Monday, August 22, 2011

Kami Cinderella Moden...

Assalamualaikum...

Hi korang..... (lambai-lambai sambil ketiak berpeluh)
Arghh...... banyak nya dugaaan hari ni... Tengah nak menaip blog ni pun berpeluh lagi tau... Macam-macam berlaku padahal baru pagi ni... dan berlaku ni, berlaku tu... geram!!! Dugaan bulan pose.. shuu..shuuu..

Pertama... Sampai-sampai je pukul 8 pagi kat office, tengok ada sekeping memo ada meja.. 
Memo untuk majlis sambutan hari raya 8hb Sepetember ni... Nak tahu apa yang sakit hati??
Nana and da geng ( budak-budak kewangan) semua ditugaskan basuh pinggan mangkuk, segala jenis peralatan bila habis majlis tu nanti.. Yang lagi best, kenapa kami yang kat kewangan je?? yang lain?? duk layan tetamu vip?? tetamu lain?? hidang makanan?? amboi.. lepas settle, diorang boleh blah dan tinggalkan longgok2 pinggan yang kotor untuk kami berjihad cuci?? macam tu??? ingat sikit ke haaa??? Tak pernah lagi macam ni berlaku... 2 tahun lepas, nana basuh je segala bagai tu, takkan nak biar bodoh berulat tapi tak de la sampai kene tapi nama NANA- BASUH PINGGAN MANGKUK!!!
Bila dah tulis macam tu,dah ada nama macam tu, memang orang lain takkan buat laa.. yang ada nama tu je la yang buat... amboi ko.. senangnya hati.. kalau tak suka kami di kewangan, cakap je terang-terang.. Tak payah nak hipokrit sangat la guna cara halus macam tu...
Ada lagi jenis orang yang macam tu kan??? 

Kedua... Pukul 9 pagi, tiba-tiba Prd datang kat Bilik Server, "Nana, Ikut saya pergi perasing..
Bawak Kamera ya..." Dalam hati aku?? Mana nak cari kamera jadah ni semua.... Dah la perasing tu jauh puncak ke pedalaman...
Dah la semua kamera office dah rosak semua... bengek betul... then ok la kan..Dalam tak nak ni, terpaksa la pergi jugak... Sampai bawah, Ada sebuah Kombi, Sebuah Pajero.. Pajero bawak bos-bos la.. Kombi semua bawak PPR ( pegawai luar).. Nana sorang je perempuan.. Bayangkan la, nana dengan high heels, baju kurung.. orang siap pakai baju pergi kebun... Nak nye si Bos ni suruh nana pergi sampai nak bagi nana kasut boot.. what??? ingat nana ni Pua Chu Kang ke kasut boot kuning??? haa???? Pastu dia boleh cakap kalau nak pergi, naik la kombi.. sesak-sesak dengan lelaki semua bagai tu... memang stress ok... dalam hati nana berdoa la semoga tak jadi.. Ye la kamera tak de.. nak buat macam mana kan.. bengong la semua ni.. Menyusahkan orang!!!

Kami ni dah banyak cinderella moden dah.. kene dera dengan mak tiri... Mak tiri tak suka... kakak-kakak tiri suka buli.... arghhh... geram..

Ya Allah... Banyak nya dugaan bulan puasa ni haa... Sabar je laa... Tabahkan hati ni... Takpe nana... lagi 2 hari kat office.. then boleh cuti raya........

4 comments:

nuraitul said...

sabar ye nana..dugaan semua tue..

Cik Tqah said...

alala..sabar eh.. biase r tu..

HanNis SaNia said...

bersabar... ada lg org bernasib lagi malang dari u. =)

Faidhatul Arfah said...

sabar sabar sabar (: