Monday, August 22, 2011

Kami Cinderella Moden...

Assalamualaikum...

Hi korang..... (lambai-lambai sambil ketiak berpeluh)
Arghh...... banyak nya dugaaan hari ni... Tengah nak menaip blog ni pun berpeluh lagi tau... Macam-macam berlaku padahal baru pagi ni... dan berlaku ni, berlaku tu... geram!!! Dugaan bulan pose.. shuu..shuuu..

Pertama... Sampai-sampai je pukul 8 pagi kat office, tengok ada sekeping memo ada meja.. 
Memo untuk majlis sambutan hari raya 8hb Sepetember ni... Nak tahu apa yang sakit hati??
Nana and da geng ( budak-budak kewangan) semua ditugaskan basuh pinggan mangkuk, segala jenis peralatan bila habis majlis tu nanti.. Yang lagi best, kenapa kami yang kat kewangan je?? yang lain?? duk layan tetamu vip?? tetamu lain?? hidang makanan?? amboi.. lepas settle, diorang boleh blah dan tinggalkan longgok2 pinggan yang kotor untuk kami berjihad cuci?? macam tu??? ingat sikit ke haaa??? Tak pernah lagi macam ni berlaku... 2 tahun lepas, nana basuh je segala bagai tu, takkan nak biar bodoh berulat tapi tak de la sampai kene tapi nama NANA- BASUH PINGGAN MANGKUK!!!
Bila dah tulis macam tu,dah ada nama macam tu, memang orang lain takkan buat laa.. yang ada nama tu je la yang buat... amboi ko.. senangnya hati.. kalau tak suka kami di kewangan, cakap je terang-terang.. Tak payah nak hipokrit sangat la guna cara halus macam tu...
Ada lagi jenis orang yang macam tu kan??? 

Kedua... Pukul 9 pagi, tiba-tiba Prd datang kat Bilik Server, "Nana, Ikut saya pergi perasing..
Bawak Kamera ya..." Dalam hati aku?? Mana nak cari kamera jadah ni semua.... Dah la perasing tu jauh puncak ke pedalaman...
Dah la semua kamera office dah rosak semua... bengek betul... then ok la kan..Dalam tak nak ni, terpaksa la pergi jugak... Sampai bawah, Ada sebuah Kombi, Sebuah Pajero.. Pajero bawak bos-bos la.. Kombi semua bawak PPR ( pegawai luar).. Nana sorang je perempuan.. Bayangkan la, nana dengan high heels, baju kurung.. orang siap pakai baju pergi kebun... Nak nye si Bos ni suruh nana pergi sampai nak bagi nana kasut boot.. what??? ingat nana ni Pua Chu Kang ke kasut boot kuning??? haa???? Pastu dia boleh cakap kalau nak pergi, naik la kombi.. sesak-sesak dengan lelaki semua bagai tu... memang stress ok... dalam hati nana berdoa la semoga tak jadi.. Ye la kamera tak de.. nak buat macam mana kan.. bengong la semua ni.. Menyusahkan orang!!!

Kami ni dah banyak cinderella moden dah.. kene dera dengan mak tiri... Mak tiri tak suka... kakak-kakak tiri suka buli.... arghhh... geram..

Ya Allah... Banyak nya dugaan bulan puasa ni haa... Sabar je laa... Tabahkan hati ni... Takpe nana... lagi 2 hari kat office.. then boleh cuti raya........

Sunday, August 21, 2011

Tegur Salah... Tak Tegur pun salah....

Assalamualaikum....

Hi korang....
Macam mana puasa hari ke 22 ni??? ok???
So far nana ok lagi la even sahur 2 bijik kurma je..
tak de selera nak makan nasi bagai...

Berbalik tajuk entry hari ni...
Actually nana ni jenis tak banyak cakap tau...
hanya banyak cakap dengan orang yang nana betul rapat je...
Tak nak la kan jadi hipokrit. Depan orang yang suka bukan main ramah,
senyum-senyum tapi belakang orang tu, duk sok sek, sok sek.....

Haaa... sorry.. nana bukan jenis macam tu..
Kalau nana rasa nana tak boleh nak pergi dengan someone tu..
 nana memang takkan rapat.. tak de la sampai tak tegur bagai kan..
Just tegur untuk perkara penting je la.. nak bercerita bagai,
bertepuk tampar tu memang tak laa..

So.. nana memang banyak diamkan diri dekat office...
tak de banyak cakap sangat...
bila time orang melepak ke kat luar, nana memang tak join...
Bukan jenis tak suka bergaul tapi entah laa... lately ni memang macam ni la nana rasa...
buat hal sendiri lagi better kan...

Malas dan tak de mood nak beramah mesra..
So far.. sekarang ni nana tak kisah la apa je pandangan orang
pada nana tapi itu la diri nana sebenarnya...
Selagi nana tak menganggu orang lain, nana rasa itu tak salah kan??
Bagi nana apa guna ada kawan bila kawan sendiri tak boleh nak tolong kawan??


P/S: Blur tak tahu nak berbuka apa hari ni....

Saturday, August 20, 2011

Nak OP murah????

Assalamualaikum... 

 Hi korang....

Pengumuman buat Bakal-bakal pengantin, bakal-bakal tunangan orang... Haaa... ada berita baik punya.... Ramai yang tanya nana, mana nak cari Op ( official Photographer) untuk wedding or engagement diorang.... Senang cerita, nana suruh diorang contact je dengan incik tunang (halmus Rihzan). Bukan nana nak promote tunang sendiri, kalau hasil tak elok, buat apa nak promote kan?? tak guna la kan?? Tapi kerana hasil kerja yang diberikan dan dengan harga yang sangat-sangat murah.. orang kata berbaloi-baloi laa... 

WEDDING




POST WEDDING



MODEL




SHOOT FOR FUN






Gambar-gambar yang nana share ni hanya gambar-gambar yang ada dalam koleksi nana.... kadang-kadang kalau nana ada masa free, nana akan join jugak incik tunang untuk shoot.. So, bagi korang yang berminat untuk hire OP, boleh la contact Halmus Rihzan untuk mendapatkan quotation di:

Halmusrihzan@yahoo.com
0192770944

Mak.... Nana nak kawen......

j

Assalamualaikum.....
Hi korang semua... *lambai-lambai tangan*
Rindu la korang semua (baik.. saya tipu :p)
Actually nana nak update skit la berapo hari ni nana nak kawen.. Macam mana nana terfikir nak update?? jap tadi gatal tangan duk usha incik tunang punya facebook.. korang nak tahu apa yang dia tulis kat Favorite Quotations di profile facebook dia???
hah!! baco ni haa...

i will promise you
i'll live with my eyes filled with only you
i'll livE with my arms holding only you
from the moment i wake up to when i fall back asleep
i will yearn only for you
dont forget the words"i love you"
i love you forever
on a hot summer day, i will be your shade,
on a rainy day, i will be your umbrella,
if you get tired while walking, i'll even be your chair,
if u need camera to capture the moments, i'll be nikon D300,
when you laugh, i'll laugh with you,
so that tou can be twice as happy
when u cry,i'll become a handkerchief and wipe away the tears..
because i only love u..
SHAHRUL NIZAM...

from,
Norziana

Haaa.. amek ko... bangga la tu duk post ayat romantik jiwang aku ni haaa.. muahahahaha... bukan senang cik nana nak jiwang karat lagi karat dari besi beskal (basikal) ni haaa....
Tapi nana pun dah lupa.. bila la nana boleh terfikir nak bagi ayat jiwang tu kat incik tunang.. malu sendiri pun ada nana ni haa bila baca balik... adoyai... apo nak jadi dengan engkau ni nana ooiiii...

Wokeh!! 96 hari lagi kan?? apo yang nana dah buat??
Tak dok apo lagi ni haaaa.... Sikit-siikit tu boleh laa... baju pun tak fitting lagi.. saje nak fitting lewat.. kang dah gemok, susah pulak nak muat baju....
Hantaran, nana dengan incik tunang belom lagi habis beli...tak settle pun lagi... tahu la incik tunang tu.. cerewet mengalahkan perempuan... perempuan pun tak macam tu tau...
Nana pulak cuma nak cari kasut untuk akad nikah je laa.. yang lain, semua designer settlekan....Dan kene fikir camno nak hias-hias hantaran.. tu yang poning tu... Dah la nana sorang je yang kene handle semua tu... adik-beradik nana semua duk jauh... diorang boleh tolong pun bila majlis dah dekat.. masa tu nanti semua dah siap dah... haih... nana dengan mak nana je la yang kene berjihad nanti...
Doakan nana semuanya berjalan lancar k..
P/s: yeayyy... dah dekat nak raya la..... 22 hari dah pose... kan... :)

Wednesday, August 17, 2011

Emas Lagi Mahal dari perempuan...

 Assalamualaikum....

Hi korang...... Sorry late update.... 
Hari ni nana nak corita *sambil lipat lengan baju* pasal isu emas ni la kan.....
Serius sekarang emas dah naik harga... Bagi bakal pengantin yang bercadang nak beli emas untuk batal air sembahyang tu, baik la beli sekarang.... 
Last week nana pergi kedai emas harga 170/gram dan hari ni dah naik 190/gram.... Even korang tengok rm20 je.. nampak macam ciput je tau.. tapi bila tengok saiz emas yang korang akan dapat, baru la korang tahu banyak sebenarnya beza harga tu..

Incik tunang pun risau, terus dia bagi duit suruh beli emas (gelang atau rantai) untuk batal air sembahyang tu.... Then nana pergi la ke kuala terengganu.... kedai cousin nana... Nana cakap la budget nana bla..bla.. bla.. tak boleh bagitau sini... kene tapis2 skit... lalalala
Yang ni rantai yang nana beli... puas hati bila dah settle beli rantai untuk batal air sembahyang ni.... coz mak duk bising-bising cakap harga emas makin naik.. kang makin kecik rantai or gelang yang boleh beli nanti...
Nana beli sekali dengan loket.... incik tunang cakap macam mak cik sebab beli besar-besar tapi nana suka... ye laa, takkan nak beli kecik-kecik besar anak mak cik kan... kecik ciput....
Dapat percuma bag.. maybe sebab beli dekat sedara sendiri , tu yang dia bagi banyak je free gift....
Dalam bag tu ada pulak hamper ni haaa.... dia cakap sampai umah terus bukak, kang berkulat pulak cake kat dalam..... nana ape lagi, tak nyempat-nyempat, sampai umah terus bukak... lalala
Tadaaa.... haaa... amek ko.. percuma lagi tupperware.. Kat dalam tu ada dua cake blueberry... time berbuka je terus makan cake tu... memang sedap... sampai menjilat jari kaki.. ok.. saya tipu... lalalala...
Tapi nana teringat la kata-kata guard kat kedai emas tu..
. " Emas sekarang lagi mahal dari perempuan.. kalau perempuan boleh lagi bayar seribu, dua ribu.. kalau tak de 4k or 5k, memang susah la nak beli emas"
Dalam hati nana.. eh.. ye ke?? ade je kot gelang muraj yang tak sampai harga seribu.. memandai je ko kan pakcik... haih...
p/s: Emas adalah Aset bukan Liabiliti.. Jadi tak rugi kalau beli emas...

Tuesday, August 9, 2011

Putus Cinta, Putus Tunang....Salah Siapa????

Assalamualaikum....

Hi korang....

Sekarang Memang Banyak Isu tentang Putus Cinta la,
putus tunang la dan yang paling teruk bila tahap boleh bercerai dah...
Salah Siapa semua ni??
Salah Lelaki atau wanita????
Yang Terbaru Ally Iskandar Putus Tunang Selepas Heboh tentang Elia ( Jejari Runcing ) putus Tunang Dengan Apek.




Actually kita tak boleh menunding jari salah siapa.. lelaki atau wanita??.Nak salahkan Lelaki???ada juga wanita luar sana yang mintak putus tunang macam dalam surat khabar metro hari ni...  memang takkan habis kalau kita saling salahkan satu sama lain.... Anggap la semua ni adalah takdir dari Allah.. Dugaan Allah Kepada Hambanya....
Kita sebagai wanita jangan la membazirkan air mata hanya kerana seorang insan bergelar Lelaki..Lelaki juga, jangan la buat perkara yang salah disisi agama hanya kerana kehilangan seorang wanita... Bab kata pepatah Bunga bukan sekuntum tapi nak cari sekuntum tu biarlah bunga ros, jangan la bunga taik ayam...
Nana sekadar ingin berkongsi pendapat la... Nana pernah ditinggalkan oleh ex-bf nana.... Masa tu memang bagi nana tuhan je la yang tahu betapa sakitnya hati ni, sedih.. Dah macam dunia nak kiamat... Macam dia la seorang je lelaki yang ada kat muka Bumi ni... tapi alhamdulillah nana sedar, kenapa kita nak bersedih kerana seorang lelaki sedangkan Memang dah tersurat dan tersirat yang jodoh kita bukan dengan dia.. Mungkin jodoh kita lagi baik dari dia...
Alhamdulillah syukur... selepas tu nana banyak aktifkan diri dengan photography, outing... Dan dari situ la nana jumpa incik tunang nana ( dulu kawan satu fotografi la)....
Jadi wahai wanita dan lelaki di luar sana.... Jika itu memang tersurat takdir kita, terima la dengan seadaanya walaupun perit untuk kita telan... yang penting, Jangan sesekali kita lupa pada Yang Maha Esa... Dekatkan diri kita dengan -NYA.. insyaallah diri kita akan tenang...


Monday, August 8, 2011

Dapat Duit Free.....

Asssalamualaikum...

Hi korang...

Sangat Happy...Sila Lompat sekarang...

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Alhamdulillah... Rezeki..... Bersyukur sangat..
*tetiba macam-macam benda nak beli dalam otak*

Bagi yang dapat tu, sila jangan membazir ok!!
Gunakan duit anda sebaik mungkin... Takpun apa kata bagi skit kat Mak dan ayah korang.. 
Mesti lagi berkat duit tu nanti...\
Selamat Beramal.... :)

Saturday, August 6, 2011

Neraka Duniaa.....

Assalamualaikum....

hi korang....

Pagi-pagi ahad dah nak buat luahan perasaan...... 
Nampak tajuk entry arini??? haaa... itu maksudnya dah tersangat bengang macam nak meletop la ni....
Hari ni nana dapat last warning sebab lambat punch card....
Kenape tak suruh kawan-kawan????
Jawapannya MALAS
sebab apa?? dah tahu jawapannya..
pertama- sorry lambat sampai office jugak, tak sempat punch kat nana,
kedua- ada bos jaga tempat punch card la,
ketiga- kenapa lambat bagitahu suruh punch card?? 
keempat- mana boleh suruh-suruh orang ni....

So.. daripada kita mengharapkan orang punch card tapi diorang tak buat, baik kita jangan suruh....tak de la unsur sakit hati..
Hari ni nana bertolak dah pukul 5.15 pagi.... 
Tapi disebabkan hujan lebat, terpaksa nana drive slow je.. jalan licin..... nak buat macam mana?? bukan disengaja.. rumah nana jauh sangat...
Sampai office, 8.04 pagi.... Bos call suruh isi borang datang lewat..
nana dalam hati macam !@&*()_++_)(*&^%%$
Arghhh....... Macam-macam orang la kat office nana ni.. nama je goverment tapi staff-staff penuh dengan sikap dengki, suka mengumpat... bencik gila argh..
dah macam neraka dunia..
kat depan kita bukan main la senyum manis macam tanam gula tepi bibir, tapi belakang kita, masyaallah... macam ada bangkai kucing mati dalam hati.. betapa busuk nya hati diorang....
Selagi nana bertahan, nana akan bertahan...
tak tahu la one day meletop jugak hati ni nanti......

p/s: minta maaf... malas nak share dengan orang office.. tulis kat blog lag tenang...
Tapi apa nana nak buat???

Wednesday, August 3, 2011

Instagram for BlackBerry...

Assalamualaikum....

 Hi korang...

Hari ni Nana nak share something yang menarik.... Korang pengguna Blackberry?? Atau Iphone????
 If korang pengguna Iphone, mesti korang tahu  apa itu " Instagram " kan???

Bagi Pengguna Blackberry pulak, mesti korang tertanya-tanya apa itu "  Instagram" atau yang dah tahu pasti cemburu kan sebab Blackberry   takde " Instagram".

Apa itu " Instagram" ??
Haaa..... sejenis sofware untuk edit gambo dan direct upload ke twitter dan facebook.... sangat bagus laa bagi nana... Dek kerana sofware nya itu la, iphone mendapat tempat di hati semua orang yang mampu membelinya... yang tak mampu seperti nana?? hanya tersengih je laaa.....Itu la keunikan iphone...Sesuai la pulak dengan harga dia ok!

Tetapi... Jangan Bimbang.. cewahhh..
Sekarang tidak lagi...... 

kenape????

Dah ada sofware seperti "  Instagram" untuk blackberry yang diberi nama "PIKUBO".  Apesal nama di pelik?? jangan tanya nana.. tanya sape yang cipta sofware ni lah....Tapi jangan melompat kegembiraan sampai masuk kubor ok!...

Dia jugak sama macam " Instagram".. boleh edit dan upload terus ke twitter dan facebook...... Haaa.....menarik kan?? kan??? So.. Lepas ni... Pengguna Iphone tak de nak kerek2 lagi dah.... 

*joke je...*

Macam mana nak install????

Korang boleh pergi ke http://www.apps-foundry.com/pikubo/  
dan boleh terus guna dah.. sangat mudah ok.....




Selamat Mencuba :)

Tuesday, August 2, 2011

Artis nasyid baru....

Assalamualaikum.... 

 Hi korang...

Ok tipu... tak de pun artis nasyid... nana ler yang perasan artis... retis gitu ok.... muahahaha... macam mana Puasa Hari kedua??? ok tak????
Ada yang nak kurus la puasa kali ni, ada yang nak gemuk la.. Bagi nana apa juga niat kita, yang pasti bulan Ramadhan ni, mari la kita banyakkan Amal kita.. sesungguh berganda-ganda pahala yang akan Allah berikan pada kita.. Insyaallah...

Actually Nana baru je Balik berbuka puasa di kediaman Pegawai Daerah Kemaman... Sangat kenyang even makan sangat-sangat sikit.. maybe minum air bandung soda.. first time nana try air tu... terpaksa sebab tak de pilihan  :(
alhamdulillah... Dah dua hari kita berpuasa kan.... Tak sabar nak berbuka bersama family minggu ni.... nana balik kampung.. yahuuuuuu... dah rindu sangat kat mak dan ayah nana ni haa.... Call dengan mesej je yang yang mengubat rindu... macam ni kalau dah kerja jauh dari family... Sad... 

Ok la semua... Nak gerak pergi Terawih...

Bye2....

 XoXOXOX