Tuesday, September 6, 2011

Tragedi Buah Epal..... lalaalala

  Assalamualaikum....

Hi Korang...

Kembali mengupdate blog setelah bercuti.......Nak sambung cerita kat korang semua...
Tragedi  buah epal macam lagu anita sarawak yu... Kau merah.. lalala...lalala...
ok2.... sambung cerita yang berlaku Hari Raya ke dua....
Al-kisah kami adik beradik dah cukup la hari raya kedua... dah boleh nak ambil gambar keluarga la... Hari Raya pertama tak dapat sebab kakak nana tak de kan...
Bila dah susun kerusi bagai ni, terfikir pulak, siapa pulak yang nak tolong snap kan gambo ni haaa... posing dah posing, tukang nak amek gambo nya tak ada..... pening pulak nak fikir... ayah pulak duk bising suruh cepat nak balik kelantan ni ha.. kan kalau lewat, lambat pulak sampai kampung...
fikir punya fikir, letak la kamera atas kerusi then guna timer... amek ko... habis cerita....
Tadaa... ini la hasilnya...

 Dah settle yang tu, kami pun konvoi la balik ke kelantan. Nana dengan kakak nana satu kereta..... Nak di jadikan cerita, tengah syok tidur dalam kereta ni, Tetiba bunyi macam orang muntah... Terus la nana bukak mata, anak sedara nana dah selamat muntah dalam kereta ni haaa.... terus la suruh abang ipar nana stop tepi jalan ni haaa... Dah muntah sorang, anak sedara nana yang sorang lagi pun muntah jugak... dah macam kenduri muntah la.... Amek ko.... dah stop kereta tepi jalan tu, nana suruh la diorang keluar, cuci baju yang kene muntah dengan tisu.. habis semua tisu dalam kereta... dah la kene hon dengan kereta mana ntah... amboi?? ingat aku ni janda anak dua ke???
Agak-agak yang ok sikit, continue la kami punya perjalanan ni haa... family nana yang lain dah sampai dah kat kampung.. kami kereta yang paling last la sampai.....
Tengok.... Sampai-sampai kampung, terus jadi bibik. cuci baju-baju budak-budak ni yang dah kene muntah ni haa... kalau main muntah, jadi badang tak pe la jugak, ni tak.. habis masam baju nana.. haih... dugaan ari raya....

Mujur la ada baju spare dalam kereta dua helai... boleh la tukar baju lepas mandi.. kalau tak, tak berbaju la korang berdua haa.....
nasi minyak umah mak long memang terbaik... sangat sedap.. nana siap tambah dua kali haa... diet ke mana, nak kurus kemana... OFF semuanya....
Umah mak long
Alhamdulillah la... satu family nana semua dapat berkumpul balik kampung umah mak long.. bukan senang nak berkumpul macam ni....

 Sempat la kami pose kat Sawah.... memang sakai la kami nak bergambar.. bukan senang tau nak jumpa sawah... kat terengganu tak de sawah kot.. :p
Dengan Mak saya...
Muka dah berminyak bagai dah... Dah macam Bibik dah ni...
Dapat Makan buah salak... ada pokok dia tau kat sini...

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar... Nana sangat happy.. even ada tragedi buah epal berlaku kan.... kene cuci muntah bagai..... Hopefully dapat berkumpul lagi macam ni.. amin...

3 comments:

nabByla said...

hai...

tak terlamabat lagi kan nak ucap selamat hari raya.

:)

IEQAH said...

selamat hari raya sis nana.
aalalalalaa

chenta nana said...

nabbyla @ selamat hari raya dear..

ieqah @selamat ari raya dik :)