebagai Hari bersejarah mereka.... 
Sama juga kepada pasangan artis
Zahiril Dan Shera..
Sama cantik, Sama Padan
Persalinan Akad Nikah Dari Hatta Dolmat
 Shera
 Persalinan ke Dua Dari Hatta Dolmat



Serius nana sangat suka tema dan warna mereka ni.... Tahniah shera dan Zahiril.
Dan Good Job kepada Hatta Dolmat.... 
Sangat-sangat cantik baju diorang ni........ 
Love 10000x ok...

Picture : Hatta Dolmat 
Twitter : http://twitter.com/hattadolmatHDC

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Perkahwinan 15 juta... Ko Ado???

Assalamualaikum...
Hi Korang....

Korang kenal tak Penyanyi Syella Kamaruddin yang terkenal dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’??? Dia telah selamat diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga telah berubah sekelip mata.Rezeki dia kan...
tetapi Siapa nama suaminya, adalah DIRAHSIAKAN...

Sangat cantik...

 Syella Kamaruddin juga dikatakan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat. Auwww.... Abam Hatta..... Nana memang suka design dia ok.... Pereka idaman...  :D
Gucci ok...... sukaaaaaa :D
Set Bag Dan Kasut LV

Bertuah kan empunya badan... rezeki dia.....
Semoga Syella bahagia hingga ke akhir hayat....
amin......

Sunday, November 13, 2011

10 Days To Go...

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...
Sorry tak update blog... Sangat busy (alasan lapuk dah :p)
Ok... sepanjang hari yang nana menghilang tu, nana sangat-sangat pening dengan masalah baju nana yang tak sudah-sudah dengan masalah nya... subhanallah.. memang sangat risau la hati ni... semoga semuanya selesai lah....
Nana dah start tak makan nasik (even kadang-kadang curi makan juga)..... Pagi nana makan biskut, minum air Bliss Dan Yogurt je... Membuatkan nana lapar tapi tahan je la....
Nana dah selamat semua kad kahwin nana sampai tak cukup... huwaaa... mintak maaf if ada yang tak dapat... serius nana nak bagi semua tapi masalahnya kad-kad terlebih bagi pulak kat orang kampung... camne??
Macam ni la kalau orang tak pernah pos surat. Mula-mula nana beli setem 50 sen, then orang cakap tak cukup, nana beli lagi setem 10 sen, ada pulak orang cakap tak cukup lagi, akhirnya beli 20 sen.. So total semua 80 sen...... space kat hujung sampul tu penuh dengan setem je haa... Minta maaf kawan-kawan.... :(

Cuak????
Jawapannya TAK PUN!!
Nana cuma risau dengan persiapan yang banyak lagi tak settle... Hantaran pun nana tak siapkan lagi.. satu pun tak sentuh lagi ni..... Baju, so far da best baju nana, baju akad Nikah la.... memang nana suka design dia..... Yang bersanding dan bertandang tak siap lagi.... boleh kan macam tu??? SAD!!!

So... Korang semua doakan nana dapat selesaikan semuanya ya.......Amin... amin....

Saturday, November 5, 2011

Met My Designer + Karok

Assalamualaikum..... 

Hi Korang...
Sambungan Dari entry yang lepas.... Disebabkan masa agak limit, So nana memang rushing la ke sana ke sini..... Malamnya nana jumpa my designer di bangsar untuk pick up baju akad nikah. Disebabkan jumpa di Mall, so terpaksa la fitting baju kat toilet je... Nana tak komen la apa-apa tentang baju... Tunggu after wedding la nana review semuanya k... so tunggu..........
My designer a.k.a Junior ku.. hahaha

Then Kami gerak ke Curve. Konon nak karok la kat redbox kan..... Actually nana dah lama tak karok ni.. dah sebulan.. kalau tak tiap-tiap minggu karok..tak kisah la suara pecah rumah.. hahahaha
Adikku dengan tunangku.... makin sihat tunang aku ni haaa..
Adikku, Arelim.... :) sama tak muka kami??
Muka comot sebab tak make up ok...
Nana . Halmus . Aroy . Tyra
Muka poyo adikku :)
Gila tak boleh blah muka tengah karok tunang nana ni...
Nana dan tyra.. Serius dia sangat cantik...

p/s: tepat jam 12.01 pagi, penuh notification kat facebook, wish birthday nana. Terima kasih semua.... :)

Kalau dah sayang, tak mandi pun wangiii.....

 Assalamualaikum...

 Hi Korang.....

Nana bersiaran Di Kuala Lumpur ketika gambar ni di upload tapi tak post je, perap dalam draft sebab terlalu busy nak mengupdate blog ni ha....
Al-kisah, pukul 12.30 pagi (khamis) nana naik bas dari kemaman. Sampai Kl dalam pukul 4.30 pagi... Sangat awal ok.. mujur la incik tunang kerja shift malam, jadi tak de masalah la nak ambil nana di putra.
Disebabkan tunang nana tak habis lagi shift, terpaksa la nana menunggu di office dia, area Kl Sentral.... sangat best office incik tunang..... Tetiba cemburu dengan kerja dia... Jauh langit dengan bumi dengan kerja nana :(

 Posing sikit dekat office incik tunang
 Dia posing tipu.. Bukan kerja pun.... dia main game.

Sementara tunggu Incik tunang habis kerja, sempat la nana tido di Bilik tetamu, kelasss gitu office dia tau....... siap lengkap dengan selimut dan bantal lagi... memang sedap la nana tido.

Dalam pukul 10 pagi, incik tunang dah habis shift, kami ke cafe area KL sentral. segan pun ada nana ni. Dah la tak mandi kan, muka comot gila. Ramai gila kot orang kat sana... arghhh.. malu...
nana tanya incik tunang, takpe ke nana ni tak mandi tapi jalan sana sini, muka comot bagai ni.... Dia boleh cakap, "
takpe yunk... cantik je u...."
Amboi...... ayat bodek ke ape tu??/
 Nasik Lemak Kerang..... (boleh laaa rasa dia)
 Incik Tunang...

Alhamdulillah, dah settle breakfast semua, kami gerak ke One Utama, sempat la layan movie. Mula-mula nak ke Mall sebab nak cari produk clinique sebab dah habis.. Tapi dah sana, tetiba je berubah fikiran. terus layan movie.. (dengan muka tak mandi ok)...
Yang lawak nya, boleh pulak terserempak dengan kawan nana dekat OU... argh... stress... bayangkan la muka nana yang comot tak mandi lagi.. rasa macam... "argh.. kenapa la sekarang terserempak????" tapi nana still buat muka selamba la kan..  kene pandai cover ok... muahahaha...
Then Nana gerak ke rumah incik tunang... Jumpa bakal mertua.... auwww... Bakal mak mertua tu.... sementara menunggu tunang nana bersiap, sempat la nana dan mertua borak tentang hantaran... dia tunjuk bekas dulang hantaran, door gift, semua bagai, dalam hati nana " aiyark.......kreatif gila mak metua aku ni..." tetiba rasa segan.. macam mana la aku nak deco hantaran aku nanti ni.... mula nak fikir macam-macam nana ni haaa.... Risau..
After settle ambil barang-barang hantaran, di rumah incik tunang, nana gerak ke rumah abang nana.....di Sg Buloh.... Tak jauh sangat la dari rumah incik tunang...
Nana excited sangat dengan crew (baju rewang), coz bagi nana onny design baju tu sangat comel ok...... memang terbaik la onny...
 Model baju Rewang :p
My card.... (sape-sape nak, boleh la yaaa...)

Sampai rumah kan, perkara pertamaa buat adalah MANDI.. hahahaha.. satu hari kau tak mandi..... lemas mak  ni nokkk.... dah la petang nya nak keluar lagi... Agak penat la sebab tak sempat nak rest...
Tapi best sebab banyak benda dah settle... alhamdulillah...

p/s: Next entry tentang Designer ku...

Wednesday, November 2, 2011

Mr Mood, please come to mama...... :(

Assalamualaikum...

Hi korang...

Nana bersiaran di area KL Sentral, MSC, office tunang nana... Pukul 5 pagi tadi nana sampai. Disebabkan dia tak habis shift lagi, terpaksa la nana tercongok kat sini....mujur la bawa laptop. Tak de la bosan. Tapi memang tak bosan pun. Ada ruang menunggu, (untuk tido) kat sini.. ape lagi, tarik selimut krohh laa....

memang sedih gila kot hari ni.... Macam-macam dugaan yang Allah berikan pada nana.... Ceritanya, Nana ada salah faham dengan budak office nana la. Nana rapat  kot dengan dia. Puncanya kecik je, nana bergurau lebih dengan dia. Ya, mungkin salah nana. entah la... terlebih bergurau dengan orang lebih tua pada kita...... Kadang-kadang orang tak boleh terima kita bergurau. pengajaran buat nana kot. dan disebabkan tu jugak la, nana terus tukar tiket bas, naik tengah malam... Terpasa menyusahkan abang wan lagi...
Mungkin hari ni first day period, jad i mood pun jadi tak stabil. dengan sengugut yang teruk nya. memang serius tak de mood kat office... nana memang diamkan diri je... Maybe tu yang terbaik dari nana bercakap, sakitkan hati orang.
Ok, done dengan cerita office. cerita tentang baju nana pulak.. Tujuan UTAMA nana datang KL adalah untuk fitting baju dan terus pick up. Malangnya masa dalam bas pagi tadi, Designer nana mesej, bila tarikh last nana boleh ambil baju tu... Nana dalam hati "WHAT????". Dia cakap dia nak cantik la lagi baju nana.... Nana terus dah tak de mood dah...... Baju tu nana dah settle semua paymet dah. Dan nana bagi peluang untuk dia sampai 8hb, dan dia cakap dia nak hantar ke TERENGGANU. ok fine.  Tunggu dan lihat sejauh mana cantikknya baju tu nanti ok...
Settle dengan cerita baju. cerita pasal artis jemputan yang dijemput khas untuk perform di majlis perkahwinan nana nanti pun tak tahu ape cerita lagi ni... duk buzz dia kat BBM, tak reply, mesej kat twitter belum reply.. so macam mana??? I dah bayar deposit ok!!! Actually bukan pasal deposit tapi pasal i dah book dia setahun awal. Tak de reason kalau dia nak buat hal.
Tuhan banyak nak menguji nana kali ni.. serius memang tension, stress, dengan perkara kat office. Bila kat office, my big bos asyik nak blame nana je. ayat dia sebab nana dah lama kerja and i should know everything... Tak jugak.... Kalau saya tahu semuanya, saya dah jadi bos, bukan kuli..... Dan nana dah apply surat tukar. hope nana dapat tukar secepat yang mungkin. stress dengan kehidupan kat office yang penuh dengan muka-muka hipokrit.

p/s: Esok besday nana.... Tapi tahun ni tak de celebrate kot... dengan air mata?? Mungkin laaa...