Saturday, April 9, 2011

Ibu Ayah vs Isteri

Assalamualaikum.....

Hi korang..... actually hari ni nana lambat gila masuk office. kereta tak hidup sebab bateri dah ting tong..... make up semua dah cair habis... dah la first day puasa... rasa nak minum air paip jek... macam zaman kecik-kecik.... best tu......

Ok la... bukan itu yang nana yang soalkan hari ni... just wondering.... 
kenape dan kenape?? sesetengah anak lelaki lebih suka ikut isteri daripada ibu???
Maaf kalau apa yang nana cakap ni, boleh nyebabkan korang sakit hati tapi itu hakikat la kan....
nana tak tujukan kepada sapa-sapa, tapi sekadar bahaskan isu semasa.
tapi siapa yamg makan cili, terasa la pedasnya ya..
Bila seseorang wanita itu berkahwin, syurga di bawah tapak kaki suami... 
Tapi bila seseorang lelaki itu berkahwin, syurga masih di bawah tapak kaki IBU...

tetapi masih ada sesetengah pihak contonya la kan, kalau ada adik beradik yang ramai...
bila masing-masing dah kahwin, pindah sana, pindah sini.. tinggalkan mak dan ayah di kampung...
bila mak dan ayah dah sakit, nak bangun pun kene pegang sana, capai sini... 
diorang (anak-anak) hanya call tanya mak or ayah dah ok ke belum, bukan nak datang melawat ke, jenguk ke... nak buat alasan sibuk??? korang terfikir tak, masa korang kecik, diorang sibuk cari rezeki, tapi boleh je jaga korang dengan sempurna, tak de cacat celanya.... 
tapi bila korang dah besar, masing-masing dah kahwin, 
tak boleh nak jaga mak dengan ayah???
betapa derhakanya kan...
Bila korang call, korang rasa apa yang mak dan ayah akan jawab,
semestinya la diorang akan rahsiakan yang diorang sakit ke ape ke, tak nak anak-anak risau....
"mak sihat, ayah sihat.. cuma pening je"
Itu la jawapan biasa diorang.....
kalau korang bekerja jauh sekalipun, apa alasan korang tak boleh tukar dekat dengan mak dan ayah?/
lebih-lebih lagi bila korang yang bekerja kerajaan, bila-bila masa je boleh tukar...
alasan anak sekolah?? bini tak bagi?? bini kerja swasta?? 
hey.. hey.. hey... bini kene ikut cakap suami...
bukan suami yang kene ikut telunjuk bini...
setiap pasangan kene ada la toleransi....
Lagi satu bila anak-anak yang dah bekerja, susah sangat ke nak hulur duit kat mak ngan ayah?
diorang takkan mintak tapi setiap pemberian kita pada oorang tua kita, 
Allah akan membalas dua kali ganda.
Masa kita belajar, dari kecik sampai besar, banyak mana dah duit yang diorang habiskan untuk kita?
takkan bila kita dah bekerja, tak boleh nak bagi duit sikit kat diorang even RM10??
Jangan la bila mak dan ayah kita dah takde, kita menyesal seumur hidup....
kerana tak sempat nak jaga mereka....
ingatla.... Ibu dan ayah adalah segalanya....

1 comment:

Nana kata.... said...

Zaman sekarang, nak kata suami bertanggungjawab sangat dekat isteri...setakat memenuhi kehendak isteri adalah. Membimbing, mendidik...ramai suami yang tak buat. Bila yg kejam, kejam sangat. Yang ego, lansung tak nak mengalah. Yang baik...terlebih patuh dengan kehendak suami.