Wednesday, January 19, 2011

Kenal gupren Korang!!!

 Assalamualaikum....

Hari ni nana nak share tips untuk mengenali wanita.. dilulang wanita seperti saya dan wanita-wanita lain diluar sana ok.... nana ni bukan la pakar motivasi, sekaligus hampeh la dalam memberi nasihat pada orang tapi tips kali ni sekadar untuk dikongsi oleh semua lelaki diluar sane.... tak de la korang tak faham aweks korang macam mana kan....


Perhatian
1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. ni tak... korang kalau diorang merajuk, korang buat dekkkkk (buat tak tahu) maunya awek korang tu tak melenting...Kasih sayang tu perlu ditunjuk.. baru la gepren (gf) korang setia bagai nak rakkkkk dengan korang kan...

Gunakan IT sebaiknya.
2. Manfaat sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Selalulah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling tidak pun mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati korang. Ini tak... reply komen-komen kat facebook boleh, balas msg awek korang yang satu pun liat.... bukan susah pun nak reply.... taip * i lap u*, * i lebiu*, terubat la sikit rindu diorang. lebih-lebih lagi yang bercinta jarak jauh ni ( macam nana ni haaa).Bagi kaum wanita seperti saye ni walaupun satu ungkapan atau satu ayat, dah cukup berharga dah.. tak makan nasik satu hari pun tak pe ( nana tipu :p).

Pendengar Yang Baik
3. Berkongsilah masalah dengan awek korang. cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. Ini tak... Kalau boleh nak sebar kat twitter la, facebook lah... konon stress sana sini... tapi awek yang kat depan mata tak nak plak di share masalah tu... Jangan korang.. sedih dia nanti...

Jangan Ambil Remeh
4. Jangan korang ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Kaum wanita seperti saya sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. kalau tak de budget sangat pun, bagi kad ke, bagi cup cakes ke dah cukup... tak banyak kos pun korang weiiii....

Tunjukkan Ke *macho* an
5. Haha... Ke-macho-an ok!!Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jadi janganlah menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

Kuasa Memujuk
6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. Orang tua kate la kan.. orang tua yang kata, bukan nana yang kata tau... *hati perempuan ni macam kerak nasi...pujuk lama-lama nanti cair la* hah.... ni la masanya korang tunjuk kuasa memujuk korang....

Jangan Kedekut Pujian
7. Ini sangat penting, janganlah kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. Seboleh-bolehnya janganlah puji awek lain didepannya. Ni tak.. depan awek ni la nak tengok awek lain pakai skirt, shot pants.. puji perempuan lain muka licin, mentang2 la awek dia muka kawah bulan macam nana ni haaa.... :p Jangan macam tu ye korang... Jaga la hati awek korang tu....

Toleransi
8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Jangan la sorang nak keras kepala, sorang lagi panas baran.. bila la nak selesai masalah macam tu kan.....

Faham Dan Peka
9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada korang. Jadi korang kenalah peka dan gunakan kepakaran korang untuk memenangi hati mereka.

Jangan Ego
10. Jangan lupa, wanaita juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI korang jangan sama-sama meletup. Korang juga jangan lupa dalam diri korang wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin korang juga boleh 'cool'kan diri korang dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan korang!

So, korang.... Fahamilah hati wanita... Jangan la sakiti hati kaum seperti kami ni haa.... sape lagi nak sayang kami kalau bukan kaum korang kan... takkan nak becinta sesama jenis.... kan pelik pulak... so.. selamat beramal yer :p

1 comment:

Nana said...

hahaha. suke suke :D