Tuesday, August 9, 2011

Putus Cinta, Putus Tunang....Salah Siapa????

Assalamualaikum....

Hi korang....

Sekarang Memang Banyak Isu tentang Putus Cinta la,
putus tunang la dan yang paling teruk bila tahap boleh bercerai dah...
Salah Siapa semua ni??
Salah Lelaki atau wanita????
Yang Terbaru Ally Iskandar Putus Tunang Selepas Heboh tentang Elia ( Jejari Runcing ) putus Tunang Dengan Apek.




Actually kita tak boleh menunding jari salah siapa.. lelaki atau wanita??.Nak salahkan Lelaki???ada juga wanita luar sana yang mintak putus tunang macam dalam surat khabar metro hari ni...  memang takkan habis kalau kita saling salahkan satu sama lain.... Anggap la semua ni adalah takdir dari Allah.. Dugaan Allah Kepada Hambanya....
Kita sebagai wanita jangan la membazirkan air mata hanya kerana seorang insan bergelar Lelaki..Lelaki juga, jangan la buat perkara yang salah disisi agama hanya kerana kehilangan seorang wanita... Bab kata pepatah Bunga bukan sekuntum tapi nak cari sekuntum tu biarlah bunga ros, jangan la bunga taik ayam...
Nana sekadar ingin berkongsi pendapat la... Nana pernah ditinggalkan oleh ex-bf nana.... Masa tu memang bagi nana tuhan je la yang tahu betapa sakitnya hati ni, sedih.. Dah macam dunia nak kiamat... Macam dia la seorang je lelaki yang ada kat muka Bumi ni... tapi alhamdulillah nana sedar, kenapa kita nak bersedih kerana seorang lelaki sedangkan Memang dah tersurat dan tersirat yang jodoh kita bukan dengan dia.. Mungkin jodoh kita lagi baik dari dia...
Alhamdulillah syukur... selepas tu nana banyak aktifkan diri dengan photography, outing... Dan dari situ la nana jumpa incik tunang nana ( dulu kawan satu fotografi la)....
Jadi wahai wanita dan lelaki di luar sana.... Jika itu memang tersurat takdir kita, terima la dengan seadaanya walaupun perit untuk kita telan... yang penting, Jangan sesekali kita lupa pada Yang Maha Esa... Dekatkan diri kita dengan -NYA.. insyaallah diri kita akan tenang...


1 comment:

~azillakhalison~ said...

memang ternd kate org..tpi xleh nak ckp jugak kan..jodoh pertemuan ditangan tuhan..saye pon mcm nana,dah bertunang,,sangat scared bile cite2 putus tunang ni kan..hehhe.same2 kite mohon padaNYA aagar hubungan kite kekal ke akhr hayat kan..hehe.. :)