Monday, April 13, 2015

Fesyen Tudung Terkini



 Assalamualaikum....
Hai korang....
Hari ni ku nak bercerita tentang fesyen Tudung terkini. Bila sebut pasal fesyen tudung ni, memang ramai pengemar fesyen tudung ni. tambah-tambah lagi bila ramai artis-artis yang dah bertudung sekaligus menarik ramai wanita untuk turut bertudung. Actually takde alasan untuk kita berfesyen bila dah bertudung ni. Kalau kita tengok sekarang, banyak fesyen-fesyen tudung yang menarik.
  fesyen tudung dulu dan kini banyak betul bezanyakan? kalau  Dulu, kita tak ada pilihan yang banyak, tapi sekarang, pilih je fesyen tudung mana yang nak kita gayakan. Cantik-cantik semua fesyen tudung sekarang ni, kadang-kadang sampai rambang jugaklah mata nak buat pilihan.
Antara fesyen tudung yang menjadi pilihan wanita sekarang.
 Instant hijab
 Bawal
Halfmoon shawl

Tapi sebenarnya banyak lagi fesyen-fesyen tudung yang ada di pasaran sekarang. Kalau dulu, susah kita nak cari tudung-tudung cantik. Tapi sekarang, dengan sekali klik je, anda boleh cari pelbagai jenis tudung.
Anda boleh singgah ke Fesyen Tudung Online di ZALORA untuk melihat pelbagai jenis tudung terkini yang ada di sana..dengan klik-klik je, dah sampai ke tangan anda... wah.. senang kan sekarang.. semuanya online. menjimatkan masa dan tenaga. so apa tunggu lagi??? boleh jenguk-jenguk ke page zalora sekarang.  Selamat berfesyen yaa...

Friday, April 3, 2015

Pengalaman Bersalin Dhia Sofya

Assalamualaikum....

Hai KOrang....

Alhamdulillah... aku dah selamat bersalin setelah 6 hari Overdue ok! .... Girl lagi....... Pengalaman yang sangat-sangat berbeza dengan qaira, anak pertamaku.... hahaha... Jom dengar pengalamanku kali ni....


Rabu (25/3/2015) - Actually dah seminggu lebih aku kene Braxton Hicks. So bila sakit tu, aku macam dah kebal.. cewah.. Aku mula rasa sakit perut dan mengeras tapi tak regular. Malamnya, sakit macam makin kuat, ajak suami pergi ke hospital ampang, tengah malam ok. Pkul 12.30 malam. Angkut segala bag, dengan qaira lagiletak dalam car seatdepan. qaira agak cranky,maybe dia dah mengantuk, menangis nak susu tetek, tapi buat tak layan je.. Actually first time aku sampai Hospital Ampang ni. Ya allah, parking penuh . Tapi yang pelik, sampai pintu hospital, sakit pun hilang, then balik rumah semula. sambung tidur... hahaha...

Khamis -(26/03/15) start pkul 7 pg, rasa sakit perot dan ari-ari. Dalam 15 minit sekali tapi x kuat sangat. still boleh tahan, maksud boleh tahan tu ialah aku boleh buat air milo, basuh pinggan lagi. hahaha. Ajak suami pergi Hospital. Hantar qaira pergi pengasuh, sempat singgah beli nasi lemak kat gerai depan rumah.  Kakak dekat gerai siap tanya, sakit ke dik?? haah kak... nak pergi hospital tapi nak bawa bekal nasi dulu... kakak tu siap bagi diskaun ok sebab dia kata aku berani sangat.. hahaha... Sampai hospital dlm pkul 10.30 pg. Daftar, nurse suruh tukar kain then masuk bilik untuk cek Ve, contraction, ctg semua, doc cakap dah 3 cm, so kene warded.. What?? 3 cm?? Terkejut aku. Sebab masa qaira dulu, kalau dah 3cm tu, sakitnya dah guling-guling... kali ni sakit still boleh gelak-gelak lagi... alhamdulillah... Dalam hati aku, Masa untuk berjuang ni....
 
 Pkul 12.30 tghari, masuk wad, Dapat kelas 2. so ada 4 orang satu bilik. kebetulan masa masuk tu ada2 orang je... so senyap laa. Laki ku ambil barang, bag-bag semua. Tapi bila dah sampai hospital ni, selera makan takde. Automatik hilang...  So aku dan laki ku makan bekal nasi lemak kedai kakak dekat rumah tambah dengan makanan hospital. Masa tu sakit datang kejap-kejap tapi still boleh tahan lagi. aku guna timer, dalam 7 minit sekali. Habis je waktu melawat, Laki aku keluar ke tempat menunggu. Tinggal la aku dan kakak tu berdua je. Then Aku mandi, solat Zohor, buat solat hajat, baca surah maryam..Sepanjang mengandungkan anak kedua ni, aku memang tak pernah putus baca surah Maryam. kat office pun, aku akan pasang surah Maryam..

Masa ni aku dah sakit tapi still boleh tahan lagi.


Pkul 5.00 petang, doc datang round, masa tu mama, babah dtg. Sakit makin kuat tapi still blh tahan. Mama suruh aku pergi bagitahu nurse. Then aku Bagitahu doc yang sakit makin kerap. Doc buat ve. Serius tak sakit pun doc buat VE. Aku siap bagitahu doc, "kalau nak masuk tangan, bagitahu ya doc, saya nak tarik nafas dalam-dalam ni". Doc siap gelak lagi. then doc cakap, eh.. Dah 5 cm... Boleh pergi labor room... AKu macam bersyukur sangat sebab aku masih boleh tahan sakit even dah bukak 5cm.
Masa tu terus makan laju2... Bila datang sakit, stop makan. Tapi bila sakit hilang, sambung makan.
mama bagi makan telur ayam kampung, air milo + mentega, kurma.. semua aku telan.. hahaha

Pkul 6.30 petang- tolak masuk labor room, buat ve, pasang ctg, doc cek lagi, dah 6cm. eh.. cepat pulak (dalam hati je la ek)  Doc pecahkan ketuban., plup... then panass je rasa kat peha. ... Sakit makin kuat,Doc cek bukaan lagi, dah 7cm.. masa tu doc dah buka bacaan al-quran di Ipad dia.. so, rasa tenang kat situ. Dalam labor room memang sejuk gila, sampai kaki aku mengigil. then aku cakap dekat doc, aku sejuk. Doc pun ambilkan selimut tebal, selimutkan kaki aku. alhamdulillah... bersyukur sangat aku dapat doc yang sangat memahami.
Aku tanya doc, mana suami saya?? doc cakap. suami awak pergi minum sekejap ye.... What???? pergi minum?? siap kau ye b!! (dalam hati je la yee) Tak lama lepas tu, laki ku masuk dengan bawa air kat tangan, galas bag laptopnye... haih... mujur aku tengah sakit tau.. kalau tak, siap b!!
7.20 malam - Sakit yang teramat sakit. Bila sakit je, aku sedup gas, tapi actually gas tu tak membantu pun. hahaha. Laki aku pegang tangan aku, aku cakap dekat laki aku " b, sakit sangat"...  Doc datang lagi untuk  buat ve, dah 8 cm... X tahan rasa nak berak, aku cakap kat doc, nak berak, doc suruh push je.. rupanya nak berak betul.. Haha... then masa nak teran berak tu, doc cakap dah fully, Doc suruh push sambil gosok perut aku dah selawat. 3 kali push, baby keluar... Alhamdulillah... then nurse letakkan baby atas dada, tanya baby apa... disebabkan aku memang tak tahu jantina anak aku masa mengandung, so excited la aku nak tengok... BABY GIRL... kawan kakak qaira lagi. kecik sikit dari qaira.


8.15 malam-, baby keluar (rasanya la). Doc keluarkan uri, jahit-jahit sikit sbb ada koyak. Sakitnye jahit... aku siap menjerit-jerit (tapi tak kuat). Sakitnya ya Allah.... AKu bersyukur sangat Allah permudahkan aku bersalin kali ni. sekejap sangat aku di Labor room. berkat surah Maryam dan Solat hajat setiap hari.

9.00 mlm- tolak masuk wad dengan baby.... Ya allah... Tak sangka... Aku dah ada 2 orang anak....


sampai je di wad, suami aku tolong aku bersihkan badan, tukar baju, tukar segala benda la.. Kali ni aku tak rasa penat pun sebab aku boleh bangun mandi, buat air sendiri. then suami aku balik sebab nak ambil qaira dari rumah pengasuh. Malamnya, aku berdua je dengan baby, AKu tak dapat nak tidur pun sebab still tak percaya yang aku dah bersalin... Kerana tak dapat nak tidur, aku balas whatsapp yang banyak gila tanya pasal baby, dengan PM di facebook, call dari family..hahaha.. ya allah.. aku bersyukur sangat.. tak tahu nak cakap macam mana.... for sure aku tak serik nak bersalin lagi... hahaha...

p/s: sambung di next entry ya...

Friday, March 20, 2015

Tunaikan Hajat....

Assalamualaikum....

Hai korang...

Cakk... ku muncul lagi... Ye.. ye.. ku belom bersalim lagi. Hari ni dah masuk hari ke-2 aku overdue... Hari ni aku amek MC je kat klinik sebab semalam Ingatkan aku dah nak bersalin, rupanya Braxton Hicks yang agak kuat sampai berpeluh-beluh. so hari ni aku MC je.... nak rehat ajo....

Actually tengah rehat-rehat dekat rumah, aku ajak cakap kat laki aku, teringin nak makan aiskrim Magnum la... dia pun selambe je jawab " Jap lagi b pergi beli dekat shell ek.."
Aku pun, x nak dekat shell!! nak dekat cafe.. amboi ko.. sila lempang aku banyak-banyak kali... mengade-ngade ok!!! laki aku dengan redha dan pasrah.. ye la.. pergi la siap... hahaha...

On da way nak ke mid valley, qaira dah selamat mimpi dah... tidur kroh-kroh.. aku memang suka bila nak makan ni, mek qaira tidur... boleh makan dengan bahagiaa gitu... ampunkan mummy ye nak... hahaha
hah!!, nampak betape sodapnyeee dia tidur... dalam hati aku, tidur lama-lama sikit ye nak.... hahahaha...

Basic Aiskrim ni harga dia RM9.90, boleh nak CUSTOMIZE by selecting your toppings
Yang ni, harga dia RM25...
siap dah..... harapharap lepas makan apa yang ngidam ni, cepat la aku beranak ye... hahaha
Tak cukup makan aiskrim, laki aku pulak nak makan carl's jr.... eh..eh.. 
sape yang ngandung ni???
Elok-elok dah siap makan, mek pun bangun.... haha...
bangun-bangun je, mintak makanan...
sibuk nak pandang lain
tq b... layankan bini ni haaa

p/s: tengah menaip belog ni, aku dah mula rasa pinggang dan baby mengeras.... Harap-harap bukan braxton hicks laa... harap-harap contraction betul la yee..... amin.......

XOXOXOXO

Tuesday, March 17, 2015

Menghampiri 40 Minggu...

Assalamualaikum....

Hai Korang.....

Tik tok... tik tok.. Hari ni dah 39 minggu 6 hari... masih tak ada tanda-tanda baby nak keluar...tapi sejak 3 hari, dah start ada Braxton Hicks.. bila malam je denyut-denyut pinggang ni haa..sampai confuse, ni nak beranak ke, atau baby acah-acah je ni...
Meh nana share sepanjang 9 bulan ni....









- Kerap sakit pinggang yang berdenyut-denyut. Macam geli-geli nak sakit. Disebabkan nana tak pernah kene period pain, so nana tak tahu macam mana nak samakan dia la.. tapi memang rasa tak selesa. ada orang cakap tu braxton hicks. Sebab sekejap datang, sekejap hilang. lagi confuse bila dia start datang 5 minit sekali.. tapi bila pagi je, sakit tu hilang... eh.. main-main pulak baby ni tau..

-Keputihan yang sangat banyak. Masa mengandung memang rasa tak selesa sangat. Kalau di office, setiap kali pergi tandas, akan ku tukar panty liner dan di office sahaja, 3 kali aku tukar seluar kecik (sepentok)... tak termasuk kalau kat rumah la yee.... kalau kat rumah lagi la dasyat, setiap kali pergi tandas, setiap kali tu la ku tukar.... ku tak suka pakai yang sama... entah... jadi tabiat pelik bila mengandung ni... terlalu menjaga... hahaha

-bab makan... takde masalah.. semua ku telan..... tapi bila dah dekat-dekat due ni, ku memang cari air kelapa je... tapi yang stress nye, mek qaira dengan daddy dia pulak yang over. kalau beli air kelapa, mesti kene beli lebih... sebab nanti berebut.. hahaha...

-Bab nak tidur pulak.. memang tak selesa sangat... pusing kanan tak kene, pusing kiri tak kene. bila dah baring, nak bangun bukan main susah lagi... dia akan rasa sakit kat ari-ari... doktor cakap sebab kepala baby dah sangat-sangat kat bawah. tu yang duduk pun rasa tak selesa. 

sekarang bercinta sangat bila bangun pagi nak pergi kerja.. lagi penat bila nak jawab soalan orang "eh, tak beranak lagi???" huhu... ye la.. kalau ku dah beranak, ku tak datang kerja pulak... ye dok?? haih... doakan la ku cepat-cepat beranak ye... kesian kakak qaira nak tengok adik haa... tiap-tiap malam duk usap perot, duk panggil baby..baby....

so.. hopefully.. esok aku beranak la yee.... amin.....

XOXOXO

Friday, February 20, 2015

Picnic with familiaa..

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Selamat Tahun Baru cina bagi yang merayakannya..... SO cuti raya cina, aku balik kampung semenyih ajo... rumah mertuaku.... Kami plan nak pergi picnic... hehehe...

Teman ayah mertuaku ke Sunway Piramid sebab nak tukar sim card baru.. so kami follow sekali.. mula-mula laki aku tak nak follow sebab dah tahu qaira ni macam mana kan.., tapi atuk nak bawak jugak.. hahaha... so kami ok aje.. tunggu dah lihat..
Masa sampai je, mood mek qaira ok lagi... pusing sana, jalan sana, jalan sini, tak nak duduk dalam stroller...
Mommy & qaira..

Alhamdulillah dah settle urusan atuk, atuk belanja qaira mainan.. hahaha..pandai qaira bodek atuk tau... tq atuk..., then gerak balik rumah sebab nak pergi picnic pulak... yeayyy...

Kami ke sungai Gabai je sebab tempat yang kami sepatutnya pergi dah tutup.. kene sita katanya sebab virus kencing tikus.. wah.. terus seram aku nak bawak anak aku pergi mandi sungai...
Sampai je sungai gabai ni, ya allah.. terkejut aku.. ramai nye manusia..... sampai nak mandi pun takde space tau..... sudahnya semua tak mandi kecuali qaira.. tu pun masuk badan sikit je sebab qaira meraung.. hahaha
qaira dah takut air sekarang.... tengok air je terus menangis...
neny dengan adam...
aku dengan mama adam...
Qaira dengan daddy....

Aida, aku dan hajar... masing-masing pakai instant shawls yang aida jual... kalau korang berminat, boleh tengok instagram : byayramikayla.
qaira dengan atuk... qaira tak pandai buat peace guna dua jari.. hahaha....
Mama dan dan ayahnya...

walaupun ramai orang, at least kami dapat berkumpul sama-sama...


Qaira dengan neny...

Sunday, February 15, 2015

36 weeks.......

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Ape cerita weekend korang??? disebabkan hari sabtu aku dah shopping, so hari ahad nak bawak qaira jalan-jalan tempat yang tak stress.. hahaha... maksud aku tempat yang takde membuatkan aku nak shopping..... haa gitu...
so tempat paling strategik nak bawak anak di hari minggu adalah Taman permainan.. hahaha.. qaira memang suka datang taman ni.

Nampak tak?? excited kau mek qaira nak jalan
Sempat makan laksa penang dengan air kelapa dekat taman.. aku bedal sampai 3 air kelapa... hahaha.. sedap giler.
Masa untuk qaira beraksi.. aku tak larat nak kejar mek qaira, so aku biarkan je laki aku follow dia.. hahaha
suka la dia dapat panjat-panjat
posing sikit
naik kuda gerak, kata qaira.. haha
yang ni paling dia suka. main buai....
bukan main suruh daddy tolak laju-laju

bila time mommy tolak, qaira tak nak.. hahaha... sebab mommy tolak slow je.. haha
terus nak turun bila mommy hayun buai tuu
muka dah merah-merah sebab panas
apa ni mommy!!! hahaha
muka penat dah main... 

hari ni kandungan dah masuk 36 minggu.... actually aku dah tak larat sangat nak jalan sebab perot dah sangat besar dah aku rasa.. tapi kesiankan mek qaira ni kalau duk terperuk dekat rumah je.... gigih aku bawak jalan haa...  kaki dah mula bengkak dah.. setiap malam mesti aku suruh laki aku picit kaki dengan minyak panas, baru boleh tido lena. Nak tidur pun sekarang dah tak selesa, pusing kanan tak kene, pusing kiri pun tak kena.. haih... lagi 4 minggu insha allah...
Doakan semua selamat yaa...

XOXOXOXO

Monday, February 9, 2015

Bila Daddy masak....

Assalamualaikum...

Hai korang..

Actually mek qaira ni agak memilih kalau bab makan... so aku akan masak apa yang di suka je laa... tapi bila makanan yang dia suka, dia akan makan macam tak makan 1 hari.. haaa...
Semalam aku request dekat laki aku nak makan spaghetti carbonara. Laki aku kalau bab masak makanan omputih ni memang terbaik... kata mertua aku, anak dia sorang ni memang suka masak western... So bersyukur la aku bab masak western ni kan.. aku kan buta kayu sikit bab masak western ni.. orang kampung katakan.. hahaha
Tapi bila dah anak pulak suka makan makanan omputih ni, aku serah dekat laki aku je la masak. Aku settle bab potong-potong bahan je.. yang lain biar dia settlekan...
Setakat ni aku paling suka spaghetti laki aku masak... kalau ngidam pun, nak makan yang laki masak, tak nak yang lain... hahaha
Tapi betul la orang kata, orang laki kalau masak lagi sedap dari air tangan perempuan.. eh.. ye ke?? aku masak sedap jugak.. hahaha


Nah.... letak dalam mangkuk... habis satu badan dia makan... padahal baru lepas mandi..
Kalau boleh, semua tangan, sampai siku la dia masukkan dalam mulut. sedap sangat la konon daddy masak.

Nampak!! siap hirup.. aku tak tahu mana dia belajar.
Dah habis, siap cakap " mommy, finish.." amboi kau.. sudahnya, mandi lagi sekali.... next time kita suruh daddy masak lagi ye qaira.... kalau boleh nak tiap-tiap hari lah daddy masak.. hahaha.. senang kerja mommy.. kih-kih...

XOXOXOXo