Wednesday, April 27, 2011

BlackBerry Bold 9700 For Sale!!!

Assalamualaikum....

Hi korang... 
Sihat ke??? 
Actually hari ni nana nak let go hanpon... Blackberry... 
tolong kawan-kawan... condition masih sangat baik.. 
sebab untuk dijual?? nak tukar ke iphone 4..
percuma 2 casing... cute gitu... (import dari Jakarta)
Keadaan masih ok sangatttttttt......plastic cover pun  masih ada lagi..
Complete set :)
Charger, Hanphone & Cable.. (memory Card 4gb)
Original Charger..

Berminat???
boleh email nana ke Chenta_nana@yahoo.com

Saturday, April 23, 2011

Yeay..... Dapat Header Baru....

Assalamualaikum.... 

Hi korang...
alhamdulillah.. im so happy la hari ni... nak tahu kenape????
header nana yang lama....
header nana yang baru....

haaa... nice kan?? thanks kepada  empunya blog ni DONA ROSE. Actually dia la yang design header nana ni haa... and nana betul-betul suka header ini ni... 
Thanks kepada designer ni... actually nana dapat invitation dari designer ni untuk join dalam projek dia yang mana di namakan *LOVE TO DESIGN* . of course la nana rasa bertuah sangat kan.. 
Dan mana-mana blogger yang interested to get customized header for your blog,
bolehla contact Dona Rose ni or visit blog dia...

p/s: terasa begitu pinky winky gitu nana.. auwwww...

Tuesday, April 19, 2011

Blogger Gathering..

Assalamualaikum....

hi korang...
terasa macam nak buat blogger gathering je la...
kenal-kenal... lepak-lepak.. gosip-gosip ala-ala gosip girls... korang rasa macam mana?? ok tak??
sekadar gambo hiasan :p

Monday, April 18, 2011

Rindu nak photoshoot Scarflets lagik.........!

assalamualaikum.... 

rindu nak photoshoot scarflets lagi... tapi kene tunggu semua free dulu...
baru boleh buat photoshoot... huwaaaa
shea da boom...
mine yang comel..
cik epal gojezzz
yanny..
dengan yana

p/s: semua gambo ni dalam hanpon... sorry.. takde edit

Bila manusia menjadi rakus???

Assalamualaikum.... 

hi korang... update untuk kali kedua hari ni.. muahahaha..
tajuk entry memang tak boleh blah ok.... memang kami rakus... 
dah kenyang orang belanja buah, pergi pulak ke KFC.. 
syna(budak praktikal) belanja makan....
serius ingatkan saje je la kan ajak makan-makan kat kfc... 
dalam hati.. mak aii.... pagi-pagi buta dah makan kfc.. omputih betul aku hari ni... 
ye la.. tadi dah la makan strawberi pembuka selera... 
memang lepas ni mata nana bertukar menjadi warna biru la yek.. omputih katekan... lalala
korang tengok muka nana... rakus gilaaa nak cekau ke ayam tu..
ni haaa... breakfast kali kedua.. hahaha.. amek ko.. kata diet... sampai 2 ketul di bedalnya.....
ok.. pose gedik...(pose wajib ok)

semua gambar dalam kamera.. yang nana upload ni semua dari blackberry ok...so, gambo memang kureng la kualitinya.... sila tanya kenape kami pakai tudung putih??? kami still lagi berkabung.. 40 hari tak habis lagi weii.... 

p/s: terima kasih shyna kerana belaja kakak-kakakmu yang dah sedia pokai ni ha....

Rezeki mencurah-curah

Assalamualaikum.... 

Hi korang ...Salam di pagi hari selasa ni..... 
Hari ni rezeki murah. mencurah-curah seperti di ladang gandum.. 
(iklan koko krunch)... 
Pagi-pagi dah sampai office, ada bungkusan atas meja, ingatkan ape la plak atas meja kan.. buka-buka je plastik tu, nampak la buah-buah omputih... hahaha.. buah strawberi... aduyai.. kak sally bawa dari cameron highland.... wah.. ape lagi nana ni haa... menjamu selera la kan.. rezeki depan mata...
Dah tinggal sikit dah.. bahagikan sikit-sikit sorang kat staff..
kami yang rasmi dulu makan... agaknya tak de orang berani nak bukak bungkusan tu.. muhahaha
banyak tak?? sedap tapi masam...
nana dan kak wati ;0

thanks kak sally..... even dia cuti, sempat bawak buah kat kami.... ye la.. dah la kak sally baru dapat lesen.. nak gocoh sampai kat office ni susah la jugak.. mujur la kereta tu auto.. kalau manual, rasanya tak gerak dah kereta tu...

p/s: nana rasa, nana yang paling banyak makan.. :p

Tips Hilangkan sengugut

 Assalamualaikum....

hi korang.. bersama cik puan nana separuh.. kenape saparuh? sebab tak kawen lagi.. muahahaha...
ok2.... kembali pada topik.. actually hari ni nana nak cerita pasal sengugut.... Biasa kalau perempuan yang malas macam nana, malas nak pergi kerja, nana akan pergi jumpa doktor dan buat alasan, sengugut, terus dapat MC... kenape? sebab doktor pun tahu yang sengugut ni sakit.... so, para pempuan... korang ada alasan kukuh tak nak pergi kerja... hahahaha... (mati la aku kalau bos baca...)

Senggugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.
Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

 serius pil ni tak elok diamalkan makan kalau sengugut... 
dan kalau makan pun, takkan hilangkan pun sengugut tu...

ada cara nak kurangkan sengugut ni.. petua orang tua la kan....
Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

tapi sebenarnya la kan... doktor beritahu nana, petua betul-betul nak hilangkan sengugut adalah BERANAK..... bukan kawin ye.. kalau kahwin, tak beranak, still tak hilang sakit tu....
tapi make sure la, korang kawin dulu baru beranak ye..
kang tak pasal-pasal nana kene blame bagi petua merepek lak....

Sunday, April 17, 2011

Blog berpada-pada...

Assalamualaikum....

hi korang...
Just nak update simple entry untuk pagi ni.... 
sekarang makin ramai yang menulis blog... 
dan ada yang blog berbayar ada yang tidak... 
mana yang berbayar tu contohnya daftar kat nuffnang ke, mula-mula la nak mencari pembaca..... 
makin ramai yang singgah blog, makin masyuk la dia...
kalau memang ramai yang nak baca blog kerana blog dia memang best, its ok la.. 
boleh diterima akal.. tapi kalau blog dia, mencaci, mengutuk orang lain, 
yang tu tak boleh nak di terima dek akal la...
kenapa mesti nak burukkan orang lain, semata-mata untuk kepentingan diri sendiri??
nak up traffic???
jangan la buat perangai tak elok macam tu.. matangkan lah diri anda..
kalau tak suka simpan la dalam hati... kalau nak menegur sekali pun, guna la cara lain, sent email kat dia ke, ape ke.. jangan la terus gi booo, terus tulis yang bukan-bukan then dapat komen-komen yang teruk-teruk... tak elok la macam tu..
nak menulis blog biarlah ikhlas.... jangan kerana kepentingan diri sendiri ok!


Post Wedding Aien & sal

Assalamualaikum...

hi korang.... 
Malam ni nana mengedik nak edit gambo... curik gambo tunang nana dan edit... 
hopefuly incik tunang tak marah la kan... 
sapa suruh tak ajak nana shoot gambo kan..kan... hehehe... 
Kali ni nana edit macam ala-ala lama la gamba ni.... konon oldskol la ni... tapi tak jadik sangat.. hahaha... biasa la try and error... tangan ni gatal nak edit and post kat blog... 
so, korang layan aje la ye...



untuk pengetahuan korang semua, designer baju aien ni adalah Rizman Ruzaini... 
Dan dia jugak ada buat sewa la untuk baju dia ni.. sumpah cantik....lip lap lip lap gitu haaa....
Kalau korang berminat, boleh roger cik puan aien di fb atau post komen je kat blog nana ni.. 
boleh nana tolong bagitahu kat dia...

p/s: teringin nak pakai baju R n R design.. incik tunang pelizzzzzzzz *wink..wink*

Wednesday, April 13, 2011

Dugaan bertunang...

assalamualaikum.... 


nampak kat atas ni ape??? counting ler.... 
Ada 225 hari lagi la kononnya nak kawen...
amboi.. gatai bebenor bunyinyer haaa....
nak habaq hang, kalau dah bertunang ni kan, macam-macam cerita duk dengor... dugaan ni la dugaan tu la... secara jujurnya memang betul lah tu... tersangat banyak... pastu perasaan plak duk berubah... kalau duluny masa duk bercintan cintun nya, terasa sayang nya lebih tapi bila dah betunang ni kan, lain pulok rasannya....
    Hurmmm…
    Banyak la dugaan nya. Tak dinafikan, ia memang menuntut kesabaran yang tinggi..
    Kena banyak mengalah dan selalu berdoa..
    kali ni nana tak de tips la kan... cuma nak mintak tips dengan korang.. kot la ada nak share.... bak mai la yer....
    "Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~"

    Tuesday, April 12, 2011

    Post Wedding Aien & sal

    Assalamualaikum...

    hi korang... 

    kembali bersiaran selepas berbuka puasa even bukan bulan puasa... 
    disebabkan masa terlebey, nana sempat la edit gambar post wedding aien dan salimi baru-baru ni...
    Actually bukan nana yang menjadi official photographer untuk diorang, saya hanya menumpang 
    *ayat sedey nih*.. 
    hahaha... 
    my fiance yang snap gambo diorang...
    nana saje je mengedik :p... 
    so, nana sempat la edit satu gambo... hope ok la.. hahaha

    p/s: tak tahu la bila saya nak buat pre wedding nih.. cik lana... bila awak free ha?????

    Monday, April 11, 2011

    TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

    Anda bertudung??? sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? kelimumur? berminyak? semua boleh sorok bila bertudung. 
    Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang, dipijak dan dicampak jauh-jauh. apekehel fikir macam tu??
    even kita bertudung, kita mesti la jaga rambut kita sama atau kurang sikit tu boleh la dari orang yang tak bertudung....
    (takkan hari-hari nak blow rambut kan...)

    (Saje gedik letak gamba ni sebab saya suka gamba ni.. muahaha)

    Korang pernah dengar tak istilah rambut ni mahkota wanita?? maksudnya tu... korang kene jaga rambut tu sebaiknya..... amboi, kalau bab muka tahu je nak beli toner lah, pelembab lah, ni la... kalau bab rambut ala kadar je ek...
    bila anda tau anda cantik di dalam, 
    pastinya anda akan membawa diri anda dengan lebih keyakinan.

    memang tak dinafikan la, nak jaga rambut yang bertudung litup ni memang susah la....rambut dan kulit kepala yang betutup setiap hari boleh menyebabkan kerosakan pada rambut kalau salah cara penjagaannya la...

    Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
    1) Berkelimumur
    2) Rambut berbau
    3) Kulit kepala berminyak
    4) Rambut gugur
    5) Hujung rambut berbuah

    Saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas.
    Apa yang perlu anda lakukan?

    1)Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari

    Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
    Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
    kang datang kerja, bau pelik pulak kan...

    bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.
    ELAKKAN BUNGKUS RAMBUT DENGAN TUALA


    2) Pilih tudung yang sesuai

    Bagi wanita yang bekerja seperti saya, kita bekerja selama 8 jam. Jadi, selama 8 jam tu duk balut ke kepala dengan tudung kan. Pemilihan tudung dari fabrik yang sesuai sangat penting la. Pilih tudung dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, korang boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung korang, semakin susah rambut nak bernafas. (kan dah keluar hipotesis sains )

    3) Elakkan dari mengikat rambut Basah
    Pastikan rambut anda kering sepenuhnya sebelum mengikat rambut/ memakai tudung.
    Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah.sikap malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk. mesti korang dapat bayangkan camne bau rambut busuk kan.. kan...

    dan kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune.
    Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam....kan senang..

    (jangan stress bila rambut anda seperti ini ya)

    4) Gunakan Syampoo yang betul 

    Kadang-kadang kita ni pergi pasaraya, main belasah je ambil syampoo. Ko rambut gugur, pergi ambil syampoo rambut berminyak. ko yang rambut berminyak, pergi beli syampoo untuk rambut kering. So, sangat salah ok... patikan korang dan nana juga( kesedaran pada diri sendiri) peka dalam membeli satu-satu syampoo ni lah... Dan jika satu jenama tu, korang nampak macam tak ngam je dengan rambut korang kan, cuba la cari produk yang betul-betul sesuai.Jika korang  sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.

     Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang  mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

    5) Rawatan Rambut
    masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria di kulit kepala. 
    bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang ada. rajin-rajinkan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau ada masa, sebulan sekali, kalau bz, dua bulan sekali pon tak apa... tidak semestinya jika kita ni bertudung, kita tidak boleh nak manja-manjakan diri kat salun kan....

    Tips lain:

    1)   Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar

    2)   Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

    3)   Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

    4)   Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

    5)   Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.


    6)   Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.
    Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

    7)   Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

    8)   Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.


    9)  Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.

    (sumber dari website launge hair studio) 

    p/s: kalau nak beli tudung, boleh singgah, jenguk kat shop online kawan-kawan saya, Yana Petisuara, Riqa syurgascarf, ami shanaz.... search je diorang kat google, insyaalah jumpa la tu...

    Saturday, April 9, 2011

    Rindu Sour Sally....

    Assalamualaikum.... 

    Hi... update kali ni just nak bagitahu yang rindu gila, mengidam tahap naga nak makan kat sour sally... 
    tapi ada kat bandung jek.. camne??? huwaaaaaa.... 
    fatin, sila pos laju sekarang :(
    sedap kan...


    GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA....

    assalamualaikum....

    Hi korang... 
    tadi tengah blog walking, nampak la BA buat ni, so meh la kita pakat join ramai-ramai yee 


    p/s: silap-silap boleh pemes cam abang ben.. :p

    Ibu Ayah vs Isteri

    Assalamualaikum.....

    Hi korang..... actually hari ni nana lambat gila masuk office. kereta tak hidup sebab bateri dah ting tong..... make up semua dah cair habis... dah la first day puasa... rasa nak minum air paip jek... macam zaman kecik-kecik.... best tu......

    Ok la... bukan itu yang nana yang soalkan hari ni... just wondering.... 
    kenape dan kenape?? sesetengah anak lelaki lebih suka ikut isteri daripada ibu???
    Maaf kalau apa yang nana cakap ni, boleh nyebabkan korang sakit hati tapi itu hakikat la kan....
    nana tak tujukan kepada sapa-sapa, tapi sekadar bahaskan isu semasa.
    tapi siapa yamg makan cili, terasa la pedasnya ya..
    Bila seseorang wanita itu berkahwin, syurga di bawah tapak kaki suami... 
    Tapi bila seseorang lelaki itu berkahwin, syurga masih di bawah tapak kaki IBU...

    tetapi masih ada sesetengah pihak contonya la kan, kalau ada adik beradik yang ramai...
    bila masing-masing dah kahwin, pindah sana, pindah sini.. tinggalkan mak dan ayah di kampung...
    bila mak dan ayah dah sakit, nak bangun pun kene pegang sana, capai sini... 
    diorang (anak-anak) hanya call tanya mak or ayah dah ok ke belum, bukan nak datang melawat ke, jenguk ke... nak buat alasan sibuk??? korang terfikir tak, masa korang kecik, diorang sibuk cari rezeki, tapi boleh je jaga korang dengan sempurna, tak de cacat celanya.... 
    tapi bila korang dah besar, masing-masing dah kahwin, 
    tak boleh nak jaga mak dengan ayah???
    betapa derhakanya kan...
    Bila korang call, korang rasa apa yang mak dan ayah akan jawab,
    semestinya la diorang akan rahsiakan yang diorang sakit ke ape ke, tak nak anak-anak risau....
    "mak sihat, ayah sihat.. cuma pening je"
    Itu la jawapan biasa diorang.....
    kalau korang bekerja jauh sekalipun, apa alasan korang tak boleh tukar dekat dengan mak dan ayah?/
    lebih-lebih lagi bila korang yang bekerja kerajaan, bila-bila masa je boleh tukar...
    alasan anak sekolah?? bini tak bagi?? bini kerja swasta?? 
    hey.. hey.. hey... bini kene ikut cakap suami...
    bukan suami yang kene ikut telunjuk bini...
    setiap pasangan kene ada la toleransi....
    Lagi satu bila anak-anak yang dah bekerja, susah sangat ke nak hulur duit kat mak ngan ayah?
    diorang takkan mintak tapi setiap pemberian kita pada oorang tua kita, 
    Allah akan membalas dua kali ganda.
    Masa kita belajar, dari kecik sampai besar, banyak mana dah duit yang diorang habiskan untuk kita?
    takkan bila kita dah bekerja, tak boleh nak bagi duit sikit kat diorang even RM10??
    Jangan la bila mak dan ayah kita dah takde, kita menyesal seumur hidup....
    kerana tak sempat nak jaga mereka....
    ingatla.... Ibu dan ayah adalah segalanya....

    Engagement Kak l-ya

    Assalamualaikum....

    Actually nana baru je balik dari majlis pertunangan budak office nana ni... Kak lya....
    Agak jauh la dari office kami... Felda Neram 1.. first time pergi sana... 
    tertido jugak la nana ni nak ke sampai.... 
    Mula-mula nak bersiap ke kenduri ni... pening la nak pakai baju apa, tudung mana...
    biasa la perempuan kan... memang ni la yang jadi masalah utama kalau nak pergi mana-mana...
    Mujur la ada baju kurung nana yang baru je siap jahit... 
    Baju cotton yang beli kat bandung aritu.... jahit manik sikit-sikit... 
    boleh la nak pakai pergi kenduri....

    kak lya...

    Sampai je rumah kak lya.. terserempak la dengan jiran nana dulu... jiran rumah sewa... wah... sangat best uols bila dia cakap nana makin kurus.. dia tak tahu badan nana dah naik 5 kg.... yeay.. berjaya jugak nana sorok lemak tepu ni....

    gambo polaroid...


    kak lya dan kak cda..

    Nan pun tak faham... ni majlis siapa sebenarnya ni?? terlebey pulak nana bergambo.. sorry uolss... dah jadi hobi nana dah..... kate jurufoto risda kan... uwekkkk *sila muntah*
    sila tampor muka nana laju-laju.....

    p/s: tahniah kak lya... welcome to the group yaa.... hehehe

    Jurufoto yang tak diiktiraf....

    assalamualaikum....

    hi korang.... kembali mengapdate blog setelah 2 hari berperang di dalam selimut....
    tetttt..... 
    maksudnya berehat ok... 
    *jangan otak kuning wokay* 

    tersebut la kisah kan.. setelah cuti seminggu kerana jaga adik nana di wad, hari khamis lepas,
    nana masuk kerja... niat di hati nak siapkan report la kan...
    tapi hampeh..... buat la sangat kan... bos pun takde....
    Masuk je office, ade la memo atas meja.... cantik lagi baik je terpampang nama nana....
    What????? jadi jurufoto??
    celah mana nak berfoto nya?/
    perli aku kah ni?? 
    mentang-mentang aku ni 24 jam kamera ada dalam beg??/
    sukacita??? dukacita ade lah....

    Bos!!!! tolong jelaskan ok!!!!!

    p/s: bos... boleh claim OT la kan...kan......photog katekan..... :p

    Wednesday, April 6, 2011

    Konvokesyen Kolej Komuniti

    assalamualaikum... 

    Hi korang... 
    actually nana baru je sampai kat opis setelah berjihad 6 hari di kelantan...
    bila kembali bekerja al-maklumlah.... malas yang amat la... nak start kerja balik lepas cuti...
    mujur la bos nana tengah kursus.. so.. kita boleh enjoy.... yeay.... lalala 

    ok-ook....ahad baru-baru ni, adik nana baru je konvo... 
    belajo kat kolej komuniti....
    masjlis konvokesyen dia dibuat di Taman Tamadun Islam, Kuala terengganu 
    bersama 5 lagi kolej yang lain.... 
    Tapi yang sedihnya, nana tak dapat nak join, 
    tak dapat nak raikan la sebab nana masih di kelantan.. jaga adik nana yang sakit tu...
    adiiku yang masih single.. cewah.. terpromote plak....

    With my mom yang tak sihat..... tapi datang jugak kerana adikku...

    Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. buat masa sekarang adik nana tak de plak bunyi nak sambung belajar... nak kerja kononnya.. pastu gatal nak kawen.. even tak de gupren... haih.. budak-budak sekarang....